Tuesday, 24 October 2017

New Zealand : "The World's Last Pure Land"

Assalam



Di Auckland kami menginap di guesthouse "The World's Last Pure Land" melalui booking.com. Wow!  Maori sungguh namanya kan? 

Guesthouse yang selesa, murah dan lebih kurang 1/2 jam sahaja perjalanan dari airport. Ia terletak di 8, Parani Road, Te Atatu Peninsula, Auckland dan berada 8km sahaja dari Auckland Harbour Bridge.   
Di kelilingi oleh rumah banglo pelbagai rekabentuk di sepanjang jalan ini.

Kami tiba di rumah ini ketika langit siang sudah melabuhkan tirainya.  Tiada tuan rumah menyambut ketibaan kami kerana mereka sedang berada di Amerika Syarikat.  
Tuan rumah telah meninggalkan sms nombor kod untuk  membuka tempat penyimpanan kunci rumah dan kunci bilik setelah kita membayar deposit secara online. Sangat bagus perkhidmatan di sini.  Self service.  Tiada masa tertentu untuk check in atau pun check out. Cuba teka di mana letaknya kunci rumah itu? Tiada hadiah untuk yang menjawab dengan tepat.. tadaa..  cepat cepat teka! 😜 hahaha..

Di hadapan pintu utama
Rumah banglo dua tingkat ini mempunyai tiga buah bilik, dua buah bilik air dan ruang tamu yang luas di tingkat bawah dan sebuah bilik tidur utama bersama bilik air dan ruang tamu untuk menonton tv di tingkat atas.  Dapurnya juga berada di tingkat atas.  Keseluruhannya ia mempunyai empat buah bilik dan tiga buah bilik air.

Kami menyewa satu bilik yang sederhana besarnya dengan satu katil double dan satu katil single tanpa attached bathroom di tingkat bawah. Harga setiap bilik berbeza mengikut pilihan katil.


Ada garaj yang dijadikan stor di hadapan rumah  juga menempatkan mesin basuh dan mesin pengering. Penyewa boleh masuk melalui pintu yang bersambung terus di dalam rumah untuk membasuh pakaian.


Dari pintu hadapan terdapat anak tangga yang akan membawa kita ke dapur, bilik tidur utama dan ruang tamu di tingkat atas.

Tangga ke tingkat atas
Ruang di tingkat bawah  tersangat luas dan juga mempunyai teres di belakang rumah untuk kemudahan bersosial dan barbeque katanya.  Mari kita explore di tingkat bawah dahulu.

Dari pintu utama ke ruang tamu
Di sebelah kiri terdapat dua buah bilik tidur yang dipisahkan oleh sebuah bilik air
Pintu yang membawa ke teres belakang
Di sebelah kanan pula terdapat sebuah bilik stor, sebuah bilik tidur dan sebuah bilik air.

Kemudahan BBQ
Bersantai
Bilik tidur kami
Bilik air yang memisahkan di antara bilik
Bilik sebelah tanpa penghuni
Kami amat bernasib baik kerana menjadi penyewa tunggal tanpa/tiada penyewa-penyewa yang lain ketika itu yang datang bercuti.  Menyewa dengan harga sebuah bilik tetapi mendapat sebuah rumah pula untuk kami sekeluarga sahaja.  Rumah banglo yang besar.  Get it?  Paham ke idok? haa untungkan .. 

Itulah rezeki namanya. Syukur alhamdulillah kerana tidak payah berkongsi bilik air dan dapur dengan penyewa yang lain.  Feel free.. you know laa how a woman does that "feel free" look, when they made eye contract with you, they'd flip their hair and looked away.😉 hahaha .. bersabar je lah. 
Rumah seperti ana yang punya  kata P.Ramlee..eh eh..

