Kalam Jamaie!
Assalam Entri mengakhiri Oktober dengan kejayaan Ms little dan rakan2nya menjuarai pertandingan Kalam Jamaie peringkat Kebangsaan 2014 adalah satu memori yang teramat manis bagi mereka. Alhamdulillah... satu kejayaan! Kontinjen Selangor yang diwakili oleh murid-murid SK Klang Utama, Klang telah berjaya mencipta sejarah tersendiri apabila dinobatkan sebagai Johan Kalam Jamaie Peringkat Kebangsaan 2014. Sila layari you tube oleh Wan Zayu Wan Yusof di atas untuk menghayati kejayaan manis mereka. Untunglah yang memahami Bahasa Arab. Dan untuk yang kurang mahir.. cukuplah setakat kita tahu ada terkandung banyak doa di dalam bicara ini. Ia mengisahkan tentang cita-cita di masa hadapan katanya. Kalam Jamaie ialah bicara berirama di dalam Bahasa Arab atau lebih dikenali sebagai "choral speaking". Jazakallah khayran kepada para ustazah yang berhempas pulas melatih pelajar2 seramai 25 orang ini yang terdiri dari pelajar2 Tahun 4 dan 5. Par...