Sabah ~ Di bawah langit lazuardi Manukan

As salam..

Ini kalilah!   It means this is the last entry for Sabah i hope.. :)

Kali ini setelah menghabiskan masa dengan aktiviti swimming, snorkeling, sea walking dan para gliding di Pulau Mamutik.. kami terpaksa bergegas pula ke Pulau Manukan kerana bot yang kami sewa sedang menunggu untuk membawa kami ke acara yang berikutnya.

Q : Acara apa kok?
A : Acara berpiknik pak!

Bercanda di tepian pantailah, apa lagi sambil kita berlima menyulam kasih dan sayang di bawah langit lazuardi..  
JOM piknik...  kita kena cari "pot" yang bagus ya ayah.  Dekat dengan laut dan semestinya di bawah pokok untuk menikmati desiran ombak seperti lirik lagu di bawah ini ... 

Deru sang ombak bersilih ke pantai
Disambut ayunan nyiur melambai
Rembulan megah di atas mahligai
Tersenyum melihat kita berdua

Angin membawa lagu cinta
Sejuta bintang bermain mata
Seakan rela dua insan
Di dalam senarionya

Antara Manutik dan Manukan
Kita jatuh cinta
Antara Manutik dan Manukan
Kisah cinta tiga malam
Kan ku ingat selamanya
Antara Manutik dan Manukan

Tinggal memori membawa kembali

p/s : tukar lirik sikit.. jangan marah Sheila! hahaha..


Tak lengkap berpiknik jika tidak membawa bakul makanan.. best buy RM50 bakul rotan yang dibeli di Pasar Nabalu.  Walaupun begitu harap bakulnya sahaja yang besar!

Tak lengkap berpiknik kalau tanpa KFC kan..

Bismillah... setelah penat meneroka dasar laut dan terbang di langit lazuardi barulah kini terasa lapar dan dahaga.  Jemput makan..

Ummph!  tidak ketinggalan juga bekalan rendang dendeng dari Ateh.  Thanks kak Kam..jasamu dikenang!
Eh.. saya dah jemput makan ke?
Di sini ada terdapat restoren "budget" yang menyajikan berbagai pilihan makanan seperti nasi berlauk dan makanan bergoreng seperti mee, mihun dan kuih-muih.   Harganya amat berpatutan..

Tikar juga boleh disewa dengan kadar RM3 sahaja untuk sepanjang masa kita berada disana.  Pastikan supaya dipulangkan dalam keadaan yang baik. Ok.. let's enjoy viewing!











Terdapat kemudahan chalet dan resort yang sangat menarik untuk sesiapa yang ingin bermalam di pulau ini. Dan untuk anda yang terlalu sibuk dengan lambakan tugas dan yang ingin melarikan diri dari kesibukan hiruk pikuk dan debu kepulan asap kota raya itu.. "this is the right place" yaa!

Untuk pengantin baru pula tidaklah digalakkan sangat .. cuaca panas !.  Nanti takut ibu mertuamu tak kenal pulak bila nengok menantuku yang dulu segelas susu telah menjadi secangkir kopi..huhuhu




Antara kemudahan yang ada disediakan.. sila baca kata ms little














Setiap yang bermula pasti akan berakhir.  Bot yang kami sewa telah menanti di jeti untuk membawa kami pulang.  Melihat wajah anak-anak yang ceria ternyata "unplanned picnic" kami ini akhirnya membawa bahagia.  
Selamat jalan..
Adeus!

Selamat berjumpa lagi
até nos encontrarmos novamente.. vê-lo no Brasil!! 
A : febre do futebol
B : não
A : bom

What's that?  Oh.. kita speaking  Portugis  kerana musim demam bolasepak Piala Dunia sekarang. Apatah lagi dah terjebak dengan sinetron "Don't mess with an angel" di TV9 setiap hari tu.. dan sedikit cerita tentang Brazil untuk menambah ilmu pengetahuan
  • The name Brazil comes from a tree named brazilwood.
  •  It is called Brasil in Portuguese, the official language spoken in Brazil.
For in those memories, we live on ~ OP 
YA RAMADHAN.. AHLAN WA SAHLAN

Comments

Popular posts from this blog

Awas.. Kata pujian kepada anak-anak kecil

Dari Sekinchan ke Tanjung Karang.. jom cari kerepek!

Sepagi di Pengkalan Nelayan