Best of Tokyo : Tokyo Camii , Odaiba and Shibuya Crossing
As salam
Masih di Tokyo kita.
Dari Asakusa kami ke Shibuya dengan menaiki Tokyo Metro Ginza Subway line. Kali ini kita ke Tokyo Camii atau ke Masjid Tokyo yang merupakan masjid yang terbesar di Jepun. Masjid yang bercirikan Ottoman ini di bina oleh masyarakat Turki yang berhijrah dari Kazan (Russia) pada tahun 1938 dan pembinaannya juga mendapat kerjasama dari rakyat Jepun di sana. Ia di bina bersama dengan Pusat Kebudayaan Turki yang terletak di dalam bangunan yang sama.
Masih di Tokyo kita.
Dari Asakusa kami ke Shibuya dengan menaiki Tokyo Metro Ginza Subway line. Kali ini kita ke Tokyo Camii atau ke Masjid Tokyo yang merupakan masjid yang terbesar di Jepun. Masjid yang bercirikan Ottoman ini di bina oleh masyarakat Turki yang berhijrah dari Kazan (Russia) pada tahun 1938 dan pembinaannya juga mendapat kerjasama dari rakyat Jepun di sana. Ia di bina bersama dengan Pusat Kebudayaan Turki yang terletak di dalam bangunan yang sama.
Dari stesen kami berjalan kaki untuk sampai ke masjid yang tersergam indah ini yang terletak di kawasan perumahan yang tenang di Yoyogi Uehara, tidak jauh dari kesibukan bandar Shinjuku dan Harajuku. |
Bersiap sedia untuk menunaikan solat. |
Masjid ini juga boleh di lawati oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira sama ada mereka adalah orang Islam ataupun penganut agama lain. Ini adalah untuk menarik pengunjung supaya dapat mendalami dan memahami agama Islam dengan lebih terperinci. Bukankah Islam itu ialah "a way of life" dan ia adalah agama yang indah yang harus di hayati oleh seluruh insan sejagat. Dan menariknya pengunjung di sini bebas untuk melihat kita yang beriktikaf di sini mengerjakan amal ibadat.
Alamat masjid : 1-19 Oyamacho, Shibuya, Tokyo 151-0065, JapanKami melalui kawasan perumahan ini dalam perjalanan pulang ke stesen dari Tokyo Camii. |
Hari yang semakin gelap dan cuaca yang bertambah sejuk menjelang malam menjadikan perjalanan kami ke destinasi seterusnya adalah sangat menerujakan.
Destinasi kami yang seterusnya ialah ke Odaiba!
Odaiba (お台場) amat terkenal dengan tiga buah pusat membeli belahnya iaitu Aqua City, Venus Front dan juga Diver City yang mempunyai taman hiburan popular yang paling unik iaitu Gundam Front Tokyo di mana terdapatnya robot-robot yang terkenal dari siri anime Jepun. Ferris Wheel di sini juga dikatakan yang tertinggi di dunia. Odaiba sebenarnya adalah sebuah kubu yang di bina di atas pulau buatan manusia di Tokyo untuk melindungi kota itu dari serangan musuh ketika itu.
Kami menaiki Yurikamome tren di mana tren ini akan melintasi "Rainbow Bridge"yang terkenal di Odaiba itu. Kebanyakan pelancong akan menaiki Yurikamome tren berbanding dengan Rinkai Line. Walaupun ia agak perlahan dan mahal tetapi memang amat berbaloi.
Alamat : Aqua City Odaiba 1-7-1 Daiba, Minato 135-8707, Tokyo Prefecture |
Pemandangan "Rainbow Bridge" dari deck kayu di hadapan Aquacity. |
Berlatar belakangkan Hilton Tokyo Odaiba, hotel lima bintang.
|
Di sebelah kanan itu ialah bangunan ibu pejabat Fuji Television, stesen tv penyiaran swasta yang terbesar di Jepun. Bangunan itu memancarkan cahaya mengikut irama lagu yang sedang di mainkan. Leka melihat ia bercahaya mengikut rentak muzik! Futuristik sangat. Nasib baik lah mokcik ni udah tuo, sadar diri dan beristighfar je kerojenya.. taklah terasa nak berjoget pula. |
"Statue of Liberty" bukan sahaja ada di New York,USA tapi di Odaiba, Japan juga. |
Mode : Kita memerlukan 3/4 hari jika bercadang untuk melihat segalanya di Odaiba katanya. Pergilah selepas makan tengahari dan kemudian barulah pergi "window shopping" dan selepas makan malam barulah kita dapat menghayati keindahan pulau buatan manusia itu.
Verdict : Minta maaf kepada anakanda berdua kerana kita tidak singgah melihat "real life" Gundam kerana ayah sudah terlalu lelah dan omma terlalu capek (dah pancit) nak melangkahkan kaki ke Divercity Plaza setelah membuang masa berwindow shopping di Aquacity yang besar itu. Maybe next time.. another time you all should go there without us.
Shibuya Crossing
Dalam perjalanan pulang kami sempat berhenti untuk melihat "intersection" Shibuya Crossing , pertembungan lintasan pejalan kaki (scramble) yang terbesar di dunia dan sangat terkenal itu. Trip ke Shibuya Crossing adalah perkara check list (top ten places must visit) jika ke Tokyo.
Pertembungan pejalan kaki ini merupakan lokasi yang paling popular untuk penggambaran filem dan berita media di Tokyo malah di luar negara. "Lost in Translation" dan "The Fast and the Furious: Tokyo Drift," ialah di antara filem-filem yang membuat penggambaran di sini begitu juga dengan rakaman musik video, berita semasa dan program animasi. Photographers dan videographers sentiasa dengan pelbagai cara dan gaya berada di sini untuk mendapatkan sudut rakaman yang menarik.- Petikan dari wiki. |
Malangnya kami sudah tidak bertenaga untuk sama-sama melintas jalan ke Shibuya Crossing ini dan cuma mengambil gambar dari atas stesen sebelum pulang ke Fuda. Ia terletak di hadapan Stesen Shibuya Hachiko. Pernah menonton movie "Hachi : A Dog's Tale yang dilakonkan oleh seekor anjing yang setia bernama Hachiko dan Richard Gere? Statue Hachiko yang setia itu juga ada di antara stesen ini dan menjadi salah satu lokasi untuk tempat pertemuan. |
Tren pun sudah kosong "seperti ana yang punya" |
JOM balik! Dah penat berjalan dari pagi sampai ke malam.
|
Bertemu lagi kita di entri ke Yokohama yang terletak di selatan Tokyo pula selepas ini. Bukan untuk membeli tayar tetapi untuk ke Red Brick Warehouse atau lebih dikenali sebagai Aka Renga Soko yang terkenal itu.
Mufti Ismail Menk tweeted:
Whatever the dilemma, there's a cure. Whatever the difficulty, there's a solution. That's the Almighty's Promise. He never fails. Stay firm.
JUMPA LAGI
Comments
Post a Comment