Kita naik ke tingkat atas pula
Ruang dapur  
Haruslah dibersihkan tip top setiap hari setelah digunakan
Peralatan memasak semua ada disediakan.  Periuk nasi pun ada.  Kami cuma menyamak peralatan yang diperlukan sahaja untuk kegunaan memasak dan jumlah pinggan cawan sudu garfu yang minimum sahaja untuk makan serta minum.
  

Sabun samak/bioclay boleh didapati dan di bawa dari Malaysia untuk kemudahan menyamak.  Jenama "Thoharah" RM10 seketul sabun yang diperbuat dari tanah liat mendapat pengiktirafan dari JAKIM dan mudah untuk digunakan.  

Tekniknya sama sahaja caranya dengan menggunakan tanah.  Bersihkan dahulu pinggan periuk cawan dll yang hendak digunakan.  Keratkan sebahagian sabun.  Campurkan dengan air bersih dan kacau hingga air bertukar warna.  Sapukan/ratakan pada pinggan lalu dibilas 6 kali dengan air bersih. 

Namun anda tidaklah perlu bimbang jika lupa untuk dibawa kerana bumi Allah ini luas.  Keluar di halaman rumah pun terdapat banyak tanah.  Boleh diambil untuk tujuan menyamak peralatan memasak.  #tips

Meja makan yang bersebelahan dengan balkoni yang mengadap laut nan terbentang luas dan dapat melihat matahari naik.  Silau kot pepagi..tutup jelah tingkap tu 😅
Ruang tamu untuk menonton televisyen dan bilik tidur utama di sebelah kiri
Balkoni di luar menghadap pelabuhan dan laut
Santai


Kemudahan : Games room, Garden, Shared kitchen, Shared lounge/TV area, Sun terrace, Terrace


Inilah pengurus guesthouse ini. 
Anak muda yang berasal dari China ini telah setahun menetap di Auckland.  Masih lagi menuntut di universiti di sini.  Membuat kerja sambilan sebagai pengurus guesthouse ini dan juga mengajar tuisyen matematik untuk anak-anak penduduk setempat.

Katanya tuan rumah ini ialah orang Asia (No wonder.. ada rice cooker!).  Nilai pasaran rumah banglo ini sekarang telah mencecah NZ$1.4 million berbanding dengan harga semasa dibeli berjumlah NZ$1.2 million.  Whoaa.. mesti orang kaya kata saya.  Tidak juga katanya.  Mereka membeli rumah ini dengan pinjaman bank dan menjadikannya sebagai investment sahaja untuk masa hadapan.  Bulan-bulan kena bayar hutang maa..
Posinglah dulu
Dengan bendera NZ sekali
Di hadapan pasaraya Countdown
Stok seminggu





Kami mendapatkan bekalan keperluan makanan di Pasaraya Countdown yang terletak kira-kira 10 minit sahaja  dari rumah penginapan.  Barang keperluan seperti beras, telur, roti, susu, sardin, udang mentah, kentang, sayur-sayuran dan barangan lain sama sahaja seperti pasaraya  di Malaysia.  Ia dibuka sehingga pukul 11.00 malam.  Namun pastikan anda membaca label dan bahan-bahan yang dibeli adalah patuh syariah.  Di sini barangan keluaran maggi yang dijual tiada tanda halal.  Kami juga mendapatkan bahan mentah seperti daging kambing dari kedai halal kepunyaan peniaga Pakistan.




Kari kambing in the making.  Resipi?  Rebuskan ketulan kambing sehingga lembut.  Kemudian masukkan kentang dan sos kari Brahim.  Renihkan sehingga masak dan perasakan dengan garam dan gula.  

Di dalam cuaca yang dingin, makanan yang dibawa untuk bekalan tidak akan mudah basi.  Di sebabkan kami menyewa kereta sendiri, maka amat mudah untuk berhenti berkelah dimana-mana tempat perkelahan.  #gengbawabekal

Verdict:  Lima bintang! 🌟🌟🌟🌟🌟
Memang sangat memuaskan kerana tiada penyewa lain tinggal bersama. Kami bukannnya exchange students yang terpaksa beramah tamah dengan orang lain cukup sekadar "hai hai bai bai" (jika ada penyewa lain) sebelum kita keluar seharian melancong.  Balik ke bilik sewaan sekadar untuk makan dan tidur serta update IG dan fb sebab line internetnya tersangat laju.  Sempat update entri blog pun kalau free sangat.  

