Posts

Showing posts with the label blogtumbuhan

Akhirnya pokok markisa @ passion fruit kami berbuah juga

Image
Markisa  (Sedap ekk namanya) Perjalanan kami ke Brastagi di dataran tinggi Karo di Sumatera Utara satu ketika dulu menemukan kami dengan buah Markisa ini.  In English they called it  "Passion fruit" .  Passion? Bukan "patience" yang sabar tu ya pak.. juga bukan "patient" yang orang sakit tu ya pak.. tapi "passion" as for berahi! Whaaa... nasib baiklah orang Indon sudah terlebih dahulu menggelarnya buah "Markisa" sebab jika tidak,  orang Melayu di M'sia ni  tak pasal-pasal menggelarnya dengan panggilan buah "Berahi".  " Boleh bungkus 1 kg buah berahi non..."  euwww! alamat main tunjuk-tunjuk jelah kalau nak beli... hehehe... sebab malu nak sebut.   Bukan tidak ada dijual di Malaysia ini tetapi yang diimport kan lagi sedap.. ayat cliche lah tu..hahaha.. famous gitu buah ini di sana non! kata mbah yang berjualan di pasar Brastagi tu. Verdict :  Rasanya ? Saya :  eeeuwwww! pada mulanya  (jangan mara...

Akhirnya jambu madu berbuah derr..

Image
Assalaam.. Kepada semua pembaca...  semoga sihat wal afiat hendaknya.  2-3 hari ini saya mendapat cik demam selsema yang kini telah bertukar kepada cik batuk pula..  Apapun penyakit ini pun satu nikmat juga rupanya.  Nikmat untuk lebih mengingati Allah swt. Memohon untuk cepat sembuh.. amin.   Usai kelas pagi Sabtu semalam bersama rakan yang lain dan juga miss little sempat menghadiri jemputan aqikah cucu pertama Puan Norizan. Cantiknya kediaman tuan rumah.  Siap ada swimming pool ala jacuzi kat depan rumah. Mujurlah cik batuk well behave.. tak batuk pun semasa bacaan Yassin.  Alhamdulillah...  Maaflah tiada gambar sebab sejak dua menjak ini miss little dah tak suka diambil gambar ber "back ground"kan apa pun.  Alamat tak cerialah blog mak ni tanpa wajah miss little.  Haruslah menerima realiti yang miss little gonna turn to Ms Big soon.... "no photo please .. " katanya.  Eleh! Pagi Ahad tadi menghadiri kuliah Dhuha ...

Pokok ajaibku dari Ghana akhirnya berbuah juga..

Image
Pokok ajaib..  Alhamdulillah.. minggu pertama Ramadhan akhirnya berjaya juga dilalui.  Syukur alhamdulillah Allah swt mengurniakan  cuaca yang amat baik sekali.  Tidak panas terik sangat dan diselang-selikan dengan dentuman guruh mengundang gerimis dan  hujan renyai.    Kain baju di jemuran kering seadanya dan laman nuraniku di penuhi dengan kuntuman bunga-bungaan mengembang mekar.   Alhamdulillah Ramadhan pertama kami di sudahi dengan berbuka beramai-ramai di rumah emak mertuaku di Cheras bersama bubur lambuk "special" kak Ton yang  tersangat sedap mengalahkan bubur lambuk Kg Baru  dan bersolat tarawih di sana.  Alhamdulillah juga Ramadhan  kedua, kami sempat juga berbuka di rumah emak di KKB dengan murtabak bazaar Batang Kali serta bersolat tarawih di surau sana.  Pecutan kereta suami yang mengalahkan Michael Schumacher meredah malam akhirnya sempat juga kami tiba di asrama INTEC kak ngah di seksyen 18...