Acuan silikon.. apa tu?
Sebenarnya dah lama nak bawa anak-anak ke BBW untuk tengok buku-buku yang dikatakan tersangatlah murah tu. Ada pula yang kata buku-buku ni dijual dengan harga yang murah a.k.a " tongkang pecah " alias " kapal karam " (apalah sure basahkan..) alias " lori gula terbalik " adalah di atas misi "missionary" .. dan segala profit akan disalurkan kepada manfaat mereka. Walau apapun bagi yang telah membeli anggaplah buku-buku yang murah ini sebagai satu sumber mencari pengetahuan dan pendidikan yang berbaloi. Dah potongan harganya murahkan... Untung dan berjimat. Nasib baiklah tak ada yang merajuk sebab emak engkau ini asyik berbelah bahagi sama ada nak pergi atau tidak.. hhhh.. selamat membaca!
Tak ke BBW kita ke MPH ajalah ya... atleast kita ke kedai buku. Berjam-jam di MPH di The Curve dan membawa pulang buku pilihan masing-masing, sekurang-kurangnya tidak ada yang komplen. Alang-alang ke MPH kita ke IKEA lah pulak ya ayah... iya kata ayah. Sukanya hati emak engkau.. alhamdulillah.. dah lama tak ke IKEA .. tentulah rindu..
get ready dengan sebiji bakul dengan senyuman meleret.. at MPH |
Takut hilang aja si kecil ni.. semua tempat nak pergi. Baca buku diam-diam dahlah.. |
Jom.. jom |
comel aje mangkuk tu kan.. mak nampak semuanya dah comel bila kat IKEA.. heee.. |
Hajat hati nak beli rak buku inilah... cantik dan mesra mata. Rak buku kat bilik belakang tu dah over loaded da... macam nak rebah. . Buku-buku dah merata atas lemari tu ayah.. ehem! |
Dua orang ni dah naik penat.. nasib baik ada banyak sofa empuk tu.. ehehe.. terimakasih kerana bertabah melayan emak nih! |
Ni memang best.. mommy ambil gambar aja.. nanti ayah buatkan ya.. betul ni? betul ni? ?? |
Inilah yang di cari-cari... silikon mould .. apa??.. no no no.. ni bukan silikon untuk membesarkan itu ya.. hhehe... apakah? ni silikon mould untuk acuan cup cakes |
Dah malam Krismas da.. sempat lagi nak tolong decorate.. |
tak beli apa sangat.. sebab kereta parking dekat e-Curve.. jauh tu.. nanti senget nak angkat barang.. senget? apa tu? hahaha... |
Inilah idaman hatiku... Kitchen Aid a.k.a KA ... kenapalah mahal sangat nih.. RM2775.. MashaAllah.. kalau beli kat US direct ni sure lagi murah.. hmmm.. made in China ada tak? |
Disebabkan sedar tak sedar hari dah beransur malam terpaksalah kami beransur pulang. Namun di hati kecil ni masih rasa terkilan kerana tak sempat berlama-lama disini membuat survey. Kena survey dulu barulah boleh beli. Tip penting : Tengok sekali dulu barang yang diminati tu.. lepas tu pusing dua tiga kali. Kalau masih happening.. belilah tapi bila pikir semula adakah worth buying it sedangkan rumah dah penuh sesak dengan segala "bric a brac " yang jarang digunakan maka hentikanlah... belilah yang benar-benar diperlukan to make it worth buying... amacam? cakap tak serupa bikin.. hehehe.. ate.. dah berkenan!
All about pancakes.. comel! |
SEHINGGA BERTEMU LAGI
tak beli karipap ikea ke? kalau ita k sana tak beli apa2 pun tak pe tapi karipap kena beli..hihihi..
ReplyDelete