Mungkin juga akan berkurang bintangnya 🌟 .. huhu.. jika ada tetamu  lain menyewa bersama kerana tidak bebas memasak dan terpaksa berkongsi dapur dan bilik air.  Wallah hu a'lam.. God knows best.


Ini bukan iklan berbayar ya.. 


Kami lebih suka duduk di hotel jika melancong di dalam negeri mahupun ke luar negara terutamanya ke negara serumpun.  Namun jika merancang perjalanan sendiri ke negara Barat bersama keluarga, adalah lebih mudah untuk tinggal di *guesthouse ataupun *home-stay kerana ada kemudahan untuk memasak. Mudah dan menjimatkan masa dan wang dengan memasak sendiri makanan yang mudah dan membawa bekalan makanan tanpa tercari-cari tempat makan yang halal dan bila sudah jumpa pula, tertanya-tanya betul ke  tempat makan itu betul-betul halal 😇

Berbanding dengan melancong di Malaysia pula adalah lebih mudah duduk di hotel dan keluar ke tempat makan yang halal tanpa perlu bersusah-payah hendak memasak.  Barulah namanya emak benar-benar menikmati percutian. Bercuti a.k.a bercuti terus dari dapur. "Kitchen closed" katanya.


Ada juga yang bertanya apakah perbezaannya di antara guesthouse dan juga home-stay?

Ini jawapannya yang saya copy paste dari Yahoo-answer tetapi tidak diterjemahkan.

Q: What is the difference between a home-stay and a guesthouse? Can you please explain both?

Best Answer: A home-stay is when you are a guest in someone's home, even though you are a stranger and will be paying something for your room and board [food]. It is a more intimate and meaningful visit in a foreign country and acquaints you with new people and their ways of living that you would miss by staying in a hotel. 

A guesthouse is a small separate building on the grounds of a larger home, or is built just for hosting paying visitors on an estate or near a large home. You may be sharing the guesthouse with other paying guests, or you and your family might have it to yourselves. Some guesthouses are set up and equipped so you can fix your own meals, some have meals delivered from the main house, and some are for sleeping only and you would have meals with the big house's owner or at a restaurant nearby. 

Source(s): Personal experience in other countries--have stayed in both kinds and have enjoyed each for their special qualities. If you want to learn more of a language, you'd do better in a home-stay where you can practice in friendly surroundings. 
constantreader · 8 years ago

Pātaka Kōrero
Tāmaki Makaurau
Ternampak tapi tak singgah
Musim pilihanraya.  
Auckland harbour city
Nyaman 
Auckland ialah sebuah bandar di Pulau Utara New Zealand. Merupakan sebuah bandar yang terbesar di New Zealand dengan populasi penduduk sekitar 1,495,000. Ia ditadbir oleh Majlis Perbandaran Auckland merangkumi kawasan pedalaman dan pulau-pulau di Teluk Hauraki, menjadikan jumlah penduduk sekitar 1,614,300. 

Sebuah bandar yang mempunyai pelbagai bangsa dan budaya, dan Auckland juga mempunyai jumlah penduduk Polynesia yang terbesar di dunia.  Nama bahasa Maori untuk Auckland ialah Tāmaki atau Tāmaki-makau-rau, yang bermaksud "Tāmaki with hundreds lovers", merujuk kepada suburnya tanah dan menjadi hab jalan air dari semua arah.  Ia juga dipanggil Ākarana, transliterasi nama Inggeris. - Terjemahan wiki.

