Delta Mekong meliputi sebahagian besar kawasan di tenggara Vietnam. Seronoknya bila berangan-angan nak melihat "floating market" apabila menyelusuri Sungai Mekong nanti. Namun pelampung anganku musnah !
Why? why? why? hmm.. apabila diberitahu oleh tour guide kami Ms Mina yang aktiviti pasar terapung ni sudah lama tidak aktif kerana penduduk di persekitaran lebih suka berjual beli di tanah besar.. sedih.. hampa no.. tak mengapalah (memujuk hati..) ~ The Damnoen Saduak Floating Market at Ratchaburi in Thailand... here i'm coming.. hahaha..insha Allah (cita-cita besar!) Bukannya nak membeli apa pun.. cuma nak tambah koleksi foto sahaja.
|
Beginilah rupanya pasar terapung tu.. Gambar ini hanya ilustrasi sahaja ~ The Damnoen Saduak Floating Market at Ratchaburi in Thailand |
Sungai Mekong merupakan sungai yang ke 10 terpanjang di dunia dan ia merentasi ke beberapa negara di antaranya China, Myanmar, Thailand, Kemboja dan Vietnam itu sendiri. Kami telah dibawa menyusuri sungai Mekong ini dan dibawa ke beberapa buah pulau persinggahan "tourist attractions" yang terdapat di sepanjang sungai ini dengan menaiki bot kayu yang besar.
Memandangkan saya ini memang "allergic" dengan air sungai mahupun laut sebab tidak pandai berenang, mata ini sibuk melilau mencari pelampung atau jaket keselamatan.. so sebelum naik tu kena alertlah dulu dan boleh komplen ke apa ke... Alhamdulillah.. jaket keselamatannya ada tergantung di atas kepala, dibawah atap bot.
Musykil juga kenapa kami tidak disuruh memakai nya dan membuat kesimpulan sendiri.. if anything happened.. bot akan kekal terapung (sebab bot yang pakai pelampung.. dan all the passengers akan tetap berada di atas bot.) Sama juga keadaannya dengan bot-bot dan feri-feri kita di Malaysia. Bukankah biasa? Kalau takut.. ambillah dan pakai... tapi sebab semuanya tak pakai, anda nak pakai ke? hmmm.. takdelah tu..
Moral of the story : Malang tak berbaukan.. sendiri mahu ingat. Alhamdulillah.. semoga kita semua sentiasa dilindungi dan dirahmati oleh Allah swt..amin
|
Lihatlah deretan pelampung-pelampung oren (jaket keselamatan) yang diselitkan di bawah atap bot yang kami naiki.. atleast adalah dari tiada..
Bot-bot kayu yang sedia menanti penumpang
elok-elok ya..
sister-sister
tenang dibawah terik mentari
Pulau pertama yang dilawati merupakan tempat ternakan lebah. Lebah-lebah diternak di dalam kotak-kotak kayu seperti yang biasa diternak di Malaysia juga, so tiada apa yang baru disini...
Nah.. amekaw.. gelinya
Apa lagi.. tentulah kami dihidangkan dengan madu, Royal Jelly dan Bee Pollen semuanya hasil produk berkaitan dengan lebah. Untuk lebih enak, masukkan madu di dalam gelas, perahkan limau nipis, tuangkan "green tea".. dan sedikit Royal Jelly.. WEW! enak bangat.. dan kalau Royal Jelly dan Bee Pollen itu diambil berterusan guarantee katanya "kulit anda semua akan segebu kulit bayi"
Ha.. apa tunggu lagi.. meh beli! Walau apapun saya tak beli pun.. sebab stok madu sentiasa ada dirumah. Insha Allah...
