Posts

Showing posts from October, 2013

Dear Diary..

Image
Assalam.. Dear Diary..  Hamboi! tajuk tak menahan.   Tak tipu.. dah lama tidak menulis diari.  Bukan tidak mahu menulis tetapi cuma menulis yang penting-penting sahaja. Contoh : Nomer akaun AZNV..akaun pinterest.. akaun twitter dsb yang berkaitan dengan password dan yang sewaktu dengannya.  Semenjak sudah berusia ini.. agak sukar untuk menghafal dan mengingati nomer yang panjang dan unik tu. So perlukan diari untuk dicatatkan segala nomer-nomer ajaib itu... takut lupa!  Hasilnya.. helaian diari akan tetap masih banyak yang kosong tidak bertulis .. O Dear Diary! Apa kata Dear Diary saya minggu ini.. marilah baca! 26 October ~  Saturday 8.30 - 11.00 pm APB6 Resident's Get Together.  Apa tu?  Jamuan jumpa-jumpa dengan jiran-jiran di kejiranan kami terutama yang baru berpindah dengan jiran yang lama dan juga sesi pembentangan laporan tentang aktiviti dan akaun kepada semua ahli. Bouncing castle Durian Pai Ayam & Blueberry Kambing.. Nyams Mo

Life must go on

Image
Assalam alaik.. Anggerik desa Indahnya anggerik kembang mekar di laman emak di KKB Alhamdulillah.. hari ini rasa lega sedikit.  Semalam masuk sahaja ke bilik mereka berdua rasa kosong sangat. Tiada lagi yang melingkar atas katil.  Tiada lagi baju-baju bergantungan atau belum dibasuh. Tiada lagi buku-buku merata-rata. Tiada lagi kaklong dan  sudah tentu juga tiada kak ngah yang telah terlebih  dahulu berpamitan.   Semuanya kemas dan bersih sahaja... menahan sebak seharian dengan membuat kerja-kerja rutin selalu adalah sesuatu yang amat sukar. Hari ini sudah ok. Merenung jauh dan bermuhasabah diri. Mereka semuanya bukan hak kita.  Hanya Allah swt sahaja yang berhak ke atas mereka.  Oleh itu redhokan pemergian ini. Serahkan mereka kepada-Nya.   Bak kata kaklong Lina " Life must go on... " Langit yang cerah pada mulanya Bertukar mendung akhirnya Done with her attachment at HTAR for 3 weeks. Alhamdulillah.. tiap-tiap malam usai balik dari kerja

Laman Grill ~ A late night dinner

Image
Hari-hari Tasyrik sudah berlalu.  Tiada lagi takbir raya bergema dimana-mana.  Sedih pula rasanya. Jika ada umur yang panjang.. inshaAllah.. masih bisakah diberi kesempatan untuk kita mendengarnya lagi?   Semoga Allah swt murahkan rezeki kami.. amin Sila klik  video di atas ini sebelum kita baca entri ya... MashaAllah.. subhanaAllah.. Doa yang sangat syahdu.  Ya Allah  ... dengan berkat-Mu murahkanlah rezeki kami. Old fling! Cam kat kopitiam pulak dengan B&W tone bagai.. **wink** Hari ini anakanda kami kak long akan bertolak ke Mesir ( yesterday's status ).  Bagaimanakah perasaan ayah dan emak terhadap pemergian anakanda yang akan berangkat tidak beberapa jam lagi.  InshaAllah.. emak ayah yang satu  ini tenang-tenang sahaja.  Sedang membuat persiapan terakhir untuk bekalan ke sana sambil up-load gambar-gambar untuk entri ini.  Semoga semuanya dipermudahkan.. amin Malam Sabtu yang lepas kami berdating  dengan Along Wiwi dan adik-adiknya.  Andak berdua masih di