"Paris may be the city of love, but Auckland is the city of many lovers, according to its Māori name, Tāmaki Makaurau. Those lovers so desired this place that they fought over it for centuries."-Lonely Planet

Entri ini sebenarnya entri kesinambungan dari link di bawah "Hello Auckland" :-


Kita jumpa lagi di entri lain ke Takapuna Beach mungkin atau ke Eden Hill pula. Daa..

Each day is a journey, and the journey itself is home - Matsuo Basho

Thursday, 19 October 2017

New Zealand : Finding Mr Maori


Assalam

Soalan: Kemanakah anda ingin pergi jika berpeluang bermusafir ke New Zealand? 😐

Tolong jangan jawab.   Jawaban  sudah ada di sediakan dibawah 😁
1. Hobbiton movie set tour - Lord Of The Ring (LOTR) di Matamata.
2. Perkampungan orang Māori di Rotorua.
3. Menaiki caravan atau  motor home  sambil melihat pemandangan alam yang cantik dan langit yang biru.
4. Jelajah Wellington sambil melawat anak di universiti 😜
5. Bercuti 3 minggu untuk cover kesemua tempat di North Island dan South Island (Dreams do come true.. inshaa Allah)


Ada tak jawaban anda yang tidak tersenarai? 
Oh ada ada..  makcik nak tengok ALL Blacks beraksi! ALL Blacks? Apa tu?



All Blacks ialah pasukan ragbi kebangsaan New Zealand. Pasukan ini merupakan juara dunia berkali-kali. Menariknya sebelum setiap perlawanan, mereka akan membuat persembahan Haka yang sangat terkenal itu.  Tak sempat makcik nak ke Eden Park Stadium di Auckland atau pun ke Rotorua International Stadium untuk bergambar di hadapan stadiumnya.  Anyway, alhamdulillah.. dapatlah juga membeli keychain All Blacks sebagai cenderamata untuk diri sendiri.  


Pada 26hb Ogos 2017 yang lalu kami pun memulakan perjalanan "Finding Mr Maori" ini setelah membuat tempahan tiket secara online untuk Ke Tamaki Maori Village (TMV) yang terletak di Rotorua.  
Road map
Rotorua terletak kira-kira 163km dari Auckland.  Ia mengambil masa 2 jam perjalanan untuk  ke Matamata dahulu dan lebih kurang satu jam lagi untuk sampai ke Rotorua tanpa berhenti di mana-mana.  

Pelancong sendirian berhad ini nampaknya tersilap percaturan kerana hanya menempah rumah tamu yang terletak di Auckland sepanjang percutian, sedangkan sepatutnya bermalam di Roturoa tanpa perlu membuat perjalanan yang jauh  untuk pulang semula ke Auckland.   Lain kali tengok peta dahulu dan rancanglah perjalanan anda sebaik-baiknya. 





Berhenti untuk berkelah di tepi jalan di Okoroire sebelum sampai ke pekan kecil Tirau.  Berlatar belakangkan pemandangan di ladang dengan suhu yang sejuk memanglah    menambahkan selera makan.  Nasi putih, sambal udang dan kari dalca kambing dari sos Brahim.    Resepi? Panaskan sos Brahim lepas tu masukkan udang atau apa sahaja bahan mentah.  Biar mengelegak dan perisakan dengan garam dan gula.  Tadaaa.. sudah siap. Mudah sangat.  Jemput-jemput.  Jemput tengok ya!  #gengbawabekal #homecooked #konfidenhalal




Kami singgah sebentar di pekan Tirau yang sangat cantik dan bersih  ini sebelum menuju ke Matamata.

Hobbiton movie set tour di Matamata merupakan lawatan ke lokasi filem Lord Of The Ring (LOTR) dan juga siri filem Hobbit.  Movie set ini asalnya merupakan ladang di sebuah pekan kecil tetapi telah di ubahsuai selama hampir setahun untuk menjadikan ia sebagai sebuah perkampungan Hobbit.  Ia tersangat unik dan kini menjadi tumpuan ramai pelancong di seluruh dunia. 

