Beijing : Old Secret in Old Hutong.


Assalam

Ni hao!

Apa khabar?  Tahun Baru China pun sudah berlalu.  Kali ini kita akan melawat ke Old Hutong di Beijing sebelum menyambung cerita pula tentang persediaan kami ke Cina tanpa bantuan travel ejen seperti yang telah dijanjikan pada entri lalu.  Entri yang  dah lamaaa sangat tu 😁


Sebenarnya saya suka juga membaca di laman Wattpad, novel-novel China yang berlatarbelakangkan suasana rakyat China di zaman lampau. Ceritanya yang tidak membosankan, penuh dengan plot dan suspen membuatkan setiap masa membacanya adalah satu pengembaraan baru.

Walau pun kebanyakan cerita-ceritanya terutama cerita transmigrasinya memang tidak masuk di akal langsung, sekurang-kurangnya ia memberikan saya sedikit modal untuk bercerita serba sedikit tentang budaya mereka. Contohnya :- Bagaimana gadis Cina yang dianiaya pada masa itu hendak membuktikan mereka masih perawan kepada masyarakat yang suka menabur fitnah? Ohh.. boleh tahu ke?  Haa.. amboii.. nak tahu ke? hahaha... sabo je lah! Bolehlah dm tepi jap lagi ya.. 😐
Apa ada di Old Hutong. Katanya jangan lepaskan peluang untuk menziarahi Old Hutong jika kita ke Forbidden City atau Istana Larangan di Beijing. Apakah Hutong itu?

"Hutong (simplified Chinese: 胡同; traditional Chinese: 衚衕; pinyin: hútòng) are a type of narrow street or alley commonly associated with northern Chinese cities, especially Beijing.

In Beijing, hutongs are alleys formed by lines of siheyuan, traditional courtyard residences.[1]Many neighbourhoods were formed by joining one siheyuan to another to form a hutong, and then joining one hutong to another. The word hutong is also used to refer to such neighbourhoods.

Since the mid-20th century, a large number of Beijing hutongs were demolished to make way for new roads and buildings. More recently, however, many hutongs have been designated as protected, in an attempt to preserve this aspect of Chinese cultural history. Hutongs were first established in the Yuan dynasty (1206–1341) and then expanded in the Ming (1368–1628) and Qing (1644–1908) dynasties "- sedikit dari petikan wiki mengenai Hutong di Beijing yang tidak saya terjemahkan.



Menerokai lorong-lorong lama bersejarah di Old Hutong ini, bersama kak ngah sambil emak membayangkan "The Legend of Han Yunxi dan Duke of Qin Long Feiye" berduaan menaiki seekor kuda keluar dari istana melintasi lorong-lorong ini dalam cerita Poison Genius Consort yang terkenal itu, memberikan sedikit gambaran kehidupan generasi lampau di sana.



Dengan erti kata lain, Hutong adalah kawasan kejiranan yang menjadi nadi kepada  Beijing itu sendiri.

Old Hutong ini amat mudah di cari kerana ia berdekatan dengan subway dan perlu berjalan kaki sekitar 10 minit sahaja untuk sampai. Kami memilih hotel yang berdekatan dengan subway stesen dalam jarak tiga-lima minit perjalanan berjalan kaki supaya mudah untuk kita balik untuk menunaikan solat jika tempat yang dilawati agak berdekatan antara satu sama lain.

Rangkaian subway stesen di China memang tersangat maju dan laju dan ini memudahkan kita untuk balik ke hotel dengan segera untuk berwuduk dan bersolat. Bagi seorang muslim lebih-lebih lagi wanita yang juga perlu menjaga aurat, untuk mengambil wuduk dan solat di tempat awam memanglah bukan mudah jika berada di China mahupun di negara Barat yang lain. Ini adalah kerana toilet awam mereka yang tidak mempunyai paip air tidak seperti di Malaysia. Paip air hanya berada di sinki yang terletak di luar toilet untuk membasuh tangan sahaja.

