Transit di Muscat, Oman
Peristiwa Ramadhan minggu pertama ini kemuncaknya tiba dengan kepulangan anak saya dari perantauan. Pagi tadi 26hb Julai Nur Amira Nabila (kak long) tiba dengan selamatnya di KLIA dari Mesir dengan menaiki Oman Air pada pukul 8.30 pagi. Kapalterbangnya transit di Muscat selama 20 jam dengan berbuka dan bersahur di sana sebelum berlepas pulang ke Malaysia. Syukur Alhamdulillah... kak long anak saya ini sihat wal afiat dan membawa keputusan peperiksaan yang membanggakan. Wajahnya tambah berseri apabila mendapat tahu wang pinjaman pengajian dari JPA telah dimasukkan ke dalam akaunnya. Semoga kak long belajar dengan bersungguh-sungguh dan menjadi doktor muslim yang hebat untuk membantu insan yang memerlukan bantuan. Amin... kak long (tengah) bersama adik2 dan kembar sama tahun adik2 sepupu yang merinduinya anak ayah dah balik.. Balik kampung.. oooo... balik kampung! anak saya dah balik. Kiranya tidak sabar untuk menunggu kedatangan Sabtu ...