Hobbiton holes reflected in water - By Jackie.lck (photos · sets) - https://www.flickr.com/photos/jackielck/8651308193, CC BY 2.0, https://commons.wikimedia.org/w/index.php?curid=37656037








Kami cuma singgah ke Matamata i-SITE, pusat informasi yang menjual pelbagai cenderamata  LOTR dan tiket ke Hobbiton movie set. Tiket juga boleh dibeli secara online.  

Bayaran Masuk
Adults               NZ$79.00
Youth(9-16yrs) NZ$39.50
Children    FREE but will need to be accompanied by a paying adult.
Tours are approximately 3 Hours in duration;
This includes free transport to and from the set (20minutes each way), a fully guided tour of the Movie Set, a visit to the Green Dragon Inn and shopping time at The Shire's Rest - copy paste wiki.










Gollum ..een takde ring lah!

Tidaklah ke Matamata katanya, jika tidak bergambar dengan Gollum ini.  #matamatagollum

"Throughout the story, Gollum was torn between his lust for the Ring and his desire to be free of it. Bilbo Baggins found the Ring and took it for his own, and Gollum afterwards pursued it for the rest of his life. Gollum finally seized the Ring from Frodo Baggins at the Cracks of Doom in Orodruin in Mordor; but he fell into the fires of the volcano, where both he and the Ring were destroyed." sedikit copy paste cerita LOTR.

Namun kami bukanlah penonton tegar trilogi filem LOTR yang ditayangkan sejak tahun 2002  ini.  Saya tidak menonton secara bersungguh akan filemnya sekadar "touch and go" tanpa menghadam kisah cincin yang hilang selama berabad itu.   


Electric fence mind you.. do not touch!





Cuaca mendung dan hujan gerimis sesekali turun di sepanjang jalan. Tiadalah dapat kita melihat langit yang sangat biru dan awan berarak putih kali ini. Dengan menikmati pemandangan alam ini, kita akan lebih mengingati kebesaran Allah swt.  Mashaa Allah.. subhanallah 😍



Rotorua, sebuah bandar yang terkenal mengambil namanya dari tasiknya sendiri, Tasik Rotorua di Pulau Utara New Zealand.  Ia terkenal dengan aktiviti geoterma dan kebudayaan bangsa Maori. Di Lembah Whakarewarewa Te Puia, terdapat kolam lumpur yang menggelegak dan Pohutu Geyser yang tingginya 30m, yang meletus beberapa kali setiap hari. Di sini terdapatnya perkampungan Maori dan Institut Seni dan Kraf Maori khususnya di dalam bidang ukiran kayu dan tenunan tradisional di New Zealand. - terjemahan wiki.

Terapi menghilangkan lelah 💋




An old me with an old tree survive from that 1800 early date.  






Kami tiba di Rotorua agak awal dari waktu berkumpul dan terus menuju ke pejabat Tamaki Maori Village yang terletak berhampiran dengan Government Garden untuk mengesahkan kehadiran dan pilihan makanan untuk makan malam. 

Memandangkan menu utama yang dihidangkan tidak halal maka kami memilih menu vegan.  Vegan bermaksud a person who does not eat or use animal products.  (Vegetarian and Gluten free options available on request) Menu utama kami ialah samosa berinti sayuran dan lasagne labu sedangkan menu utama malam itu ialah kambing panggang NZ aka "a succulent roasted lamb fresh from farm" yang dimasak di dalam tanah secara tradisi sama caranya seperti 2000 tahun lalu.  😢
Dihadapan pejabat TMV
Kami juga tidak melepaskan peluang untuk berjalan-jalan di kawasan persekitarannya dan masuk ke kedai cenderamata sebelum kedai ditutup.  


A tree with strong roots laugh at storms - Malay proverb.


