Posts

Showing posts from January, 2013

Ombak rindu

Image
Agak lembab menulis entri akhir-akhir ini.  Agaknya mungkin disebabkan oleh kelemasan dan kepanasan perit sang terik mentari seharian menjadikan  diri ini agak lesu dan kepenatan menggalas tugas sebagai sang supir saban hari berulang-alik di jalanan.  Namun perkataan kemalasan tidak mungkin akan ada dalam kamus entri saya ini..  Apa-apa pun merasa amat berbahagia kerana dapat 'menculik" emak pada cuti hujung minggu lalu dan membawanya bercuti pulang ke rumah.  Beralih anginkan mak... setelah sekian lama meng "usya" emak nak bawa bercuti kerumah saya.  Atlast... dapek juo!  Emak kata bila badan dah tak se gah dulu ni.. perasaan rindu pada anak-anak makin kerap membara.  Kalau boleh hari-hari nak menatap wajah anak-anak.  Begitulah perasaannya bila usia makin menurun senja ... namun sebab badan dah tak sekudrat dulu.. nak kemana-mana pun merasa dah tak berdaya namun cuba juga digagahkan.   Mak... kami rindukan mak juga.. nomo..nomo..nomo.. we love you! Dalam d

January at its best..

Image
Alhamdulillah.. January yang baru bermula dah pun nak berakhir.  Cepatnya hari berlalu.  Nizam anak buah yang ke Mansoura, Egypt dah pun balik.. begitu juga dengan titipan kak long via Nizam pun dah selamat di buka.  Terima kasih Nizam kerana sudi menyampaikan kiriman untuk kak long di sana dan membawa kiriman kak long pula pulang (berbalas-balas pulak ek..) dan terimakasih kak long diatas kiriman yang membuat seisi keluarga tersenyum girang... terimakasih anakku..  Nizam ..  Sebenarnya bukan bingkisan itu yang membuatkan kami berdua ayah dan emak gembira tetapi keterujaan anakanda di sana mengirimkan bingkisan itu dengan nada gembira menandakan betapa anakanda di sana hidup  baik-baik dan gembira menghadapi hari-hari pembelajaran disamping rakan-rakan sebaya dan kawasan persekitaran.  Bayangkan jauh diperantauan.. namun legalah hati emak ini  mendengarkan khabar dan merasakan bahawa kau baik-baik dan sihat senantiasa.  S empena harilahirmu yang ke 21 tahun pada 12hb Jan

Vietnam ~ Terapung di Delta Mekong

Image
Delta Mekong meliputi  sebahagian besar kawasan di tenggara Vietnam.  Seronoknya bila berangan-angan nak melihat "floating market" apabila menyelusuri Sungai Mekong nanti.  Namun pelampung anganku musnah !  Why? why? why? hmm.. apabila diberitahu oleh tour guide kami Ms Mina yang aktiviti pasar terapung ni sudah lama tidak aktif kerana penduduk di persekitaran  lebih suka berjual beli di tanah besar.. sedih.. hampa no..  tak mengapalah (memujuk hati..) ~ The Damnoen Saduak Floating Market at Ratchaburi in Thailand...  here i'm coming.. hahaha..insha Allah (cita-cita besar!) Bukannya nak membeli apa pun.. cuma nak tambah koleksi foto sahaja. Beginilah rupanya pasar terapung tu.. Gambar ini hanya ilustrasi sahaja ~ The Damnoen Saduak Floating Market at Ratchaburi in Thailand Sungai Mekong merupakan sungai yang ke 10 terpanjang di dunia dan ia merentasi ke beberapa negara di antaranya China, Myanmar, Thailand, Kemboja dan Vietnam itu sendiri.