Posts

Showing posts from 2012

Asam Pedas Royale Bintang

Image
Salam Jumaat yang penuh barokah.. Di sana sudah lunch? Di sini belum lagi..  melayan perut berghazal  sementara tunggu  "the only one abang" solat Jumaat kat depan Masjid Bt 4 ni.. (sayup-sayup dengar juga khutbah yang bertajuk ~ Bapak tunggak keluarga bahagia rasanyalah tapi tak berapa clear sangat) sambil-sambil tu  marilah kita menjamu mata .. Gulai Asam Pedas ikan merah + brinjal + lady finger... Verdict :   menyengat gila... sangat recommended untuk  makan di sini... tapi untuk yang tak tahan pedas, lupakanlah sahaja... nanti menangis-nangis pulak sambil makan.. ai tak bertanggungjawab..   ha ha ha.. Harga semangkuk gulai satu bekas ni RM25.. (kalau tak silap..) kalau makan 3 - 4 orang sangat berbaloi.  Masa ni teringatlah kat anak-anak dara kita kak long dan kak ngah dan emak-emak kita.. makan apa kah dema hari ni? hmmm... Ox's Tail Soup... Verdict :  Nyammmm.... dagingnya lembut berperisa..  kakak sangat suka.  " Kakak habiskan iya ayah... &qu

Acuan silikon.. apa tu?

Image
Sebenarnya dah lama nak bawa anak-anak ke BBW untuk tengok buku-buku yang dikatakan tersangatlah murah tu.  Ada pula  yang kata buku-buku ni dijual dengan harga yang murah a.k.a " tongkang pecah " alias "  kapal karam "  (apalah sure basahkan..) alias " lori gula terbalik " adalah di atas misi "missionary" .. dan segala profit akan disalurkan kepada manfaat mereka.  Walau apapun bagi yang telah membeli anggaplah buku-buku yang murah ini sebagai satu sumber mencari pengetahuan dan pendidikan yang berbaloi.  Dah potongan harganya murahkan... Untung dan berjimat.   Nasib baiklah tak ada yang merajuk sebab emak engkau ini asyik berbelah bahagi sama ada nak pergi atau tidak.. hhhh.. selamat membaca! Tak ke BBW kita ke MPH ajalah ya... atleast kita ke kedai buku.  Berjam-jam di MPH di The Curve dan membawa  pulang buku pilihan masing-masing, sekurang-kurangnya  tidak ada yang komplen.  Alang-alang ke MPH kita ke IKEA lah pulak ya ayah...  iya kata

Wahai Jiwa Yang Merdeka - Muhammad AlHusayan أيها الأحرار - محمد الحسيان

Image

Fraser's Hill - Mabuk Bunga Pt 3

Image
Ketika arwah abah bertugas sebagai tukang kayu JKR, abah memang selalu naik turun ke sempadan berdekatan Fraser's Hill ini kerana ditugaskan membuat berbagai-bagai kerja pertukangan di rumah rehat kerajaan Negeri Selangor dan Istana Selangor di Gap.  Berbagai spesis bunga-bungaan dari atas bukit di bawa balik untuk emak tanam di halaman rumah. Alhamdulillah.. dengan izin Allah swt, emak pula bagilah apa sahaja benih bunga waima benih pokok pun akan tumbuh melata di tanah kami. Tangan sejuk orang kata.. Ada bunga ros, carnation, daisy, bunga taik ayam (hee..), tomato, jambu air, nangka, durian (??) dll.  Teringat juga ketika itu pagar rumah kami juga diperbuat dari kayu dan dicat warna putih. Like English Cottage you... tapi cottage ala rumah teres da.. hehehe...  Alhamdulillah.. cantiknya halaman rumah saya masa tu..  SubhanaAllah.. what a wonderful colors! peace... di celah-celah bunga