Mujurlah hari tidak hujan walaupun suhunya ketika itu mencecah 9 darjah Celcius.  Semakin sejuk kerana hari mulai gelap.  Government Garden ialah sebuah taman awam yang terletak di hadapan tasik Rotorua.  Ia mempunyai rumah mandi geoterma (bath house) dan sebuah muzium yang bercirikan senibina Tudor. 
Kolam Air Panas Rachel Spring Whancapipiro
Tenaga geoterma adalah kuasa yang dihasilkan dari stim/wap semula jadi, air panas, batu panas, atau lava di kerak bumi. Berasap sahaja dipersekitarannya.


Rotorua mempunyai banyak kolam air panas, volcano yang masih aktif, tasik-tasik dan juga hutan alam yang luas terbentang seperti hutan Redwood yang sangat cantik itu.   Terdapat  perkhidmatan spa secara semulajadi menggunakan air panas atau lumpur .  

Fakta : Ular dan semua binatang berbisa tiada di New Zealand - Tourism NZ





Terdapat 4 buah bas sedang menunggu penumpang.  Bas akan mula bergerak pada pukul 7 malam untuk membawa kami semua ke TMV.  Kami di minta untuk memilih ketua tribe bagi mewakili kumpulan kami yang diberi nama Kea.  Pemandu bas ialah seorang wanita bernama Aroha.
Ketua tribe dari Amerika
Tamaki Maori Village telah memenangi banyak anugerah pelancongan di New Zealand. Menyelami dan merasai perjalanan lampau dan gah para pahlawan dan kehidupan silam mereka di perkampungan ini yang terletak jauh di hutan Tawa. Mempelajari serba sedikit tentang bahasa dan budaya kaum Maori.  Menikmati persembahan tarian dan nyanyian yang hebat, melihat upacara ritual dan bersama-sama mengambil bahagian di dalam permainan mereka dan akhirnya disajikan dengan jamuan makan malam secara  tradisi  di panggil Hangi. - petikan wiki.

Bayaran Masuk
Adult
NZ$117.00
Adult Price
Family
NZ$320.00
2 Adults & Up to 2 Child
Child - Over 10 yrs
NZ$70.00
Over 10 yrs to 15 yrs
Life is old there.  Older than the trees.  Younger than the mountains.  Blowing like the breeze - J.Denver.
Terdapat juga perkampungan Maori lain di Rotorua seperti Mitai Maori Village dan Whakarewarewa the living Maori village. Terpulanglah kepada anda untuk membuat pilihan.
Hello Maori People!
Tiba-tiba saya membayangkan orang Maori dengan siri drama Hawai Five-O nun di Hawai tu pulak. Filem animasi kesukaan kakak dan een iaitu "Lilo and Stitch". Juga filem kebaboom 643.3 million USD "Moana" pulak dah.. eh eh..

Sebenarnya orang Maori yang berkulit sawo matang, berbadan sasa dan berwajah garang ini tidak ada kena mengena langsung dengan drama dan filem Hawaian di atas itu kecuali mereka ini mempunyai susur galur keturunan dari Polynesia sahaja.  Makcik oh makcik? Huhuhu... refresh memori apakah yang menghantui emakmu ini...




Kaum Maori dan tradisi "Hongi"nya yang unik iaitu berjabat tangan seterusnya menggeselkan hidung mereka dan hidung tetamu sebagai tanda perkenalan.   Kemudian mereka akan meraikan tetamu dengan tarian selamat datang dan tarian Haka yang juga dikenali sebagai tarian perang.  Sungguh teruja melihat mereka menari dengan begitu bersemangat sekali.  Kaum lelaki bebas melakukan apapun dengan tubuhnya, termasuk mentattoo anggota tubuh mereka.  Tattoo juga dianggap sebagai lambang status di kalangan kaum mereka.






Live performance
Semoga anda terhibur dengan video live perfomance dari penari-penari di Tamaki Maori Village ini ya!




Wajah bengis dan garang yang dipersembahkan merupakan karekter yang dibuat-buat untuk menakutkan musuh di medan perang sedang realitinya mereka ini adalah tersangat peramah dan penuh dengan lawak jenaka.







