Turkey : Merhaba Istanbul Part 2

As salam

Masih lagi kisah di Istanbul.

Bacalah dulu novel Sejarah Islam tentang Sultan Muhammad al-Fateh – Penakluk Konstantinopel oleh Abdul Latip Talib sebelum anda ke Turki.
Novel ini mengisahkan peristiwa Kejatuhan Konstantinople di tangan Sultan Muhammad Al-Fateh.  Kemudian barulah ada "feel" untuk ke Panorama 1453.
Panorama 1453 merupakan sebuah muzium sejarah di mana pelawat akan dapat merasakan suasana kebangkitan kerajaan Ottoman/Uthmaniyyah yang dipimpin oleh Sultan Al Fateh yang ketika itu berumur 21 tahun tetapi dapat membawa angkatan tenteranya berperang menjatuhkan empayar Rom yang telah bertapak selama lebih 1500 tahun di Konstantinople dalam bentuk 3D.

Muzium di Topkapi yang terletak di lokasi terminal bas lama ini dapat memberikan kita suasana semasa penaklukan Konstantinople seperti hidup kembali dalam bentuk 3D. Muzium ini dibuka pada tahun 2009. Alamat: Merkez Efendi Mahallesi, Topkapı Kültür Parkı, 34015 Zeytinburnu/İstanbul, Turkey


Ringkasan cerita - Semasa hayatnya Rasulullah SAW telah meriwayatkan, "Konstantinopel akan jatuh ke tangan seorang pemimpin yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik." Ada yang mengatakan hadis ini adalah hadis yang lemah.  Wallah hu a`lam.

Selepas kewafatan baginda SAW, terdapat beberapa khalifah umat Islam yang berusaha untuk merealisasikan sabda baginda itu. Antara khalifah tersebut ialah Sayyidina Ali bin Abi Talib (34 H), Sayyidina Muawiyah (84 H) dan Khalifah Harun Al Rasyid (165 H), namun kesemua usaha itu menemukan kegagalan.

Pada 27 Rejab 835H bersamaan 29 Mac 1432M, Sultan Muhammad II atau Sultan Muhammad al Fath telah dilahirkan. - petikan wiki



Kesimpulannya dalam usia baginda yang begitu muda Sultan Al Fateh telah berjaya mengubah sejarah dunia.  Perasaan teruja, kagum, bangga dan begitu terharu dapat dirasakan apabila menonton video 3D di bawah ini. 


"Saat memasuki Konstantinopel, Sultan Muhammad al-Fateh turun dari kudanya lalu sujud sebagai tanda syukur kepada Allah. Setelah itu, ia menuju ke Gereja Hagia Sophia dan memerintahkan menukarnya menjadi masjid. Konstantinopel dijadikan sebagai ibu kota, pusat pemerintahan Kerajaan Uthmaniyyah dan kota ini diganti namanya menjadi Islambul yang bererti negeri Islam, lalu akhirnya mengalami perubahan menjadi Istanbul."
Read more http://kisahmuslim.com/4287-muhammad-al-fatih-penakluk-konstantinopel.html


Saya seolah-olah turut sama merasai peristiwa pada pagi 29 Mei 1453M/857H itu.  Penduduk Konstantinopel dikejutkan dengan laungan takbir, paluan gendang dan nasyid. Demikianlah bunyi gema kemenangan tentera Sultan Muhammad al-Fateh ketika itu. Sekali gus gema itu seolah-olah menjadi satu serangan psikologi kepada penduduk kota berkenaan.


Sebenarnya Presiden Turki sekarang Recep Tayyip Erdogan membangunkan Muzium Panorama 1453 ini kerana beliau mahu rakyat mencontohi Sultan Muhammad Al-Fateh setelah lama baginda dipinggirkan oleh bangsa Turki sendiri.  Wallah hu a`lam.

Checklist baca buku ✔️ ini dulu satu kemestian kepada anak-anak muda supaya dapat dijadikan contoh dan memberi manfaat kepada agama dan negara.

