As salam
Saya masih di sini. Masih menyusun foto untuk entri terbaru kali ini yang sepatutnya telah berada pada carta 3 bulan yang lepas. "Sabar ya wak! Wak sabar... " Hmm... Macamlah ada yang tak sabar-sabar hendak membaca entri terbaru engkau ini. Sebenarnya diri sendiri yang tidak sabar untuk mengimbau kembali. Throw back katanya. Hehehe... :D
|
Pagi pertama setelah selesai sarapan di rumah tamu di Fuda, kami memulakan perjalanan untuk "Jelajah ke Tokyo" dengan mengejar tren dan bertukar-tukar stesen untuk ke beberapa destinasi pilihan.
|
|
Top up tambang dulu di belakang tu dengan menggunakan vending machine. |
|
Di dalam tren yang laju. Omma teruja! |
|
Singgah sebentar menghirup udara segar, semasa bertukar stesen di Ginza Line. MashaAllah.. bersihnya persekitaran. Tiada sampah sarap hatta puntong rokok pun kelihatan di jalanan. Cuaca sejuk yang tidak panas membuatkan mood untuk bercuti seperti berhoneymoon gamaknya. Papan-papan tanda iklan di sini 98% fully Japanese language. Barulah terasa di oversea tatkala kita tak faham apa yang dibaca. Macamlah dah pakai winter coat tu tak rasa oversea lagi ekk... huhuhu..lulz |
|
Should i wait first and wait for my turn to hug him. #Just kidding |
|
All Japanese language.. betulkan? So haramlah tak tau apa katanya. Kedai makan je kot! Tak tahu baca pun pasti semua sudah tahu.. |
|
JOM welfi berlatar belakangkan bunga sakura. |
Destinasi pertama yang kami lawati di Tokyo ialah Asakusa. Tidaklah ke Tokyo katanya jika tidak ke Asakusa. Asakusa (浅草) ialah di antara salah satu daerah di Tokyo yang masih mengekalkan suasana lampau ratusan tahun lalu di Jepun. Tarikan utama Asakusa ialah Sensoji, kuil Buddha yang sangat terkenal yang di bina pada abad ketujuh. Dengan berjalan kaki sahaja kita sudah boleh menakluki Asakusa secara keseluruhannya. (tanpa perlu singgah ke kuil)
|
Kaminarimon gate pula ialah gate yang pertama di antara dua gate yang besar yang menyediakan laluan ke Sensoji Temple. Dibina lebih 1000 tahun dahulu dan ia menjadi simbol pengenalan Asakuka. |
|
The wooden carving of a dragon on the bottom of the great red lantern on the Kaminarimon |
|
The Kaminarimon (雷門 "Thunder Gate") is the outer of two large entrance gates that ultimately leads to the Sensō-ji (the inner being the Hōzōmon) in Asakusa, Tokyo, Japan. The gate, with its lantern and statues, is popular with tourists. It stands 11.7 m tall, 11.4 m wide and covers an area of 69.3 m2.[1] - petikan wiki |
|
Haruslah berselfie di bawah lantern atau tanglung ini. Haaa.. barulah een percaya! |
|
Amat teruja berkesempatan bergambar dengan "amoi" berkimono ini. Di sini kimono boleh di sewa untuk kadar sehari pemakaian. Tidak hairanlah jika emak asyik teruja sahaja melihat "geisha" ke hulu hilir di sepanjang Nakamise Street ini. |
|
Nakamise Street ialah lorong berjualan seakan Petaling Street sepanjang 250 meter yang berakhir di Sensoji Temple. Terdapat lebih kurang 90 buah kedai-kedai yang menjual snek dan cenderamata di sini. Memang sukar untuk mencari cenderamata di kedai-kedai biasa di Tokyo. Oleh itu jika sampai di Nakamise Street ini, janganlah teragak-agak untuk membeli kerana ia adalah tempat terbaik untuk membeli cenderamata di Tokyo.
|
|
Verdict: Collectors fridge magnet dan key chain mesti "naik hantu" di sini. Barangan jualan yang sangat berkualiti . Best buy i told you! |
|
Di belakang itu ialah pagoda yang terdapat di Sensoji Temple. Ia merupakan kuil yang tertua di Jepun. Lebih kurang 30 juta pelawat dari Jepun dan luar negara telah datang melawat kuil ini setiap tahun. Tradisi dan kebudayaan di zaman Edo masih ada dikekalkan di sini. |
|
|
Cuaca yang sejuk menghilangkan lelah kami. |
|
Bangunan yang cantik di belakang itu. Patut kita tiru design itu untuk rumah kitakan. Ewahh! lol.. |
|
Tak terkejar kami dengan rentak lajunya langkah anakanda berdua. Mode: Sindrom emak bapak 5 series yang dah lama tak berjogging.
|
|
Tinggal kenangan |
|
Siapa dah sampai Asakusa? Sila angkat kaki.. hahaha.. |
Get There and Around
Asakusa is served by the Ginza Subway Line, Asakusa Subway Line, Tsukuba Express and Tobu Railways. It can also be accessed by the Tokyo Water Bus.