Majlis berakhir dengan makan kenduri buffet they called it "Hangi Feast".  

Main Cultural Hangi - Traditional Menu
Prime New Zealand Lamb & Chicken
Potatoes, Kumara, Carrots Stuffing
Steamed NZ Green Lip Mussels
Fresh Fish cooked in White Sauce
Condiments – Gravy, Mint Sauce,
Cranberry Sauce
Seasonal Garden Salad
Maori Rewana bread

Dessert
Homemade Pavlova with Kiwi Fruit
Peaches
Hangi Steamed Pudding
Custard & Cream
Tea, Coffee & Hot Chocolate included
Fakta :  Resepi asal Pavlova memang berasal dari New Zealand dan Pavlova di ambil dari nama penari ballet Anna Pavlova yang berkunjung ke New Zealand pada tahun 1920-an.  Patutlah sedap sangat.. kami mengulang piring tak hengat!  Don't be shy katanya.
Lagu dan tarian sebagai selingan 
Dipercayai orang Māori berasal dari kepulauan di Polynesia di Lautan Pasifik Selatan. Terdapat sedikit persamaan namun berbeza antara bahasa dan budaya Māori dan Polynesia lain dari Kepulauan Cook, Hawaii dan Tahiti.  Terjemahan dari wiki.  Wallah hu a`lam.


Sejarawan New Zealand , Michael King dalam bukunya The Penguin History Of New Zealand menyatakan orang Maori sebagai 'kelompok manusia yang belum pernah disentuh oleh dunia luar'.
Verdict : Whakamataku.. (Awesome)! 😎 Perjalanan yang sangat jauh untuk sampai ke sini.  6-7 jam perjalanan pergi balik dari Auckland to Matamata and then to Rotorua and again back to Te Atatu, Auckland. 

A BIG kisses to en suami yang tersangat power sado bagai (hahaha..) dengan kudrat yang kuat dan dengan izin-Nya berjaya mengemudi kenderaan tanpa henti dan tidak menghiraukan penat dan mengantuk segala untuk membawa anak isteri dalam pencarian "Finding Mr Maori" ini tanpa berganti pemandu.  Thank you love 😘 💋  ... dah alang-alangkan.. Fighting 💪🏼 eh..eh... 

Harga tiket yang tinggi juga.. almost paid off.  Berbaloi kata kau. 

Menghabiskan masa 3 1/2 jam, di kedinginan malam di dalam hutan berkumpul bersama pelancong lain dari seluruh dunia melihat aneka persembahan.  Mereka memang merupakan penghibur berbakat.  Dengan tarian Haka yang sangat powerful dan juga nyanyian lagu-lagu country nostalgia di zaman John Denver dan Frank Sinatra yang menggamit memori.  

Kami diajar serba-sedikit tentang bahasa Maori dan budaya mereka melalui tour guide kami sebelum tiba ke TMV.  Di dalam bas ketika pulang pelancong diminta untuk menyanyikan lagu rakyat negara masing-masing.  Kami bertiga mewakili orang Melayu Malaysia telah dengan bangganya menyanyikan lagu "Rasa Sayang" diikuti dengan nyanyian beramai-ramai "back up singer" oleh mereka. Whoaa.. famous sungguh lagu  "Rasa Sayang" .. i am proud! 

KiaOra! Glad we made it .. Maori 😊

Next.. Hello Blinky Bill!
Semoga entri ini bermanfaat untuk semua yang  merancang perjalanan khususnya ke New Zealand dan amnya ke Matamata dan Rotorua tanpa menggunakan travel agent.  

Allah swt tidak akan sama sekali mencipta sesuatu keajaiban/ keindahan dan juga segala  perintahnya untuk beribadah itu sebagai sesuatu yang sia-sia tanpa ada hikmahnya.

"... Ya Tuhan kami, tiadalah engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka." (Ali 'Imran: 151)


“It is good to have an end to journey toward; but it is the journey that matters, in the end.”