Posts

Showing posts with the label auckland

New Zealand : Walk to the top of Mount Eden

Image
As salam Masih di Auckland. Kedinginan pagi ini mengimbau kembali kenangan kami mendaki Mount Eden yang terletak di Auckland, New Zealand. Tetapi tidaklah sesejuk mana jika dibandingkan dengan kedinginan di atas Mt Eden itu. Di tambah pula bila di langgar tiupan angin yang sangat menggila pula bila sampai di atas puncaknya. Mengigit sejuknya!  Sila lihat video di atas. Jika ada peluang melancong ke Auckland pergilah mendaki ke puncak Mt. Eden. Tidak payah mendapatkan permit untuk mendaki.  Mt. Eden juga dikenali sebagai "Maungawhau" oleh penduduk tempatan. Ia adalah satu di antara 48 buah gunung berapi yang ada dan puncak yang tertinggi di Auckland. Hari itu merupakan hari terakhir kami di Auckland. Sebelum mengambil penerbangan ke Gold Coast di Australia pula dan kami cuba untuk mengutip kenangan sebanyak mungkin di sini. Jangan tinggalkan apapun di sana kecuali jejak katanya.  Tinggalkan jejak sementara masih ada ku...

New Zealand : "The World's Last Pure Land"

Image
Assalam Di Auckland kami menginap di guesthouse "The World's Last Pure Land" melalui booking.com.  Wow!  Maori sungguh namanya kan?  Guesthouse yang selesa, murah dan lebih kurang 1/2 jam  sahaja perjalanan dari airport.  Ia terletak di 8, Parani Road, Te Atatu Peninsula, Auckland dan berada 8km sahaja dari Auckland Harbour Bridge.    Di kelilingi oleh rumah banglo pelbagai rekabentuk di sepanjang jalan ini. Kami tiba di rumah ini ketika langit siang sudah melabuhkan tirainya.  Tiada tuan rumah menyambut ketibaan kami kerana mereka sedang berada di Amerika Syarikat.   Tuan rumah telah meninggalkan sms nombor kod untuk  membuka tempat penyimpanan kunci rumah dan kunci bilik setelah kita membayar deposit secara online.  Sangat bagus perkhidmatan di sini.   Self service.  Tiada masa tertentu untuk check in atau pun check out. Cuba teka di mana letaknya kunci rumah itu? Tiada hadiah untuk yang menja...