Turkey : Merhaba Istanbul Part 3
As salam
Masih lagi bercerita kisah di Istanbul.
Tidak lengkap ke Turki juga jika tidak membawa balik lampu ajaib aladdin ✔️, lampu tergantung, lampu meja dll lampu pelbagai jenis yang diperbuat dari mozek dengan rekabentuk Turki atau Uthmaniyyah. Pening kepala nak memilihnya kerana semuanya cantik-cantik belaka. MashaAllah. Tabarakallah.
Masih lagi bercerita kisah di Istanbul.
Bertemu Rahimah wanita Korea |
Di bumi asing kala kita lama terasing dan hidup di antara rakyatnya yang rata-rata berhidung mancung (di bumi Turki), apabila melihat wajah-wajah baru yang berhidung pesek dan berkulit matang pula merupakan satu kegembiraan bagi si dia.
Usai waktu kerja si dia ➤ Rahimah Unni mengekori kami dari Fatih Sultan Mehmet Cami sehingga keluar jauh ke kawasan berdekatan hanya untuk bertegur sapa dan bertanya khabar. "Are you Indonesian/Singaporean?" tanyanya yang fasih berbahasa Inggeris. Dia pernah sampai ke negara-negara itu katanya.
Kami berkenalan dengan Rahimah, seorang wanita Korea yang datang ke Turki untuk melanjutkan pelajaran di salah sebuah universiti di sana pada mulanya. Telah memeluk agama Islam sebelum mengahwini suaminya seorang rakyat Turki. Allah hu Akbar. Beruntungnya dia. Kini berkerjaya tetap disana. Lama sungguh tidak berbahasa Inggeris katanya. Tinggal bersama keluarga mertuanya. Dia bercakap tanpa henti dan kami sangat kagum dengan keperibadiannya. Sangat berbudi pekerti dan tidak sombong untuk menyapa. Semoga Rahimah sekeluarga senantiasa diberkati dan mendapat kebahagiaan yang hakiki di dunia dan akhirat. Aminn...
Dan emak pula tidak sabar-sabar untuk berbahasa Hanguk dengannya walaupun cuma hafal perkataan "Anyeong" dan "Kamsahamnida" sahaja jadilah.. hihihi.. 😆
Mode: Indahnya bersilaturohmi walaupun tanpa pernah mengenali.
Dan emak pula tidak sabar-sabar untuk berbahasa Hanguk dengannya walaupun cuma hafal perkataan "Anyeong" dan "Kamsahamnida" sahaja jadilah.. hihihi.. 😆
Mode: Indahnya bersilaturohmi walaupun tanpa pernah mengenali.
Bersama anak-anak berlatarbelakangkan Valens Aqueduct |
Kami amat bertuah kerana telah berjumpa dengan bangunan masjid yang nampak uzur di bahagian luarnya semasa sedang berjalan-jalan di kawasan persekitaran. Bangunan ini dahulunya telah menjadi sangat terkenal kerana pembinaan kubahnya yang besar. Ia dianggap sebagai lambang seni bina kerajaan Byzantine dan dikatakan telah "mengubah sejarah seni bina"ketika itu.
Bangunan ini ialah Masjid Little Hagia Sophia dan dalam bahasa Turkinya di sebut Küçük Ayasofya Camii. Asalnya merupakan sebuah Gereja Ortodok sebelum ditukar menjadi masjid semasa pemerintahan Empayar Uthmaniyyah.
Pembinaannya berlangsung di antara 527 dan 536 AD, sedikit lebih awal daripada Hagia Sophia dan gereja ini dianggap sebagai salah satu struktur agama yang paling penting di Konstantinople. Para arkitek yang terlibat adalah orang yang sama membina Hagia Sophia - Isidorus Miletus dan Anthemius of Tralles-wiki
Mimbarnya senget 6 darjah juga seperti di Hagia Sophia kerana asalnya dibina mengadap Jerusalem dan bukannya Mekah. Wallah hu a`lam.
Ia menjadi sebagai kemegahan kepada seluruh bandar ini kerana keaslian rekabentuk dan senibinanya yang sangat mewah seperti Hagia Sophia sendiri.
UNESCO pernah meletakkan bangunan ini sebagai berisiko dan perlu dilindungi dari pelbagai ancaman. Ancaman kerosakan teruk akibat bencana alam seperti gempa bumi dan kerakusan pembinaan lain di sekelilingnya. Kini proses baik pulih giat dijalankan.
