Turkey : Merhaba Istanbul Part 3
As salam Masih lagi bercerita kisah di Istanbul. Bertemu Rahimah wanita Korea Di bumi asing kala kita lama terasing dan hidup di antara rakyatnya yang rata-rata berhidung mancung (di bumi Turki), apabila melihat wajah-wajah baru yang berhidung pesek dan berkulit matang pula merupakan satu kegembiraan bagi si dia. Usai waktu kerja si dia ➤ Rahimah Unni mengekori kami dari Fatih Sultan Mehmet Cami sehingga keluar jauh ke kawasan berdekatan hanya untuk bertegur sapa dan bertanya khabar. "Are you Indonesian/Singaporean?" tanyanya yang fasih berbahasa Inggeris. Dia pernah sampai ke negara-negara itu katanya. Kami berkenalan dengan Rahimah, seorang wanita Korea yang datang ke Turki untuk melanjutkan pelajaran di salah sebuah universiti di sana pada mulanya. Telah memeluk agama Islam sebelum mengahwini suaminya seorang rakyat Turki. Allah hu Akbar. Beruntungnya dia. Kini berkerjaya tetap disana. Lama sungguh tidak berbahasa Inggeris katanya. Tinggal ber