Namun di Old Hutong pula suasananya memang beda amat jauh berbeda. The struggle is really real jika kita tidak dapat bertahan menahan untuk membuang air.. Kami terpaksa membatalkan hajat untuk menziarahi toilet awamnya. Masuk sekejap dan dan tu terus keluar semula. Mak is cannot..huhu... Sila lihat foto di bawah. OMG... 😰

Inilah dia sebenarnya "The Old Secret in Old Hutong" yang saya ingin ceritakan. Refer tajuk entri. Rahsia besar di toilet awamnya. No pintu, no water, no tisu, no malu..  Astaghfirullah.. Namun toilet yang kami masuk itu, keadaannya lagi dahsyat dari gambar pinjaman dari web ini yang nampak bersih. Ini bukan dari kamera saya.
Tanpa penghadang pun untuk memisahkan dia, aku dan kamu. Dengan kucing pun kita segan, inikan pula dengan kawan baru disebelah. .. haish! Wallah hu a`lam. ..huhu... astaghfirullah hal azim.

Dan bercerita sedikit tentang pengalaman kepayahan mengambil air solat di toilet di terminal  dan mencari tempat solat juga merupakan satu "adventure" bagi kami di sana. Apatah lagi dengan `cleaner on duty` yang sentiasa berada di dalam toilet melihat apa yang kita buat. "Nak angkat kaki ke dalam sink pulak makcik ni apa kes?" mungkin katanya. Dikatakan sungguh kurang sopan pula. Apatah lagi ada pengguna lain berada di kiri kanan kita. Di dalam toilet memanglah tiada paip air. Setakat sebotol air isi sendiri untuk mencuci apa yang perlu sahaja ketika sudah membuang hajat. Jangan pulak kita mencurah air sampai basah lantai di sekeliling kita.  Namun kami berjaya juga mengambil wuduk di sana dengan tertib dan berhemah.  Jangan lupa bawalah spray air untuk mengambil wuduk jika terlalu darurat.

China kini telah melancarkan revolusi mesra toilet besar-besaran untuk pelancong asing yang datang ke China. Di shopping2 kompleks, toilet awam mereka memang tersangat bersih dan cantik walau pun tanpa paip air di dalam toilet. Begitu juga juga di hotel-hotel dan tempat tumpuan pelancong.  Beijing merupakan ibu negara China yang tersangat gah dan moden. Setanding dengan London, New York dan Paris.Pastikan bawalah botol air kosong, sanitizer dan "baby wipes" senantiasa di dalam beg tangan kita untuk tujuan kebersihan.

Namun pengalaman mewah merasai suasana toilet awam di Jepun memanglah membuka mata dan tidak dapat ditandingi lagi oleh negara lain yang pernah saya lawati. Lihat gambar di atas.

Anda hanya perlu menekan pilihan butang yang sesuai setelah sudah menyempurnakan hajat sama ada yang kecil ataupun besar. Pilihan pancutan air cucian di hadapan atau di belakang, kiri ataupun kanan, sprays, washes, blow-drys dan pewangi tambahan..haha.. over luxury!

Dan paling menariknya ada di sesetengah toilet di shopping komplek yang juga mempunyai pilihan bunyi muzik/angin menderu yang kuat supaya orang sebelah tidak dapat mendengar bunyian mahupun bauan apa yang datang dari kita dan begitu jugalah sebaliknya.. wowww canggihkan? Jepun memang negara yang tersangat maju, bersih dan super duper. I really love Japan.. 💘

Apa? Ya.. memang tidak dinafikan di KLIA juga mempunyai air yang memancut dari dalam mangkuk tandas tetapi ianya without all the luxurylah.. hehe.. bedakan?