Replika Panorama 1453



Video bakal menantuku menguji kesabaranku.
Dan cubalah menikmati aiskrim yang di jual di hadapan muzium Panorama ini.  Musim sejuk kenalah makan benda-benda yang sejuk katanya.
Tidaklah ke Turki katanya jika tidak terpedaya dengan lawak si penjual aiskrim ✔️ ini.  Diharap bakal mak-mak mertua yang datang ke sini bersabarlah dengan bakal menantu kome tu ..😇😀


Checklist ✔️ untuk makan nasi yang disumbat ke dalam kepah/stuffed mussels atau Midye Dolma namanya dalam bahasa Turki.  Nasi yang dimasak ini dibubuh lada hitam, sedikit minyak dan serbuk kayu manis secara asasnya tetapi ada pelbagai resepi untuk nasi ini.  Untuk lebih sedap, haruslah diperah asam lemon ke atasnya sebelum dimakan.  Perghh!  Mama mia..   Sekali makan memang rasa nak tambah lagi kepah berkali-kali.  
Kepah berperisa nasi ini memang sedap jika di makan segar.  Namun bergantung pada lokasi. Di sini sedap tidak bermakna di tempat lain juga sedap.  Ada yang rasa berpasir ada yang tidak.  Street food katanya .. samalah macam jualan makanan di Pasar Malam. It is a way of life. Ada yang bersih ada yang tidak.  Alhamdulillah..perut tak meragam.  Makan untuk merasa bukan untuk kenyang. 


Kami kemudiannya meneruskan perjalanan ke Istiklal Caddesi yang terletak di Beyoğlu di bahagian Eropah Istanbul. Ia merupakan  tempat yang sangat sibuk dan mempunyai tempat pejalan kaki yang panjang bermula dari Taksim Square hingga  ke stesen tunnel bawah tanah. Ia adalah sebuah kawasan pelancongan dan rekreasi utama yang terkenal dengan restoran, kedai dan hotel mewah. Ia dianggap sebagai pusat Istanbul moden, dengan stesen pusat rangkaian Metro Istanbul. 




Saya tidak akan bercerita tentang Mustafa Kemal Ataturk Presiden Rebublik Turki yang pertama yang telah membuat perubahan kepada negara Turki sehingga dari negara Islambul telah bertukar menjadi negara sekular.
Untuk yang rajin membaca sila singgah di blog ini :- redzuan-ridz.blogspot.com/ carian entri popular tentang Mustafa Kemal Ataturk atau kalau terlebih rajin silalah baca buku tentang Tamadun Islam serta ideologi dan kesannya ke atas rakyat Turki.

Taksim Square juga merupakan lokasi Monumen Republik Turki (Turki: Cumhuriyet Anıtı) yang direka oleh Pietro Canonica dan dirasmikan pada tahun 1928. Di sini juga terdapat Tugu Peringatan memperingati ulang tahun ke-5 Republik Turki yang dibina pada tahun 1923-wiki






Kesimpulannya apabila berjalan ke daerah yang baru ini semangat Sultan Muhammad Al Fateh tiba-tiba terasa telah terhakis hancur lebur seperti debu-debu yang berterbangan.  Melihat sekeliling Istiklal Caddesi kawasan membeli-belah yang moden ini tidak ubah seperti kita melangkahkan kaki ke benua Eropah, ke London, Paris dan New York.    Ada Red District lagi katanya.  
Harus singgah untuk membeli Islak Burger di sini.  Abaikan Ranveer Singh di depan tu..
The delicious Islak "wet burgers" of Istanbul's Taksim Square.
Tidak dapat dinafikan rakyat Turki merupakan antara manusia yang paling cantik di dunia.  Mashaa Allah.  Subhanallah.   Allah swt itu Maha Pengasih dan Pemurah.  Hinggakan anggota polis yang meronda pun nampak kacak-kacak dan bergaya belaka seperti pelakon Itali. .. 👀  Gadis-gadisnya pula purata cantik seperti Karina Kaif pelakon filem Bollywood itu.    Bayangkan.  Astaghfirullah hal azim.










Kami juga tidak melepaskan peluang mencuci mata melihat pinggan-mangkuk ceramic yang cantik-cantik dan membeli cenderahati di lorong-lorong yang tersembunyi.   Ada yang mahal dan ada yang murah. Inilah masanya untuk anda mengilapkan skil tawar menawar yang sudah lama terpendam itu. 😜
Cincin perak atau silver Turkish Ottoman yang mempunyai lambang/signage simbol Sultan Al Fatih.  Setiap cincin mempunyai nilai yang berbeza bergantung kepada berat timbangannya.  It is a must to have it ✔️katanya.  Cincin ori costly over RM100 above.  Sebagai tandamata yang tak ori pun ada dijual jang.. jangan sebut pasal kualiti lah pulak.


Firman Allah swt : Dia lah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad) dengan membawa petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), untuk dimenangkan dan ditinggikannya atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya.-  Surah At Taubah 9:33

Bersambung..

Comments

Popular posts from this blog

Awas.. Kata pujian kepada anak-anak kecil

Dari Sekinchan ke Tanjung Karang.. jom cari kerepek!

Sepagi di Pengkalan Nelayan