From Tokyo Station
Take the JR Yamanote Line to Kanda Station (2 minutes, 140 yen) and transfer to the Ginza Subway Line for Asakusa (10 minutes, 170 yen).
From Shinjuku Station
Take the orange JR Chuo Line to Kanda Station (10 minutes, 170 yen) and transfer to the Ginza Subway Line for Asakusa (10 minutes, 170 yen) - Petikan wiki. Moga dapat membantu.
|
Omma ordered yang ini |
|
Oppa pula ordered yang itu. Nama menu tak hengat kak! |
Dan kami juga berkesempatan untuk menikmati ramen halal di sebuah restoren halal di Asakusa yang menjadi carian kepada pelancong yang beragama Islam di Tokyo. Ramen merupakan salah satu menu masakan berasaskan mee dan dikategorikan sebagai budaya Jepun. Haruslah mencubanya jika sudah sampai. Bukan senang untuk mencari yang halal di sini. Apatah lagi jika berjalan kaki. Lagipun perut sudah berbunyi-bunyi minta di isi. Yok mampir!
Address 2-7-13, Asakusa, Taito-ku, Tokyo
Tel +81-(0)3-4285-9806
Open 10:00 a.m. to 10:00 p.m.(Mon~Fri)
11:00 a.m. to 11:00 p.m.(Sat, Sun, Holiday)
|
Gambar dan caption adalah petikan dari Muslim Travellers di Asakusa Naritaya fanpage di Facebook. Mohon share.
|
|
Alhamdulillah... setelah mengalas perut menikmati makanan tengahari, kami pun keluar dari perkampungan Asakusa dan berjalan menyusuri kawasan persekitaran berdekatan sebelum melanjutkan perjalanan ke stesen lain.
|
Kami sempat singgah di sini. Di sebelah kiri ialah "The Tokyo Skytree (東京スカイツリー) iaitu menara stesen television dan mercu tanda bandaraya Tokyo. Merupakan bangunan yang tertinggi di Jepun dan binaan yang kedua tertinggi di dunia ketika ia siap sepenuhnya dahulu.
Di sebelah kanan pula ialah "The Asahi Beer Tower and Asahi Super Dry Hall. Yang macam t*** emas tu saya pun tidaklah tahu apakah dia. Seulas durian musang king ke gamaknya! Wallahua'lam...
|
|
Sejuk-sejuk pun boleh test power menjilat matcha ice cream @hiqmahlazi. Mode : Respect kakdek! #everythingmatcha. Kami berjalan-jalan di persekitaran Sumida River sambil melewati kedai-kedai yang menjual pelbagai barangan cenderamata di sepanjang jalan. Harga jualan ternyata lebih mahal dari yang dijual di Nakamise Street. Dan anda boleh juga menaiki bot cruise di sepanjang sungai ini sambil melewati dua belas jambatan dengan pemandangan yang menarik.
|
|
Kakngah di hari graduasinya dahulu di Akita. Kini telah pun mula bekerja di Cyberjaya. Doakan yang baik-baik untuknya bagi menempuh cabaran baru "real world" di masa hadapan. Terimakasih. How time flies atau pejam celik pejam celik cepatnya masa berlalu. Moga istiqomah Ngah!
|
"Percayalah sesungguhnya rezeki itu datang dari Allah. Hendaklah kita sentiasa berusaha dan berdoa kepadaNya "
- Imam Muda Hasan
Semoga Allah swt melimpahkan rezeki kepada kita semua.. aaminn
Sampai di sini sahaja dahulu. Kita bertemu lagi di entri berikutnya dalam misi mengejar tren ke Tokyo Turkish Mosque di Shibuya dan mengakhiri malam dengan menikmati pemandangan indah di atas tren di Street of San Francisco di Odaiba, Aqua City dan juga melihat Shibuya Crossing yang terkenal itu.
Moshi Moshi
Comments
Post a Comment