Berarak mendung kelabu...
Alleycats.. berarak mendung kelabu
Assalam mualaikum wrt... lama sudah tidak bergebang-gebang.. sedar tak sedar, Syawal sudah sampai ke penghujungnya minggu lepas. Entri sambutan hari raya di obersea seperti yang dijanjikan tetap tidak berkesampaian untuk dicoretkan. InsyaAllah.. next time hokey!
Terasa antara sedar dengan tak sadar... sememangnya sebenarnya saya seperti belum sadar-sadar dari tidur yang tidak lena ini. Walau apa pun alhamdulillah.. dengan izin Allah swt merasa mempunyai kembali kekuatan untuk bangkit dan berjuang demi keluarga dan emak tercinta. Alhamdulillah.. ku panjatkan syukur kepada Allah swt kerana kini emak semakin sembuh... syukur kerana memakbulkan doa-doa insan-insan yang kerdil ini .. redho dan pasrah dengan ketentuanMu. Semua yang baik itu hanyalah dariMu dan segala yang teruk itu semuanya kepunyaan saya insan yang lemah, buruk lagi hina ini .
Emak di diagnosis mengalami acute ischemic stroke seminggu selepas raya akibat tekanan darah yang amat tinggi (HPT). Alhamdulillah setelah menjalani ct scan emak disahkan tidak mengalami pendarahan didalam otak cuma ada darah tersumbat disebelah kanan otak. Patutlah emak sering-sering saja pening-pening kepala. Biasalah bagi semua kita ini, memang amat takut untuk ke hospital.
Begitu juga dengan diri saya, setelah ke panel klinik berdekatan rumah masih tidak baik-baik juga, akhirnya terpaksa ke DEMC juga untuk mendapatkan rawatan lanjutan akibat batuk berpanjangan dan demam berlanjutan antara kebah tak kebah. Alhamdulillah.. hampir beransur pulih namun suara merdu yang dulu ku miliki ..heee... kini cuma tinggal kenangan. Silap-silap bila menjawab panggilan telefon di salahanggap sebagai "uncle bai" yang menjadi receptionist hp.. huhuhu...
Hanya rawatan alternatif menggunakan rendaman kurma dan air panas serta bancuhan air asam jawa menjadi rawatan terakhir disulami selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. InsyaAllah... semoga diberikan kesihatan yang baik dan berpanjangan untuk menjaga emak yang kini beransur pulih di rumah saya. Baru sahaja suami menyuruh mengambil madu bersama air panas suam sebagai alternatif ketiga. Alhamdulillah...... suami saya yang hampir pulih sepenuhnya akibat demam teruk setelah hampir seminggu tidak bangun akhirnya sembuh juga. Suami saya memang jarang sakit tetapi sakitnya yang amat teruk hanya berlaku sekali dalam setiap tahun. Mungkin ada hikmah disebaliknya...

latihan fisioterapi berterusan dibantu dengan walking frame ini memang memudahkan
|
kenderaan utama emak kini.. |
Menerima kejutan juga di hari terakhir emak di discharge dari hospital. Abang Lazi suami kepada kakak ipar saya telah mengalami heart attack. Seperti berganti tikar gamaknya ke hospital yang sama. Alhamdulillah.. baru mendapat berita berkat doa adik-beradik dan rakan taulan, kini abang Lazi beransur pulih dan bantuan oksigen kini juga telah dikurangkan. Semoga kak Ton sekeluarga tabah dan semoga abang Lazi kembali pulih seperti sedia kala.. amin....
Begitu juga hari ini (19hb Sept) mendapat berita yang paling mengejutkan abang Leman @ Prof Dr Hj Kasmiran b Jumari, abang kepada abang ipar saya iaitu ipar kepada kakak saya telah kembali ke rahmatullah petang semalam akibat lemah jantung juga. Jenazah almarhum telah selamat dikebumikan pada malam hari yang sama beliau meninggal dunia. Semoga Allah swt mencucuri rahmat ke atas roh allahyarham dan semoga beliau ditempatkan disisi orang-orang yang beriman. Amin.. Al fatihah...
Lirik "Layang-layang Terputus Talinya" nyanyian Alleycats
Berarak mendung kelabu
Mengekori langkahku
Sepanjang kehidupan
Penuh dugaan
Namun aku tetap aku
Kucuba dan terus mencuba
Mencapai suria
Walau membakar jiwa
Walau aku dihina
Namun aku tetap aku
Derita oh derita
Engkau di mana-mana
Walaupun jauh aku berlari
Mahupun berdiam diri
Namun indah mimpi dari realiti
Hidupku tanpa arah
Bagaikan layang-layang
Terputus talinya
Tapi pasti suatu hari nanti
Sinar suriakan menjelma

Bila mendengar lagu ini di corong radio, memberikan seribu pengertian dalam kehidupan. Kadang-kadang kita tidak menyangka bagi sebahagian yang lain kehidupan adalah berkisar tentang kehidupan mereka sahaja. Biarlah... hanya masa yang akan menentukan... sesungguhnya hanya Allah swt sahajalah tempat kita mengadu dan hanya Dia sahaja yang mengetahui apa yang terbaik dan yang terburuk pada diri kita. Semoga suatu hari nanti sinar suria akan kembali ... InsyaAllah... apa yang penting kini, kesihatan emak adalah yang paling utama. Setiap peristiwa yang terjadi tentu ada hikmah disebaliknya... bersabar sahajalah... hanya doa berterusan ke hadrat Allah swt menjadi senjata utama.
InsyaAllah... semoga mendung kelabu yang berarak perlahan akan menurunkan hujan lebat yang bakal menjernihkan langit yang tidak selalu cerah ini. InsyaAllah juga tidak sabar-sabar untuk menghadiri kelas mengaji yang baru yang akan bermula pada 30hb Sept ini bermula pada pukul 9.30 ~ 10.30 pg pada setiap pagi Ahad dibawah bimbingan Ustaz Ismail. Semoga kami semua akan mendapat ilmu yang bermanfaat untuk bekalan di dunia wa akhirat.. amin.... YOK jiran-jiran .. ke surau kita!

Comments
Post a Comment