Alhamdulillah.. January yang baru bermula dah pun nak berakhir. Cepatnya hari berlalu. Nizam anak buah yang ke Mansoura, Egypt dah pun balik.. begitu juga dengan titipan kak long via Nizam pun dah selamat di buka. Terima kasih Nizam kerana sudi menyampaikan kiriman untuk kak long di sana dan membawa kiriman kak long pula pulang (berbalas-balas pulak ek..) dan terimakasih kak long diatas kiriman yang membuat seisi keluarga tersenyum girang... terimakasih anakku..
|
Nizam .. |
Sebenarnya bukan bingkisan itu yang membuatkan kami berdua ayah dan emak gembira tetapi keterujaan anakanda di sana mengirimkan bingkisan itu dengan nada gembira menandakan betapa anakanda di sana hidup baik-baik dan gembira menghadapi hari-hari pembelajaran disamping rakan-rakan sebaya dan kawasan persekitaran. Bayangkan jauh diperantauan.. namun legalah hati emak ini mendengarkan khabar dan merasakan bahawa kau baik-baik dan sihat senantiasa. Sempena harilahirmu yang ke 21 tahun pada 12hb Januari ini.. sanah helwah ya gamil.. Semoga Allah swt mempermudahkan perjalanan hidupmu dan melindungimu dan sentiasa berada di dalam rahmat dan keberkatanNya jauh di negara orang .. amin..
|
Once upon a time ~ 5 years old b'day .. |
Begitu juga merasa teruja dan agak sedikit gementar kerana mendapat berita anakanda kedua saya bakal melanjutkan pelajaran ke negara matahari terbit tidak berapa bulan lagi. Semoga kak ngah yang agak manja dan sedikit cemas ini juga akan mengikuti jejak langkah kak long dalam menghadapi suasana persekitaran yang baru di sana terutama cuaca sejuk. Walau pun belum berangkat lagi.. i already miss you! Selamat berjaya dan tahniah kerana berjaya mengharungi gelombang awal ini... Alhamdulillah... bersujud padaMu Ya Allah..
Once upon a winter time.. ayah dan kak ngah
|
Tahniah juga kepada ibu mertuaku yang sekali lagi telah berjaya khatam Al Quran di awal-awal tahun ini. Dan juga terimakasih emak di atas pemberian hadiah dari emak kepada semua anak menantu.. betul-betul surprise den! Semoga emak sentiasa berada di dalam keadaan sihat wal afiat dibawah lindungan rahmat dan keberkatan dari Allah swt..amin |
|
Tahniah juga kepada *ustazah Hajah Adila dan Haji Naupa kerana kelahiran cucunya yang ke 9. Bayi lelaki ini baru berusia 11 hari semasa foto ini diambil. Semoga sentiasa menjadi anak yang soleh apa tah lagi bila dididik dan dikelilingi oleh keluarga yang berlatarbelakangkan para alim ulamak. * Ustazah Adila ialah guru mengaji Izreena. |
|
Masha Allah.. comel sungguh... Foto ini diambil sempena majlis Aqiqah dan bercukur jambul baru-baru ini. |
|
Menghadiri majlis perkahwinan anak jiran mr hubby di Dewan Komuniti Tmn Bukit Cheras. "Nasi Hujan Panas" nya tersangat sedap. Recommended untuk sesiapa yang ingin menempah untuk sebarang majlis. |
|
D' Arab Cafe kita lagi... ketagihan lamb kabsya .. hahaha.. |
|
Kita sempat berjumpa kak cik Syakirah dan Aye Syukrina di kenduri kahwin anak lelaki sepupu mr hubby di Bukit Cherakah |
|
Aween Hana dan Eka pun ada. |
|
Kenduri di TTDI dalam suasana "English Garden".. memukau! Sorila... foto pengantin tak snap.. |
|
Kenduri kawin anak sepupu mr hubby di Batu Belah.. wah.. ahamdulillah..we all dapat bekas "tupperware" real.. bukan tipuware ekk.. dealer tupperwarelah katakan.. heeee |
|
Musim orang kahwin.. dapat goodies bag berisi chocolate moist cakes... dah musim moist cakes pulak. Namun agak penat juga kerana terpaksa berkejar ke tiga kenduri kahwin dalam satu hari. Mujurlah lokasi majlis berdekatan.. masih dalam Selangor. Semoga semua pengantin2 baru ini selamat melayari bahtera rumah tangga hingga ke hujung nyawa di bawah redho, keberkatan dan rahmat dari Allah swt. amin |
|
Semoga cepat dikurniakan rezeki cahaya mata penambat dan penawar keluarga bahagia.. amin.. alolo.. nomel.. nomel... |
SALAM MAULIDUR RASUL
Comments
Post a Comment