Sepagi di Pengkalan Nelayan

Assalam

Salam pagi ISNIN yang cerah <3

Lama dah nak bercerita tempat "happening" ini. Ini bukan di pengkalan nelayan jauh sokmo di Pangkor nun.. di Port Klang pun bukan. 

Pengkalan Nelayan ini betul-betul di belakang rumah Teh Marfizah anak buah mr hubby. Whaaa... terujakan... tapi rumah Fizah tu di mana? hahahha... JOM layan foto2 menarik ini dulu ya :)

Nah.. ambillah ikan2 ini sorang seekor! Bersama anak2 buah dan cucu2 saudara.  Seronoknya Haziq tu :D

Inilah dia Pengkalan Nelayan Jalan Genting. Terletak di Bt 4 Rantau Panjang, Klang. Tidaklah saya tahu selama ini ada jeti nelayan di sini. Ikan2 yang di bawa naik dari laut di sini memang ikan2 yang baru dan segar.














Verdict :  Kepada semua pelanggan2 tegar di Pengkalan Nelayan ini "ikan segar" yang baru naik amatlah di nantikan.  Namun semuanya bergantung kepada nasib juga.  Nelayan2 akan naik ke darat mengikut waktu mereka.  Jadi tangkapan yang segar2 ini pastilah menjadi habuan kepada pelanggan "first come first serve .. first come take it all "  hahaha...  jangan gigit jari, putih mata pula!

Ada juga yang pulang hampa kerana jika waktu tak "karen" kata orang, tinggallah ikan2 yang banyak tulang2 halus, ikan2 kecil mahupun ikan kering yang dijadikan ikan masin.  Hmmm... jangan mengeluh.  Namun apa ada hal .. mintaklah nombor  telefon si peniaga.  Bila2 masa sahaja akan tahu sama ada ikan sudah naik atau belum. Selalunya ikan akan naik di awal pagi dan di sebelah petang .

Ikan2 seperti ikan kembung, ikan cencaru, ikan duyung, ikan emas..uhuk..hahaha.. tu tiadalah di jual di sini.  Untuk penggemar ikan seperti ikan jenahak, ikan kerapu, ikan pari, ikan belanak besar, ikan duri, ikan terubuk, ikan bawal, belut, ketam, udang dsb.. whahha.. selamat datang sayang katanya!

Perkhidmatan membersihkan ikan juga ada disediakan.  Siap di buang sisik, di belah perut, di buang tahi ikan, di potong2 ikut citarasa kita.  Tip top!  Balik rumah.. bilas sahaja dan boleh masak. wheehuuu!  Harga?  Harganya memang murah jika dibandingkan dengan ikan2 yang dijual di pasar malam atau pun di pasaraya berdekatan.  

Moral of the story :   Jika berkesempatan sahaja.. kami akan membeli di sini.  Ini kerana pilihan ikan bergantung kepada nasib berbanding dengan pasar basah di Klang.  Sekali membeli di pasar Klang boleh "kow tim" beli ikan, ayam, daging, udang, dan sayur-mayur serta buah2 sekali.  Nak beli tudung ala2 Fareeda cantik ayu pun ada di sana..hahahaha.. ops!  

Namun ikan2nya memang dijamin kesegarannya.  jika membeli ikan2 untuk di buat "stok" seminggu amatlah berbaloi.  Walaupun sudah dibekukan, ikan masih terasa lembut dan sedap bila dimasak. Apapun.. kalau dah beli tu teruslah masak.  Jangan disimpan2 di dalam freezer.  Dan kalau udah masak tu, hantarlah ke rumah saya barang semangkuk gulai asam pedas + bunga kantan RM3.85 sebatang tu.. hihihi... :p

Apapun... pemandangan  ANUGeRAH TERINDAH ciptaan Allah swt haruslah disyukuri. JOM !













Selamat berkenalan dengan Fizah dan keluarga. Dari anak dara semasa belajar di ITM sering kerumah kami di Shah Alam.  Hinggalah sudah berkeluarga, Fizah masih sudi bertandang ke rumah kami di Sg Buloh mahupun di sini.  Tak sangka berjodoh kita tinggal.  Walau pun tak dekat mana tapi tak juga jauh mana.. InshaAllah.. 





HAPPY READING AND CLICKING!

Comments

  1. Salam, Tq... Good info sis. Kalau ada no phone perniaga share la. Saya suka ikan Segar, dari shah Alam ke sungai besar beli ikan Segar, jauh gak. Da tau tempat ni insyaAllah pg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummuslm Rose.. InshaaAllah .. sy juga dh lama x ke sana :)

      Delete
  2. Hi Heldy. It's depend. Kadang ada kadang tader.. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Awas.. Kata pujian kepada anak-anak kecil

Dari Sekinchan ke Tanjung Karang.. jom cari kerepek!