Posts

Showing posts from 2019

SIEM REAP : i`m lost in my own World

Image
Assalam Lama sudah tidak menulis.  Dalam ertikata lain, lama sudah tidak syok sendiri menulis😁.   Sebelum bercerita tentang Siem Reap, marilah bercerita kisah epik dalam sejarah pemilikan  handphone mak apabila mak  yang selalu berhati-hati ini tanpa sedar terkaut sekali  handphone dan  m erendamnya bersama cadar dan comforter dalam mesin basuh selama 1 jam.  Just imagine handphone  hangpa dok terendam dalam ayaq sabun tu 1 jam lamanya.... pastu kasi pusing wash and rinse, softener bagai, maka petua tanam handphone  dalam beras 2 hari 2 malam untuk keringkan (petua cik Google)  tidak boleh diguna pakailah lagi.   Tak hidup balik aipong  ku itu.   "Dah short circuit makcik sebab makcik dah on phone sebelum ia kering betul.."     uwaaaa..😭 Dalam redho ku akan musibah itu terkenang-kenanglah  banyak imej percutian di Siem Reap,  separuh hilang begitu sahaja tanpa sempat di upload ke IG bersama jahanamnya handphoneku.    Apatah lagi mak kamu kan jimat tak bertempat.  

Beijing : Old Secret in Old Hutong.

Image
Assalam Ni hao! Apa khabar?  Tahun Baru China pun sudah berlalu.  Kali ini kita akan melawat ke Old Hutong di Beijing sebelum menyambung cerita pula tentang persediaan kami ke Cina tanpa bantuan travel ejen seperti yang telah dijanjikan pada entri lalu.  Entri yang  dah lamaaa sangat tu 😁 Sebenarnya saya suka juga membaca di laman Wattpad, novel-novel China yang berlatarbelakangkan suasana rakyat China di zaman lampau. Ceritanya yang tidak membosankan, penuh dengan plot dan suspen membuatkan setiap masa membacanya adalah satu pengembaraan baru. Walau pun kebanyakan cerita-ceritanya terutama cerita transmigrasinya memang tidak masuk di akal langsung, sekurang-kurangnya ia memberikan saya sedikit modal untuk bercerita serba sedikit tentang budaya mereka. Contohnya :- Bagaimana gadis Cina yang dianiaya pada masa itu hendak membuktikan mereka masih perawan kepada masyarakat yang suka menabur fitnah? Ohh.. boleh tahu ke?  Haa.. amboii.. nak tahu ke? hahaha... sabo je la