Posts

Showing posts from August, 2014

Salam Kemerdekaan.. Listen to Nagham :(

Image
As salam Sujud syukur pada-Mu Ya Allah.  Akhirnya GAZA kembali reda.  Redho aku dengan ketentuan-Mu Ya Allah.  Sesungguhnya Engkau makbulkan doa-doa kami, hamba-hamba-Mu yang tidak punya apa-apa hanya asyik meminta-minta dengan linangan airmata saban masa dalam solatnya.  Terimakasih Ya Allah.. Pilu. Walaupun "perang" kembali reda namun kemanakah anak ini akan pulang.  Ibubapa dan keluarga sudah tiada,  malah nak pulang ke rumah pun,  usahkan atap...  dinding pun sudah tidak ada. Ke manakah? Sila baca.. jangan langkau.  Sila terus boikot produk keluaran mereka jika ingin  berjaya melumpuhkan mereka.. Insha Allah Jika "smartphone" anda boleh download app "BUYCOTT".  Sila upload! Dengan menggunakan app ini, ia membantu kita untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk yang kita beli. Di mana dan kemanakah keuntungan dana mereka disalurkan. Apakah dan bagaimanakah? Jangan lokek masa untuk meneliti segala "barcode" bar

Soraya's Places

Image
As salam Lama sudah nak bercerita tentang kunjungan kami sekeluarga ke Soraya's place, owner of Kokopelli Travellers Bistro dan The Owl and The Pussycat Cafe by Kokopelli, UM ini.    Soraya yang lebih dikenali dengan nama Soraya Yusof Talismail  juga merupakan seorang profesional photographer.   Sebenarnya Soraya juga adalah junior kami di ITM dulu.. long long time ago.  How time flies!  Sedar tak sedar kak Yan hangpa ni dah nak masuk separuh abad dah tahun depan.  InshaAllah.  Alhamdulillah.. Ke Laman Grill sudah, ke Seoul Garden sudah, ke Azlina's di Arau sudah, ke Zurin's di Gombak sudah, ke Azman's di Bangi sudah,  Anaih's di BB pun sudah.   Dan hanya mendengar cerita mengenai bistro Soraya..  Apa kata kita membuat kunjungan ke sini pula.  Ke Kokopelli Travellers Bistro..  a must visit for all.  Cantik sungguh scenery lamannya. Taraaa..  Guest what?  Tak sangka kami adalah di antara pengunjung terawal  Kokopelli TB ini setelah berpindah dan be

Salam Syawal 1435H

Image
Assalam Lama tak bersiaran.  Ada kah lagi pembaca sepi (silent reader) di blog ku yang sunyi ini?   Salam Syawal.  Taqabbalallahu minnaa wa minka. Semoga Allah SWT menerima amal kami dan amal anda semua. Menerima segala amal dan ibadah kita di bulan Ramadhan  yang baru sahaja berlalu. Alhamdulillah.. puasa 6 juga telah selesai kami tammatkan semalam. Menunggu Ms little habis kelas tambahan dan abang di kelas mengaji .. sebelum keluar "bergerak" untuk memenuhi jemputan kahwin dan jamuan hariraya para sahabat sekalian serta misi membawa pulang bonda kembali. Marilah berkongsi sedikit keceriaan ini.. Alhamdulillah.. anak-anak berjaya khatam beramai-ramai di surau kami di bulan  Ramadhan yang lalu.  Foto ihsan  Grup Whatsapp SBR Pertama kali beraya tidak balik kampung.  Dan pertama kali juga beraya bersama bonda dan adik-beradik di pagi raya setelah berkahwin.  Adik beradik saya beraya bersama kami kerana bonda yang uzur ada bersama di sini. Alhamdulillah..