New Zealand: Hello Auckland 🌿
Assalam Kami berada di Auckland, New Zealand pada 23-28hb Ogos 2017 yang lalu. Musim sejuk tetapi suhunya agak normal di antara 9-10 deg C sahaja di waktu pagi serta mencecah 12-16 deg C di siang hari. Tidaklah kami kejang kesejukan. "Just nice!"😉. Langit tidak selalunya cerah kerana hujan juga sering turun dan seringkali awan mendung berwarna kelabu menerangi langit kelam. Namun jika langitnya cerah ia bertukar menjadi biru dihiasi kelompok awan putih. Lihat sahaja di luar jendela kereta. Mashaa Allah.. subhanallah. Indahnya alam. Apatah lagi dengan kehadiran bunga-bunga yang mula mekar. Spring is coming. Inilah kebesaran Allah swt. Percayalah! Kami menaiki Air Asia X menuju ke Gold Coast, Australia dalam perjalanan yang panjang selama 7 jam dan transit selama 1 jam di Coolangatta Airport dan kemudian barulah meneruskan perjalanan ke Auckland, New Zealand yang mengambil masa hampir 3 jam pula. #kematu Transit di Coolangatta Airp