Good friends are hard to find..
Assalaam ..
Terkenang apa kata Zurin dulu ~
Kak Yan (panggilan mereka pada saya) .. abang Ngah (panggilan gelaran mr hubby dulu di ITM) ni rajin. Almari baju dia sentiasa kemas tersusun .. (sesi mencarikan jodoh masa tu.. jangan pula ketawa.. serious matter ni..)
Moral of the story ~ Apa tak tersusunnya.. baju hantar dobi dah lipat siap..
Berkesempatan menziarahi sahabat lama Azman Ali di Bangi dan Ahmad Zurin Noh di Gombak pada musim raya yang baru sahaja berlalu dan akan meraikan pemergian Azlina Mat Isa dan suami menjadi tetamu Allah swt ke tanah suci Makkah al Mukarramah nanti ini akan di abadikan sebagai "sepanjang jalan kenangan". Kiranya edisi 3A lah ni.. Azman, Ahmad Zurin dan Azlina
Baru tak baru dah nak masuk raya haji baru entri keluar. Ni bukan kes "double standard" ya.. huhu
Kami berkenalan sejak di zaman ITM lagi. Dah masuk 27 tahun .. lama kan?
Sama kursus sama bidang sama jurusan. Mereka sahabat mr hubby dan saya juga sahabat mereka. Kami belajar di dalam satu kelas satu ketika dahulu. Walaupun umur tak sama tapi ada yang sebaya .. apa ada hal. Kiranya dah lama kenal hati budi masing-masing. Rahsiamu rahsiaku.. mmm.. namun jangan risau, tidaklah saya nak membocorkan rahsia apanya dalam entri ini .. hahaha..
MashaAllah.. comel. Saling tak tumpah like his daddy tapi cute like his mommy too. Azman's latest edition nih. Tahniah! Kami ziarah nak tengok baby baru juga. |
Azman Ali bersama mr hubby. Cemburu dengan pokok bonsai hangpa tu.. Berangan nak "magic"kan pokok-pokok kat rumah tu jadi pokok bonsai.. soon! |
Nampak tak "bintang raya" yang tergantung tu.. Kalau nampak bintang tu maka confirmlah itu rumah Azman. Besarnya bintang! Banyaknya lampu.. |
Terkenang apa kata Zurin dulu ~
Kak Yan (panggilan mereka pada saya) .. abang Ngah (panggilan gelaran mr hubby dulu di ITM) ni rajin. Almari baju dia sentiasa kemas tersusun .. (sesi mencarikan jodoh masa tu.. jangan pula ketawa.. serious matter ni..)
Moral of the story ~ Apa tak tersusunnya.. baju hantar dobi dah lipat siap..
Verdict : Terimakasih Zurin kerana beria-ia mempertemukan jodoh kami. Semoga perkahwinan ini terus berkekalan hingga ke akhirnya dalam rahmat dan keberkatan dari Allah swt.. amin
Akhir kata ~ Terimakasih kepada Azman Ali dan Ahmad Zurin Noh serta keluarga masing-masing kerana telah berbesar hati menerima kunjungan kami. Jazakallah khairan khatira
Malam tanggal 30 September nanti akan menjadi malam yang amat indah pada sahabat se ITM kami Azlina Mat Isa (Lin) dan pasangannya YB Zairul kerana terpilih untuk memulakan perjalanan menunaikan ibadah rukun Islam ke 5 dengan menjadi tetamu Allah swt di tanah suci Makkah Al Mukarramah.
Berharap dan berdoa semoga diberi kesempatan oleh Allah swt meluangkan diri untuk menziarahi Lin dan YB Zairul sebelum mereka berangkat di kompleks Tabung Haji Kelana Jaya nanti. Jom pakat pi ramai-ramai..
Lin yang manja ini merupakan sahabat baik suka dan duka saya. Kalau turun ke utara, inshaAllah kami akan cuba sedaya upaya untuk bersua. Saling kunjung mengunjungi merupakan resepi keakraban kami selama ini. Begitu juga dengan suami Lin, YB Zairul yang rapat seperti sahabat sekelas kami juga kiranya. Dari Repoh, Kangar hingga ke Arau.. Padang Besar ke Langkawi.. mana dia pi.. kami ikut na..
Malam tanggal 30 September nanti akan menjadi malam yang amat indah pada sahabat se ITM kami Azlina Mat Isa (Lin) dan pasangannya YB Zairul kerana terpilih untuk memulakan perjalanan menunaikan ibadah rukun Islam ke 5 dengan menjadi tetamu Allah swt di tanah suci Makkah Al Mukarramah.
Berharap dan berdoa semoga diberi kesempatan oleh Allah swt meluangkan diri untuk menziarahi Lin dan YB Zairul sebelum mereka berangkat di kompleks Tabung Haji Kelana Jaya nanti. Jom pakat pi ramai-ramai..
![]() |
Foto terbaru dari fb Azlina ~ Lin bersama keluarga. Selamat menunaikan ibadah haji sahabat..semoga mendapat haji yang mabrur. Selamat pergi dan selamat kembali |
Semoga sahabat-sahabat kita semua di mana sahaja mereka berada terus mempertahankan dan mengeratkan silaturrahmi ini. Semoga Allah swt memberikan kita kebahagiaan dalam kehidupan, panjang umur dalam keberkatan, kesihatan yang berpanjangan serta kesejahteraan di dunia dan di akhirat kepada kita semua.
Juga kepada kesemua bakal-bakal haji (kak Hadiyaton ~ kakak ipar saya dan suami abang Lazi ) di mana sahaja diseluruh pelusuk dunia semoga mendapat haji yang mabrur. Amin..
Juga kepada kesemua bakal-bakal haji (kak Hadiyaton ~ kakak ipar saya dan suami abang Lazi ) di mana sahaja diseluruh pelusuk dunia semoga mendapat haji yang mabrur. Amin..
Betul kata pepatah " Good friends are hard to find, hard to lose and impossible to forget "
SALAM KASIH SAYANG
Semoga persahabatan kekal hingga keakhir hayat...
ReplyDeleteLin,selamat melaksanakan ibadat haji bersama suami tercinta.
Semoga mendapat haji yg mabrur,,,Insyaallah,,
inshaAllah..
Delete