Posts

Showing posts from November, 2017

Cairo/Alexandria: We missed our stop station while still on the train 😰

Image
Assalam Pepatah "kill two birds with one stone" ke Egypt lewat Februari 2017 lalu memanglah satu perjalanan yang sangat dinantikan. Menghadiri majlis konvokesyen anakanda sekaligus menjelajahi tempat-tempat yang menarik di Alexandria dan Cairo di mana di antaranya melihat keajaiban dunia iaitu The Great Pyramid of Giza. Seven wonders of the ancient world katanya. Wallah hu a'lam. Bermula di stesen keretapi Tanta untuk ke Kaherah Menunggu keretapi di Kaherah pula untuk ke Alexandria. Lebih enam tahun anakanda menuntut di Tanta, maka memang berhasrat jugalah untuk melancong ke sana pula.  Mesir juga di gelar bumi para Anbiya' kerana ramainya para Nabi yang diutus ke sana. Kaherah juga amat istimewa dengan adanya makam yang tidak sempurna jenazahnya kepunyaan Saiyidina Husein iaitu cucunda kepada baginda Nabi Muhammad saw dan dikuburkan bersama beberapa ahli Al Bait di sana. Semoga Allah mencucuri rahmat dan mengurniakan tempat yang mulia dan darjat ya