Posts

Showing posts from June, 2014

Sabah ~ Di bawah langit lazuardi Manukan

Image
As salam.. Ini kalilah!   It means this is the last entry for Sabah i hope.. :) Kali ini setelah menghabiskan masa dengan aktiviti swimming, snorkeling, sea walking dan para gliding di Pulau Mamutik.. kami terpaksa bergegas pula ke Pulau Manukan kerana bot yang kami sewa sedang menunggu untuk membawa kami ke acara yang berikutnya. Q : Acara apa kok? A : Acara berpiknik pak! Bercanda di tepian pantailah, apa lagi sambil kita berlima menyulam kasih dan sayang di bawah langit lazuardi..   JOM piknik...  kita kena cari "pot" yang bagus ya ayah.  Dekat dengan laut dan semestinya di bawah pokok untuk menikmati desiran ombak seperti lirik lagu di bawah ini ...  Deru sang ombak bersilih ke pantai Disambut ayunan nyiur melambai Rembulan megah di atas mahligai Tersenyum melihat kita berdua Angin membawa lagu cinta Sejuta bintang bermain mata Seakan rela dua insan Di dalam senarionya Antara Manutik dan Manukan Kita jatuh cinta Antara Ma

Sabah ~ Misteri di sebalik jari pengantin

Image
As salam Masih lagi di Sabah.  Pagi terakhir kami di Kota Kinabalu diakhiri bukan dengan bermalas-malasan di atas katil hingga meninggi hari tetapi menjelang dinihari kami berdua telah pun terpacak di pasar basahnya.   We went to a wet market... we went to a wet market.  Pasar Besar Klang yang di hadapan mata pun tak rajin nak pergi katanya haaha.... tapi kali ini kami ke sini adalah kerana menunaikan satu misi.  Apa lagi..  misi pencarian udanglah Katanya.. tak lengkaplah kalau ke Sabah jika tidak membawa balik udang.  Pesanan khidmat masyarakat kepada penggemar udang tegar kerana Sabah juga dikenali sebagai ladang ternakan udang. Betul ke ni.. :) Kata pepatah "ada udang di sebalik batu" , kata bebudak pula "ada udang di sebalik mee" tapi kata saya "ada udang di sebalik jari pengantin baru" pula.  Pengantin yang mana satu ni.. hai cik pengantin.. you know who you are! hihihi  .. :p Kebanyakan pembeli telah mula memenuhi pasar ba