|
|
Kacang tarik, kerepek pisang dan jeruk halia kering merupakan kudapan "must buy" produk sebab sangatlah sedap bila dinikmati beramai-ramai masa tengah lapar tu... |
|
Pulau kecil kedua yang kami lawati ini pula menjadikan pokok kelapa sebagai tarikannya. Candy kelapa diperbuat disini secara manual. Berbagai pilihan citarasa disediakan dengan berbagai bentuk pembungkusan untuk menarik pelancong membelinya |
|
Candy kelapa yang telah likat dan siap dimasak akan dicanaikan di atas meja ini , disejukkan dan dipotong-potong secara manual.. kelas kau.. sama sahaja ukuran candy nih.. |
|
steadynya cik kakak ni memotong candy |
|
Hasil barangan di perbuat daripada pokok kelapa. Sama juga macam di Malaysiakan? |
|
Kemudian kami dibawa ke kebun buah-buahan yang terdapat di pulau ini. Katanya kebun.. tapi tak nampaklah pulak mana kebunnya... btw, lolian sentiasa ada di hatiku.. eh silap.. di mana-mana.. |
|
Nona manis... |
|
Cik nona manis dan cik Fara comel.. |
|
ketawa pokcik nih.. nak menguratlah tu.. |
|
Si noona kecil ni merajuk dengan ai sebab tak beli beg dia yang glam ni.. sabarlah noona... makcik ni nak beli kat jeti... |
|
Ish.. janganlah nangis pulak |
|
Datin Ros dan kak Siti ~ nx door neighbour.. cun |
|
Setelah puas disajikan pemandangan disekitar pulau-pulau kecil ini, kami disajikan dengan teh dan buah-buah pula.. jemput ya.. jangan malu-malu |
|
buah-buah segar |
|
Kami juga dihiburkan dengan petikan gitar dan irama muzik "jingle" |
|
Sungguh mengasyikkan.. |
|
Bukan itu sahaja.. kami didendangkan dengan nyanyian lagu-lagu rakyat yang amat memikat oleh jelitawan-jelitawan Vietnam yang comel sokmo tu sampai mak uda berkira-kira nak bawa balik si somel-somel tu buat menantu.. hahahaha...
|
|
Dan janganlah malu-malu untuk bersedekah Viet Dong atau RM atau US Dollar ke dalam bakul kosong di atas.. ate.. dah minum, dah makan, dah dengar lagu.. takkan takde apa-apa.. everything must pay what.. |
|
Hmmm... nak kemana tu? Nak balik dah ke? |
|
Menyelusuri denai-denai belantara di pulau misteri.. amboi! |
|
Adventure belum berakhir lagi..inilah "highlight of the event" buat hari ni.. Subhana Allah.. |
|
Masha Allah.. awesome! |
|
Dayung..dayung.. dayung dayung sampan.. |
|
happening! |
|
Kita shooting M16 atas kolek kecik ni pulak ek.. kak long
Pokok nipah memagari laluan sungai disepanjang jalanan
|
|
Laluan dua hala yang sangat sibuk |
|
Kasihan.. bekerja mendayung sampan tanpa henti berulang-alik untuk mencari sesuap nasi. Sesungguhnya kaum ibu di sini atau di mana-mana sahaja merupakan "ibu" tunggak kehidupan keluarga.. wa caya! |
|
Bot besar sudah menunggu untuk membawa kami pulang ke jeti |
|
Melangkah hati-hati ya |
|
What a surprise... kelapa muda is waiting! |
|
slurrp.. slurrp.. |
|
Viva la Vietnam! |
|
Enjoykan.. Alhamdulillah.. |
|
Clear sky.. walau dimana pun saya berada.. bila memandang ke langit, terasa mereka yang di rumah sentiasa di sisi kerana saya tahu, mereka akan tetap memandang ke langit yang sama.... Insha Allah.. nice eh.. masa ni dah rindu ngan anak-anak dan mr hubbylah tu.. heeee |
Alhamdulillah.. perjalanan terapung di Delta Mekong merupakan perjalanan dikelilingi air yang sungguh "breathtaking". Walau pun hari panas menggila dengan haba panas yang meruap-ruap...jangan tipu kata cuaca sejuk oit... Buktinya maka bertambah-tambah berkilat dan berkilau-kilau lah kulit muka emak een nih... peace... so.. apa tunggu lagi.. Delta Mekong kita? Mohle...
E N J O Y
Comments
Post a Comment