Walau apa cara pun.. berwuduk dan solatlah. Jangan pernah tinggalkan solat. Peringatan untuk diri sendiri dan semua. Dan kefahaman tentang keringanan “menyapu khuf” ketika berwuduk seperti link berikut memang amat membantu ketika kita menghadapi kesulitan. Allah swt Maha Pengasih Maha Pengampun. Sila baca :- http://maszleemalik.blogspot.com/2007/09/menyapu-khuf-rukhsah-di-musim-sejuk.html

Di China penduduknya yang beragama Islam berjumlah lebih kurang 30 juta orang. Oleh itu anda akan senantiasa bernasib baik kerana di celah-celah deretan bangunan lama di Hutong pasti ada terdapatnya restoren halal. Ia seumpama seperti restoren mamak yang senantiasa ada sahaja di celah-celah pekan mahupun bandar di tempat kita.  Bezanya kebanyakan restoren di sini membuat meenya sendiri.  Mee tarik yang kenyal dan sedap.

Mee Goreng/ nasi goreng berharga ¥20 sepinggan.
Mee sup berharga ¥16 semangkuk.  Mee tarik yang dibuat sendiri sangat refreshing apatah lagi di makan dengan sambal cili kering yang sedap.
Pastikan di setiap restoren halal ada tertera perkataan `Tho`amul Muslimun` atau `Al-Muth`amul Islam` yang bererti makanan muslim.  Ada yang menambah perkataan basmallah dan kalimah syahadah.

Murtabak yang sangat enak berintikan sayuran berharga ¥5 sepotong.



Kami juga tidak melepaskan peluang untuk ke Wang Fu Jing Street utnuk melihat hidangan makanan eksotik seperti kala jengking dsb.







Untuk penggemar kerabu perut.. cubalah hidangan snack dari perut kambimg yang halal ini.  Mashaa Allah ..sedap sangat seh.  Perut yang telah direbus dgn rempah2 ini diracik2 di bubuh bumbu hirisan daun bawang yang wangi dan cili api dan bawang goreng dan digaul dengan kuah sup serta cili kicap.  Merecik wa cakap lu!.. Berebut beratur untuk membeli.  20¥ semangkuk.

Dan kita tinggalkan dulu Old Hutong dan Wang Fu Jing Street  dan sambung semula tentang tip berguna untuk ke China tanpa travel ejen seperti yang dijanjikan pada entri yang lalu.

Kami tiba di Beijing Airport sesudah tengah malam. Dan terpaksa menghabiskan masa beberapa jam di airport untuk menunggu Airport Express Train yang dibuka pada pukul 6 pagi. Ini adalah kekurangannya jika tidak pergi bersama travel ejen kerana tiada siapa yang akan datang menjemput kita di airport. Sendiri jemput diri sendirilah.

Welcome to Beijing!!


Kami membeli **Beijing Transportation Smart Card (Yikatong), kad transit untuk menaiki tren di subway. Kad ini boleh disewa setibanya di airport dengan membayar deposit sebanyak CNY20 dan minimum top up sebanyak CNY20. Kami menaiki Airport Express Train dengan tambang CNY25 perjalanan sehala keluar dari Beijing Airport dan kemudiannya bertukar menaiki metro subway dengan tambang CNY2 sehala untuk sampai ke hotel di Dongcheng Qu, Beijing.

Kad ini boleh di top up di mana-mana subway stesen dan boleh digunakan bila menaiki bas dan membeli barang-barang di kedai serba guna. Dan hendaklah dipulangkan semula di airport ketika hendak balik ke Malaysia. Deposit bersama baki duit kita di dalam kad itu akan dipulangkan on the spot. Couldn`t be simpler!

Namun adalah digalakkan anda menaiki bas express atau taxi jika anda membawa beg yang berat dan besar dari airport. Memang agak sukar kerana tangga-tangga yang agak tinggi untuk mengangkat beg-beg berat di subway itu. Memandangkan kami hanya membawa hand luggage yang ringan sahaja dan dari subway cuma mengambil masa 3 minit sahaja berjalan kaki ke hotel kami, maka let`s us walk and explore!
Menaiki Airport Express Train keluar dari Beijing Airport.
Bismillah hir rohman nirrohim


Kita memerlukan visa untuk melancong ke China. Sila baca laman web ini cara-cara memohon visa

https://limaumandarin.com/panduan-memohon-visa-ke-china/

Kami memuat turun borang dari laman web dan mengisinya sendiri sebelum menghantar borang ini untuk diproses.
Kami juga mengambil insuran perjalanan sebelum keluar negara. Kita tidak tahu apa yang akan berlaku di negara orang. Moga Allah swt memelihara kita semua di dalam permusafiran ini. Sediakan payung sebelum hujan.  Untuk yang selalu keluar negara, kita boleh mengambil insuran perjalanan untuk selama setahun kerana ia lebih menjimatkan.

