Posts

Showing posts from August, 2016

Best of Tokyo : Tokyo Camii , Odaiba and Shibuya Crossing

Image
As salam Masih di Tokyo kita.   Dari Asakusa kami ke Shibuya dengan menaiki Tokyo Metro Ginza Subway line.   Kali ini kita ke Tokyo Camii atau ke Masjid Tokyo yang merupakan masjid yang terbesar di Jepun.  Masjid yang bercirikan Ottoman ini di bina oleh masyarakat Turki yang berhijrah dari Kazan (Russia) pada tahun 1938 dan pembinaannya juga mendapat kerjasama dari rakyat Jepun di sana. Ia di bina bersama  dengan Pusat Kebudayaan Turki yang terletak di dalam bangunan yang sama. Dari stesen kami berjalan kaki untuk sampai ke masjid yang tersergam indah ini yang terletak di kawasan perumahan yang tenang di Yoyogi Uehara, tidak jauh dari kesibukan bandar Shinjuku dan Harajuku.   Bersiap sedia untuk menunaikan solat. Para muslimah harus turun ke bawah melalui bangunan ini untuk menuju ke kamar wuduk.  Tangga yang agak curam dan dalam membuatkan kita harus berhati-hati.  Kami bertemu dengan ramai rakyat Malaysia yang singgah untuk menunaikan solat jamak di masjid

Best of Tokyo : Asakusa

Image
As salam Saya masih di sini.   Masih menyusun foto untuk entri terbaru kali ini yang sepatutnya telah berada pada carta 3 bulan yang lepas.  "Sabar ya wak!  Wak sabar... " Hmm...  Macamlah ada yang tak sabar-sabar hendak membaca entri terbaru engkau ini.  Sebenarnya diri sendiri yang tidak sabar untuk mengimbau kembali.  Throw back katanya.  Hehehe...  :D Pagi pertama setelah selesai sarapan di rumah tamu di Fuda, kami memulakan perjalanan untuk "Jelajah ke Tokyo" dengan mengejar tren dan bertukar-tukar stesen untuk ke beberapa destinasi pilihan.  Top up tambang dulu di belakang tu dengan menggunakan vending machine. Di dalam tren yang laju.  Omma teruja! Singgah sebentar menghirup udara segar, semasa bertukar stesen di Ginza Line.  MashaAllah.. bersihnya persekitaran.  Tiada sampah sarap hatta puntong rokok pun kelihatan di jalanan.  Cuaca sejuk yang  tidak panas membuatkan mood untuk bercuti seperti berhoneymoon gamaknya.  Papan-papan tan