Berlatar belakangkan kubah Little Hagia Sophia yang terkenal itu.
Wahh! Amira ada Hotel Amira sendiri.
Tidak lengkap ke Turki juga jika tidak membawa balik lampu ajaib aladdin ✔️, lampu tergantung, lampu meja dll lampu pelbagai jenis yang diperbuat dari mozek dengan rekabentuk Turki atau Uthmaniyyah. Pening kepala nak memilihnya kerana semuanya cantik-cantik belaka. MashaAllah. Tabarakallah.
Lapik meja, kain cadar, tudung selendang, tea pot, mangkuk dll juga ada dijual. Buatlah pilihan sambil berusaha mencari kotak atau perlu membeli beg tambahan lain untuk memudahkan barangan dibawa balik ke Klang. Mereka juga membuat penghantaran terus ke tempat penginapan kita tanpa mengenakan bayaran tambahan. Mudahkan. Tak payahlah membimbit barangan dan boleh terus berjalan ke tempat lain.
Juga checklist ✔️ kuih popular yang dipanggil Simit atau juga dikenali sebagai Turkish Bagel oleh pelancong. Ia dijual di merata-rata kedai roti di sini dan juga di negara Timur Tengah lainnya. Simit, Gevrek, Bokegh, atau Koulouri merupakan roti bulat atau di pintal-pintal buatan tangan yang biasanya disadur dengan biji bijan, poppy, rami atau bunga matahari. Ia dibakar supaya garing di luar dan agak liat di dalam. Di makan di waktu pagi dan petang sebagai snek. Boleh juga dimakan dengan hirisan timun, tomato, feta cheese dan buah zaitun katanya.
Kami dibekalkan kuih Simit ini sebagai alas perut oleh pihak hotel semasa berjalan-jalan di Pamukkale. Liat dan payah nenek nak mengunyahnya sejuk-sejuk ni.. walaupun nenek belum ada gigi pelesu cuu..😐
Kesimpulannya kuih-kuih yang dihidangkan di sini mempunyai resepi asas yang sama iaitu setelah kuih-kuih itu di masak ia akan di rendam di dalam air gula atau di salut dengan serbuk gula atau direndam dengan susu pekat manis akhirnya. Manis ya ampunnnn dan sedapnya ya amat😋
Kami juga berkesempatan untuk ke Istanbul Photography Museum yang terletak di Kadirga. Muzium ini telah dibuka pada 19 November 2011. Sebenarnya ayah dengan tidak sengaja telah terjumpa muzium ini yang berada dibangunan yang sama dengan bangunan Majlis Perbandaran. Macam tahu-tahu sahaja ayah dan fotografi memanglah tidak dapat dipisahkan😉.
Ia dibuka pada setiap hari kecuali pada hari Isnin dari jam 10 pagi - 6 petang dengan bayaran 3 TL seorang. Kanak-kanak di bawah umur 14 tahun, masuk adalah percuma.
Ratusan koleksi foto lama dan baru hasil karya penggiat seni fotografi di pamerkan di sini supaya pengunjung dapat melihat Turki secara visual.
Pelbagai seleksi buku, katalog, majalah, jurnal dan potfolio terdapat di perpustakaan muzium ini.
Walaupun ia hanyalah sebuah muzium yang sederhana namun bagi pencinta fotografi menghabiskan masa selama 1-2 jam di sini sebenarnya banyak memberikan inspirasi tentang Turki.
Pameran-pameran yang berlangsung di lima galeri di sini memberi peluang kepada orangramai untuk melihat foto tentang Turki khususnya dan foto-foto serata dunia lain amnya.
Naciye Suman yang dilahirkan pada tahun 1881 ialah jurugambar wanita profesional yang pertama di Turki. Beliau telah membuka studionya sendiri yang di beri nama "Ladies`s Photographer Naciye". Beliau meninggal dunia pada tahun 1973.
Ekspresi.
Sampai di sini dahulu entri kali ini. Sehingga berjumpa lagi di Topkapi Palace pula dalam entri berikutnya dan kemudian meneruskan perjalanan pula dalam entri yang lain ke Pamukkale. InshaaAllah.
Cotton Castle
Tinggalan theater yang masih terpelihara
Jangan tiru aksi ini. Topi keledar tu ditanggalkan sekejap untuk sesi fotografi semasa sedang beraksi di udara.
Bersambung..💋
Comments
Post a Comment