Subway Station

Segala akses social media (socmed) luar seperti Google, FB, IG, you tube dll disekat di negara China. Ini adalah sebagai benteng pertahanan untuk keselamatan negara mereka. Benteng ini dikenali sebagai "China's Great Firewall". Negara China mempunyai rangkaian socmed mereka yang tersendiri sama seperti rangkaian socmed barat yang lain. Antara yang popular ialah app WeChat dan Weibo. Pengsanlah kalau kita tercampak kesana tanpa pandai berbahasa Mandarin. Setakat pandai bercakap "Ni hao ma - wo ai ni" memanglah tidak membantu..huhuuu.

Hotel yang kami tinggal mempunyai free wifi/internet tetapi without our VPN kita tidak boleh mengakses socmed kita. Cuma app WeChat ada di China tetapi "hello.. hello..📞 kita bukan mak budak WeChat" katanya. China memang ke hadapan dari segala hal. Segala urus niaga menggunakan apps wechat sahaja tanpa wang tunai. Mudahnya..

Untuk mengakses Google, Fb, IG dsb, apa yang perlu dilakukan ialah memuat turun VPN siap-siap dari Malaysia ke handphone kita. VPN ini seperti mengubah lokasi anda mengakses internet ke lokasi yang lain. Kami memilih untuk menggunakan app VPN Master yang di upload dari Google Play Store. Kemudian barulah kita dapat mengakses Google, Fb, IG dsb.

Definition of VPNs, or Virtual Private Networks :- It allow users to securely access a private network and share data remotely through public networks. Much like a firewall protects your data on your computer, VPNs protect it online-wiki


Travel wifi juga boleh disewa secara online dan diambil di airport sebelum kita menaiki flight. Lebih menjimatkan. Shareable up to 10 devices, huge data dan memang sangat laju. Travel wifi ini memudahkan kita untuk mendapatkan maklumat perjalanan untuk kemana-mana. Kami menggunakannya untuk mencari destinasi yang dituju.


Our Life Support!

Selain dari my travel reliable partner yang boleh diharap iaitu kakngah who else.., kita perlukan hand phone, travel wifi, power bank, usb cable, travel adaptor, cash, compact camera, travel portable storage, Smart Card ** and most importantly is Allah swt mercy. He is the Most Merciful of those who show mercy. Bertawakallah kepada Allah swt.

Ini adalah sebahagian dari persediaan yang berguna untuk travel ke China sendirian berhad tanpa menggunakan ejen. Namun untuk melancong ke luar negara yang tidak mengutamakan bahasa Inggeris tanpa travel ejen, ia sebenarnya bukan mudah. Rata-rata mereka di China memang tidak pandai berbahasa Inggeris.

Sehingga disini dahulu. Inshaa Allah.. kita akan bercerita tentang kisah benar satu tragedi di Forbidden City di mana seorang pelancong  wanita dipukul dan ditendang tanpa belas kasihan oleh beberapa orang pekerja lelaki yang berlaku di hadapan mata kami sendiri. Astaghfirullah hal azim..

**Katakanlah: "Dialah Allah Yang Maha Penyayang kami beriman kepada-Nya dan kepada-Nya-lah kami bertawakkal. Kelak kamu akan mengetahui siapakah yang berada dalam kesesatan yang nyata" - Surah Al Mulk :29

Sehingga berjumpa lagi.

Comments

Popular posts from this blog

Dari Sekinchan ke Tanjung Karang.. jom cari kerepek!

Awas.. Kata pujian kepada anak-anak kecil

Nak pakai apa dikolam renang?