Posts

Showing posts from September, 2012

Ma as salamah.. ilal liqoo ya anak..

Image
Selamat jalan anakku.. we shall meet again! Be strong.. be good.. Allah swt will always be with you.. amin.. Kak long bertolak pulang ke Egypt semula setelah menghabiskan percutian panjang, berpuasa dan berhariraya di tanahair tercinta pada 24 Sebtambir 2012 Anak emak Anak ayah Adik bongsu bersama wan cheras bersama emak KKB selamat jalan anakku.. Demi ilmu Allah swt  .. selamat berjuang! kalau ada sumur di ladang, boleh kita menumpang mandi kalau ada umur yang panjang, boleh kita berjumpa lagi Akhirnya dapat juga kasut-kasut ini berpijak di bumi para Anbiya' Hiba.. siapa kata tidak hiba.  Berpura-pura untuk tidak bersedih. Berpisah buat sementara.  Hati menangis hanya Allah swt yang tahu.   Kak long.. mommy will miss you a lot.  Study smart.. i know you can do it girl... Mumtaz forever! All the prayers for you.. may you always be bless.. amin BE GOOD

JOM Aroma Ikan Bakar ~ 19/9/2012

Image
Sementelah kak long Nur Amira Nabila yang akan berangkat pulang ke Mesir pada 24hb September ini nanti, kami sekeluarga telah keluar makan beramai-ramai sekali lagi ke Aroma Ikan Bakar di Jeram.  Apa lagi.. order jangan tak order Emak yang beransur pulih juga kami usung sekali ke sana untuk menikmati hidangan hasil tangkapan laut yang segar itu.  Di mulai dengan kerang bakar sebagai appetizer, amat berselera sekali emak menikmati kerang bersama kak ngah yang rajin melayan.   Kami sempat menunaikan solat maghrib di surau yang disediakan oleh pemilik tempat makan yang terkenal ini.  Amat selesa dan bersih sekali dengan kemudahan tempat berwuduk dan tandas yang luas dan selesa.  Alhamdulillah... Ada yang tersenyum bahagia "happy moments" sebelum membayar RM310.. huhu Emak beransur pulih.. sambil dinner kita ambil angin pantai ya mak! Layan kerang... dengan kak ngah Ikan jenahak masak 3 rasa Sutun celup tepung Ketam bercili Butter p

Di Penghujung Syawal 1433H

Image
Minggu terakhir Syawal juga kawasan kejiranan kami di Jalan 3 mengadakan sambutan Aidil Fitri 1433H di mana dengan kelelahan bergilir-gilir  menjaga emak yang terlantar di hospital, saya tidak mampu memasak menyumbang tenaga untuk majlis bertemakan "pot luck" itu.   Maafkan saya kepada jiran-jiran sekalian... insyaAllah di tahun mendatang mungkin akan lebih berkudrat untuk menyumbang tenaga  Begitu juga dengan kesibukan di majlis perkahwinan anak-anak ipar saya yang silih berganti minggu ke minggu.  Tidak sempat untuk merewang malah sempat singgah di antara ada dan tiada.   Maafkan mak anjang sekeluarga kepada keluarga Bapak dan Maklang... kerana keadaan yang tidak mengizinkan.   Alhamdulilah.. majlis berjalan lancar dan sempurna seperti yang telah dijangka.  Selamat pengantin baru kepada  Firdaus dan Ayien serta Yong Anum dan Hafizullah.. semoga kekal bahagia berkasih sayang dibawah limpah rahmah dari Allah swt dan membina rumahtangga yang penuh berkah sakinah dan m

Berarak mendung kelabu...

Image
Alleycats.. berarak mendung kelabu Assalam mualaikum wrt... lama sudah tidak bergebang-gebang.. sedar tak sedar, Syawal sudah sampai ke penghujungnya minggu lepas. Entri sambutan hari raya di obersea seperti yang dijanjikan tetap tidak berkesampaian untuk dicoretkan.  InsyaAllah.. next time hokey!  Terasa antara sedar dengan tak sadar... sememangnya sebenarnya saya seperti belum sadar-sadar dari tidur yang tidak lena ini.  Walau apa pun alhamdulillah.. dengan izin Allah swt merasa mempunyai kembali kekuatan untuk bangkit dan berjuang demi keluarga dan emak tercinta.  Alhamdulillah.. ku panjatkan syukur kepada Allah swt kerana kini emak semakin sembuh... syukur kerana memakbulkan doa-doa insan-insan yang kerdil ini .. redho dan pasrah dengan ketentuanMu.  Semua yang baik itu hanyalah dariMu dan segala yang teruk itu semuanya kepunyaan saya insan yang lemah, buruk lagi hina ini . Tingkat 4, Wad 6E, katil no. 6... seolah seperti rumah kedua bagi saya  Emak di diagnosis

JOM Utara ... Merdeka Day's date to share again..

Image
Alhamdulillah.. walau pun emak saya belum beransur pulih, atleast she's in a good hand.  Sesungguhnya Allah   swt itu Maha Pengasih Maha Penyayang lagi Maha Pemurah.  Semoga tidak ada yang  merasa sedih, merasa kecewa, hampa dengan setiap ketentuan ilahi ini.  Pasrah dan redho.. serta tidak mudah ambil hati, merasa bersyukur kerana kita masih lagi mempunyai emak yang kita kasihi.  Semoga emak akan sembuh seperti seadanya.  Amin...   Alhamdulillah juga.. akhirnya  kami dapat meneruskan perjalanan "Merdeka Night" konvoi berkereta tujuan ke tempat yang sama tapi ke garisan mula ikut sesuka hati driver kereta masing-masing.   Kali ini sekali lagi mengikuti rombongan suami adik-beradik berkonvoi ke Aloq Staq untuk menghadiri majlis pernikahan pada hari merdeka 31hb Ogos dan resepsi perkahwinan pada 1hb Sept 2012 anak buah suami ~ fid fathir. bahagia.. Pecutan kereta suami membuatkan kaki kanan saya amat lenguh menekan virtual brek sekuat hati dengan hara