Ombak rindu

Agak lembab menulis entri akhir-akhir ini.  Agaknya mungkin disebabkan oleh kelemasan dan kepanasan perit sang terik mentari seharian menjadikan  diri ini agak lesu dan kepenatan menggalas tugas sebagai sang supir saban hari berulang-alik di jalanan.  Namun perkataan kemalasan tidak mungkin akan ada dalam kamus entri saya ini.. 

Apa-apa pun merasa amat berbahagia kerana dapat 'menculik" emak pada cuti hujung minggu lalu dan membawanya bercuti pulang ke rumah.  Beralih anginkan mak... setelah sekian lama meng "usya" emak nak bawa bercuti kerumah saya.  Atlast... dapek juo!  Emak kata bila badan dah tak se gah dulu ni.. perasaan rindu pada anak-anak makin kerap membara.  Kalau boleh hari-hari nak menatap wajah anak-anak.  Begitulah perasaannya bila usia makin menurun senja ... namun sebab badan dah tak sekudrat dulu.. nak kemana-mana pun merasa dah tak berdaya namun cuba juga digagahkan.   Mak... kami rindukan mak juga.. nomo..nomo..nomo.. we love you!

Dalam deraian hujan lebat, kereta saya meluncur laju membawa emak pulang.  Memberi peluang kepada adik yang menjaganya di rumah berehat buat seketika.  Menjaga orang tua yang tidak berdaya bukan sesenang menjaga baby yang baru lahir..mind you!  Kita "take turn"lah pulak.. Alhamdulillah..kerana diri ini tidak berkerjaya "makan gaji" maka sesuka ikut suka suka hatilah saya untuk mengambil emak pula.  Sekurang-kurangnya dapatlah juga melayannya berborak-borak mengingatkan kisah-kisah lama.  Namun kini ingatan emak pun sudah agak berkurangan..  mungkin kerana pengambilan ubat-ubatan berterusan dan kesan " mild stroke" yang menimpanya pada bulan Syawal yang lalu.  Namun amat bersyukur ke hadrat allah swt kerana emak boleh kembali bangkit semula dan dapat menggagahkan diri untuk bangun berjalan walaupun dibantu dengan sokongan tongkat.  Kiranya satu "kejayaan " kerana emak begitu gigih dan bersemangat untuk sihat semula.

Wajah emak pun nampak sedikit berisi kini walaupun selera untuk makan agak kurang mungkin disebabkan oleh jangkitan selsema yang menggugat seleranya.  Demam pun kerap menyerang jika cuaca sejuk melanda.    Hanya ubat dan doa yang berterusan agar emak sembuh seperti dahulu walaupun sedikit, dikira  tidak mengapa... syukur alhamdulillah! 

Welcoming dinner untuk wan.. tercapailah hajat abang yang merengek nak beli ayam ni sejak minggu lepas..hmm.. kita lupa nak bagi verdict :  mmmmmmmmmmmmm......

Alhamdulillah.. berselera wan makan ayam kfc paten baru nih... mungkin sejuk dalam air-cond kereta kot dari perjalanan yang agak lama sebab jammed di Rawang.  Oklah.. ai bagi verdict ya ..untuk yang tak menahan pedas tu..rasanya sangat  PODEH gilerrrrrr! tapi sodap... ayam dibungkus dengan perapan cili vietnam kot.. (mentang2 baru balik Saigon..hahaha..)  bersama dengan jagung manis dan hirisan cendawan butang.   

Verdict abang akmal :  Bolehlah.......................  boleh makan sebulan sekali..hhhhh... hamboih! 

Note : abaikan background gambar..heeee...


Alala... somel-somel sangat... nak tahu samna ngupa somel-somel ni bila dah besar sikit.. hahaha.. Verdict : Aik.. ada verdict juga untuk cucu-cucu To' Pak ni... hahahaha..." dah jadi ratu dan raja airmata" da ... kesian.. stress kot sebab sume uncles and aunties, grandpas and grandmamas semuanya nak ambil.. nak dokong..." top of the pop" lah katakan..  tulah pasal.. apsal somel sangat!

anak abah..

abah adam jauh..
Best HD ni... (tiba-tiba.. lari topik) terimakasih mr hubby sebab bagi ai ..kan..kan.. (hahaha.. buat harta sendiri) selamat dah re-load all my photos dari laptop Acer ai yang antic & nyawa-nyawa ikan tu dan juga dari baby Asus ai yang cute tu.. lots of lots of lots of space ! Recommended...
i like.. i like.. i like...
Ombak rindu seorang ibu... semoga emak sentiasa sihat dan diberikan oleh Allah swt rahmat dan keberkatan di sepanjang hayat serta  kesejahteraan dan kebahagiaan dalam menempuh kehidupan di dunia mahupun akhirat.. amin.. Ampunkanlah dosa-dosa kedua ibubapa kami dan kasihanilah mereka sepertimana mereka mengasihani kami semasa kecil dulu.. amin

WELCOME FEBRUARY..

Comments

Popular posts from this blog

Awas.. Kata pujian kepada anak-anak kecil

Dari Sekinchan ke Tanjung Karang.. jom cari kerepek!

Sepagi di Pengkalan Nelayan