Posts

Showing posts with the label Syawal

Home Sweet Home.. :)

Image
As salam Moga belum terlambat hamba nak ucapkan "Ramadhan Kareem" di hari-hari terakhir di bulan yang sangat mulia ini kepada semua follower dan silent readers yang disayangi.  Dan jawablah "Allah hu Akram" ehh..  Moga amalan kita yang tak seberapa disepanjang hayat yang masih bersisa ini  diterima oleh Allah swt..aamiin.   JOM kayuh laju-laju lagi menuju-Nya..   Dan sementara dah berkesempatan upload entri ini, maka terimalah ucapan SHRMZB dari saya sekeluarga.  Halalkan segala makan dan minum dan hutang piutang jiko ado dan rasanya dah takdo sapo2 yang den utang lagi kot.  Hutang kuih raya pun dah bayaw tadi.  Kelas kau Itaaa... bayar duit kuih raya pun pakai "bank in ".  :D Minta maap juga kepada jiran tetangga kerana lama tak bersua muka hanya sekadar "hai hai bai bai" di jendela kereta sahaja.  Minta maap juga kepada peniaga2 di bazar Ramadhan kerana tidak turun mencemar duli di tapak bazar.  Panas kemain kot sekaran...

Salam Syawal 1435H

Image
Assalam Lama tak bersiaran.  Ada kah lagi pembaca sepi (silent reader) di blog ku yang sunyi ini?   Salam Syawal.  Taqabbalallahu minnaa wa minka. Semoga Allah SWT menerima amal kami dan amal anda semua. Menerima segala amal dan ibadah kita di bulan Ramadhan  yang baru sahaja berlalu. Alhamdulillah.. puasa 6 juga telah selesai kami tammatkan semalam. Menunggu Ms little habis kelas tambahan dan abang di kelas mengaji .. sebelum keluar "bergerak" untuk memenuhi jemputan kahwin dan jamuan hariraya para sahabat sekalian serta misi membawa pulang bonda kembali. Marilah berkongsi sedikit keceriaan ini.. Alhamdulillah.. anak-anak berjaya khatam beramai-ramai di surau kami di bulan  Ramadhan yang lalu.  Foto ihsan  Grup Whatsapp SBR Pertama kali beraya tidak balik kampung.  Dan pertama kali juga beraya bersama bonda dan adik-beradik di pagi raya setelah berkahwin.  Adik beradik saya beraya bersama kami kerana bonda yang uzu...

Good friends are hard to find..

Image
Assalaam .. Berkesempatan menziarahi sahabat lama Azman Ali di Bangi dan Ahmad Zurin Noh di Gombak pada musim raya yang baru sahaja berlalu dan akan meraikan pemergian Azlina Mat Isa dan suami menjadi tetamu Allah swt ke tanah suci Makkah al Mukarramah nanti ini akan di abadikan sebagai "sepanjang jalan kenangan".  Kiranya edisi 3A lah ni.. Azman, Ahmad Zurin dan Azlina Baru tak baru dah nak masuk raya haji baru  entri keluar.  Ni bukan kes "double standard" ya.. huhu   Kami berkenalan sejak di zaman ITM lagi.  Dah masuk 27 tahun .. lama kan? mohon share  tuan punya gambar..terimakasih Sama kursus sama bidang sama jurusan. Mereka sahabat mr hubby dan saya juga sahabat mereka. Kami belajar di dalam satu kelas satu ketika dahulu. Walaupun umur tak sama tapi ada yang sebaya .. apa ada hal.  Kiranya dah lama kenal hati budi masing-masing.  Rahsiamu rahsiaku.. mmm..  namun jangan risau, tidaklah saya nak membocorkan rahsia apanya...

Hope all went well..

Image
Tulis tajuk pun dah tahu apa ceritanya.. actually i should post this entree before my almarhumah mother in law passed away last week **.   Only God knows and we know not..   Al fatihah. Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan di Wangsa Maju.  Wan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi di sini.  Alhamdulillah.. Allah swt mengizinkan kak long dari Mesir dan kak ngah dari Jepun pulang untuk menziarah wan buat  kali terakhir  sebelum kepulangannya ke rahmatullah. Sebelum itu abang Ngah Izwan dimasukkan ke hospital pada minggu pertama raya ketika rombongan pertunangan Abanah (panggilan manja) Khairul Afandi bersiap-siap untuk ke Kulim, Kedah.   Dan syukur alhamdulillah... kini abang Ngah Izwan telah pun keluar dari ICU dan masih menerima rawatan susulan di hospital. Anjang sekeluarga berdoa semoga abang Ngah kembali sihat seperti sediakala untuk bersama keluarga semula.  La Tahzan abang Ngah..  Tahniah juga kepada Abanah Khairul Afandi ke...

Salam Terakhir..

Image
Hilangnya doa ibu buat membalut cinta , menyulam kasih serta sayang.. malah membalut luka kala kesedihan Gambar arwah emak bersama mr hubby pada syawal yang baru lalu Sesiapa yang mengenali arwah ibu mertua saya pasti tahu bahawa beliau merupakan seorang wanita yang tersangat istimewa dan tersangat baik hati. Hampir 23 tahun lamanya menjadi sebahagian dari ahli keluarga yang akrab ini dengan mengahwini anak lelakinya, membuatkan pemergiannya meninggalkan kami semua apabila dijemput mengadap ilahi amatlah sangat dirasai apa tah lagi oleh keluarga arwah sendiri yang seumur hidup bersamanya.  Senyumnya, tawanya, tangisnya dan terutama rajuknya...  dan dengan senda mr hubby yang selalu balik dengan lawatan mengejutnya ~ "surprise !!" yang membuatkan arwah selalu  teruja menantikan kehadirannya. Arwah emak pada hari terakhir di hospital Tuanku Mizan sebelum dibenarkan di bawa pulang kerumah Arwah Hajah Yan bt Teh Rokiah telah kembali ke rahmatullah pada ...