Best Of Bali: Tanah Lot,Nusa Dua, Uluwatu dan Jimbaran
As salam Hari terakhir di Ubud. Ubud terletak lebih kurang 38km dari Ngurah Rai Int Airport dan mengambil masa hampir 1 1/2 jam perjalanan dengan menaiki kereta. Semua jalanraya ke Bali akan menuju ke Ubud. Terpulanglah kepada anda bagaimana untuk mendapatkan pengangkutan kesana. Melalui ejen pelancongan anda atau berurusan di hotel yang pastinya lebih mahal dari berurusan sendiri di jalanan. Ataupun pilihan lain seperti kami yang menyewa sendiri kereta dan membayar pemandu dengan kadar untuk sehari perkhidmatan. Pay per day for the services. Kita tidak terikat dan bila penat boleh lepak berehat di hotel. It's up to you... Sedikit tentang sejarah UBUD yang telah di update dan bagaimanakah Ubud mendapat namanya, boleh dibaca di entri ini Best Of Ubud Jangan malu untuk mampir menuai padi di sawah bendang kala langit sangat indah di Kabupaten Bangli. MashaAllah... lihatlah kebesaran Allah SW...