As salam
Masih lagi di Ubud.
Tidaklah ke Bali katanya jika tidak menyaksikan persembahan Sahadewa Barong Dance yang terletak di Batubulan, Gianyar. Ia dibuka pada setiap hari bermula dari pukul 8.30 pagi hingga ke 8.00 malam. Setiap pertunjukan memakan masa lebih kurang 2 jam. Bayaran masuk dikenakan.
Persembahan pentas ala teater oleh pelakon-pelakon bersama kumpulan pemuzik yang mengiringi penceritaan drama ini sehingga habis. Ia mengenai hikayat Barong dan Rangda makhluk mithologi. Ada watak antogonis, protagonis dan tritagonis. Keknis je yang tader..hahaha.. (tak faham? jangan segan bertanya) Pertarungan kebajikan vs kebatilan. Melopong jugaklah menyaksikan persembahan mereka. Melopong bukan kerana terlalu teruja tetapi "blurr" kerana tidak memahami dialog yang dipertuturkan di dalam bahasa Bali.
Namun begitu setiap penonton dibekalkan dengan sinopsis terjemahan untuk mengetahui jalan cerita. Kami dari Klang, non dari Semerang, mas dari Jakarta dll di beri terjemahan berbahasa Indonesia sementara pelancong dari Peranchis di sebelah saya diberikan terjemahan berbahasa Inggeris. Main agak-agaklah dari satu scene hingga ke satu scene sehingga habis persembahan.
|
Penari yang jelita mengalu-alukan kedatangan para pelancong. |
|
Watak asal Barong sebelum ia berubah rupa |
|
Hanoman yang menyerikan persembahan dengan adegan lawak jenakanya |
|
The orchestra dengan persembahan gamelan dan gendangnya. |
|
Tepukan gemuruh untuk persembahan yang menakjubkan. Kesimpulannya kesemua pelakon-pelakon ini memang tersangat berpengalaman berdasarkan dari paras rupa yang tersangat veteran ..huhu.. Mungkin mereka menganggotai kumpulan ini sejak mula ia ditubuhkan. Mungkin belum ada pelapis atau belum ada pelakon muda lain yang dapat menandingi tahap lakonan mereka. Wallah hu aklam. |
|
Ada gaya tak? Melentik 360 deg katanya...hahaha... |
Kade, si pemandu pelancong mencadangkan kami untuk melawat pura atau kuil-kuil hindu yang menjadi tarikan pelancong ke Bali. Sebenarnya kami tidak bercadang pun untuk melawat ke mana-mana pura pun di dalam trip kali ini. Cukuplah jika sekadar melihat candi Borobudur dalam perjalanannya dulu kata en suami. Namun akhirnya kami singgah juga ke sebuah Pura sekadar untuk melihat seni binanya.
|
Pelancong dikehendaki untuk memakai kain sarong tidak kira lelaki atau perempuan sebagai menghormati tempat suci mereka. Masuk adalah percuma. Namun tabung ada disediakan untuk yang ingin menderma. |
|
Di hadapan pintu gerbang ke Pura Puseh |
|
Persembahan muzik gamelan menyambut ketibaan pelancong di wakaf yang disediakan untuk tontonan umum. |
|
Terpesona dengan keindahan lanskap di sini yang dipenuhi dengan pokok-pokok kemboja pelbagai warna.
Namun kami tidaklah berlama di sana kerana masih banyak lagi tempat yang perlu kami lawati dengan misi menghabiskan "Top Places to Visit in Bali" dalam masa dua hari sahaja. Maka masa itu sangat berharga bagi kami. |
|
Sedikit selingan alkisah "morning walk" kami di Jalan Hanoman sebelum memulakan aktiviti penjelajahan.
Melihat longgokan tanah hitam di sepanjang jalan raya di depan Jangkrik. Beberapa orang wanita berkudrat luarbiasa menjunjung tanah hitam itu di atas kepala. Serentak berfikiran yang sama dengan en suami " Bestnya tanah ni... mesti tanah hitam dari sumber gunung berapi. Amat subur untuk tanaman" Melihatkan tahap kesuburan kebanyakan tanaman yang tumbuh di sini. |
|
Namun nyata tekaan kami meleset segala. " Ini bukan tanah hitam buk.. ini pasir hitam untuk bikin konkrit bangunan."
Mode: Oooooh...
Verdict : Patutlah bangunan disini semuanya nampak "dark, antic and a bit scary"... tak ku tahu ada pasir hitam untuk dibancuh dengan simen selain dari pasir hitam angkara Beras Terbakar di Langkawi.
|
|
Melepas lelah |
Tata titi tutu
Assalamualaikum sister... gambar yag last2 kat gunung tu, nampak sangat letihnya he he.. tapi tentu syiokkk bercuti berduaan..
ReplyDeletewaalaikummusalam syg che mid.. 2L tu. Letih dan Legam..huhu..
Delete