Posts

Showing posts from March, 2018

Turkey : Merhaba Istanbul Part 2

Image
As salam Masih lagi kisah di Istanbul. Bacalah dulu novel Sejarah Islam tentang Sultan Muhammad al-Fateh – Penakluk Konstantinopel oleh Abdul Latip Talib sebelum anda ke Turki. Novel ini mengisahkan peristiwa Kejatuhan Konstantinople di tangan Sultan Muhammad Al-Fateh.  Kemudian barulah ada "feel" untuk ke Panorama 1453. Panorama 1453 merupakan sebuah muzium sejarah di mana pelawat akan dapat merasakan suasana kebangkitan kerajaan Ottoman/Uthmaniyyah yang dipimpin oleh Sultan Al Fateh yang ketika itu berumur 21 tahun tetapi dapat membawa angkatan tenteranya berperang menjatuhkan empayar Rom yang telah bertapak selama lebih 1500 tahun di Konstantinople dalam bentuk 3D. Muzium di Topkapi yang terletak di lokasi terminal bas lama ini dapat memberikan kita suasana semasa penaklukan Konstantinople seperti hidup kembali dalam bentuk 3D. Muzium ini dibuka pada tahun 2009. A lamat : Merkez Efendi Mahallesi, Topkapı Kültür Parkı, 34015 Zeytinburnu/