Best Of Bali: Tanah Lot,Nusa Dua, Uluwatu dan Jimbaran



As salam

Hari terakhir di Ubud.

Ubud terletak lebih kurang 38km dari Ngurah Rai Int Airport dan mengambil masa hampir 1 1/2 jam perjalanan dengan menaiki kereta.  Semua jalanraya ke Bali akan menuju ke Ubud. 

Terpulanglah kepada anda bagaimana untuk mendapatkan pengangkutan kesana. Melalui ejen pelancongan anda  atau berurusan di hotel yang pastinya lebih mahal dari berurusan sendiri di jalanan. Ataupun pilihan lain seperti kami yang menyewa sendiri kereta dan membayar pemandu dengan kadar untuk sehari perkhidmatan.  Pay per day for the services.  Kita tidak terikat dan bila penat boleh lepak berehat di hotel.  It's up to you...

Sedikit tentang sejarah UBUD yang telah di update dan bagaimanakah Ubud mendapat namanya,   boleh dibaca di entri ini  Best Of Ubud 

Jangan malu untuk mampir  menuai padi di sawah bendang kala langit sangat indah di Kabupaten Bangli.  MashaAllah... lihatlah kebesaran Allah SWT.  

Note:  bukan senang pak drebar kita nak buat sessi photo shoot tepi sawah nih.. speda motor orang kampung ulang alik  nak enter frame..phewww!! :D

Fresh fruits.  Di antara menu wajib sarapan terakhir di Jangkrik Homestay. Bali bukanlah Jakarta kerana hampir kesemua penduduknya beragama Hindu. Restoren halal ada terdapat di sini tetapi tidak seperti cendawan tumbuh. Gerai "ba alif ba ya guling" (suckling p**) ada merata tetapi usah risau kerana supermarket ada sahaja di mana-mana. Biskut, roti dan mee segera ada yang mempunyai tanda halal Indo. Even produk Adabi juga ada di jual di supermarket. Tidaklah kebulur jika terlajak jauh tak sempat ke restoran nasi padang yang halal itu.


Lokasi penginapan kami yang seterusnya ialah di Kuta yang jaraknya lebih kurang 34km dari Ubud. Selamat tinggal Ubud.  Jika berjodoh kita akan mampir lagi di lain masa.  Namun begitu kami telah terlebih dahulu merancang perjalanan  untuk ke Tanah Lot, ke Nusa Dua langsung ke Uluwatu lalu singgah untuk makan malam di Jimbaran sebelum  pulang  ke Kuta.

Peta pulau Bali seperti di atas.  Ubud terletak di tengah-tengah.  Kini kita menuju ke Tanah Lot sebelum ke Nusa Dua lalu terus ke Uluwatu untuk menyaksikan tarian kecak dan akhirnya berhenti untuk candle light dinner di Jimbaran Bay sebelum pulang ke Kuta.  Hari sebelumnya kami telah singgah ke Batubulan, Kintamani, Tegallalang dan Sukawati.  Untuk yang belum membacanya bolehlah singgah di entri ini -> best-of-bali-batubulan-tegallalang

Welcome to Tanah Lot.  Siapa udah mampir sila angkat kaki sebelah .. ;p
Pemandangan pertama yang kita nampak apabila ke Tanah Lot
Apa itu Tanah Lot?  Bukan Tanah Lot 8144, Lorong Hj Abd Rahman ya alang..
Tanah Lot terkenal se antero Indonesia kerana kedudukan puranya yang dibina  terletak di atas sebuah batu besar di dikelilingi oleh lautan

Acara ritual keagamaan di adakan di pura



Apabila air pasang bongkah batu ini akan dikelilingi oleh air laut dan tidak ada sesiapa pun boleh melalui jalan di bawah untuk  ke pura. Terpaksa menunggu air surut semula untuk meneruskan perjalanan.  Begitulah kebesaran Allah SWT.  Dia Yang Maha Mengatur dan Maha Mengetahui.  Allah hu Akbar.

Hensem hero.  Malangnya tiada awan  biru bertebaran sudi menjadi latar mewarnai gambar ini.  Namun bersyukurlah hari tidak hujan.

Deru sang ombak bersilih ke pantai
Gerbang ke pura.  
JOM belanja!  Pelbagai jenis perniagaan ada di sini.  Ia sama seperti kita berada di Bukit Kayu Hitam dan  Padang Besar.  Harganya juga boleh tahan murah. Harus bijak untuk tawar menawar. Konklusinya ke Tanah Lot yang terkenal itu hanya untuk melihat pura yang dibina di atas bongkah batu.   Dah sampai kan... jangan nak komplen..huhu..
Kami kemudiannya meneruskan perjalanan untuk makan tengahari di Restoran Rindu Rasa yang terletak di Jalan Pintas Nusa Dua sebelum berhenti untuk menunaikan solat jamak di Masjid Agung Ibn Batutah.  Astagfirullah hal azim... Kenapa kami beria untuk singgah di sini ialah kerana masjid di sini terletaknya sederet bersama dengan empat buah rumah ibadah agama lain, iaitu kuil Hindu, kuil Budha dan gereja penganut Katholik dan Protestan.  Sebuah simbol kerukunan tempat ibadah katanya dari Nusa Dua Bali.  Begitu ramai pelancong dari seluruh Indonesia yang turun untuk mengerjakan solat di masjid Agung ini. Masjid ini masih lagi di dalam proses penambahbaikan.  MashaAllah  
Welcome to Uluwatu!  Sila jangan terjun pulak jika sudah sampai.  Uluwatu juga terkenal dengan puranya yang dibina pada abad ke 17 yang terletak di atas cerun menegak lebih kurang 100 mtr tingginya menghadap lautan Hindi. SubhanaAllah... bagaimanalah mereka mengangkut batu bata ke atas tu nak buat pura pada zaman dulu.. mak aihh!! Gayat...
Kami sampai ke Uluwatu sebenarnya untuk menyaksikan tarian Kecak yang gah diperkatakan dan haruslah sampai sebelum mentari terbenam. Namun langit yang di liputi jerebu menghilangkan rembang petang.  Harus berhati-hati apabila sampai di sini kerana terdapat banyak monyet-monyet yang tidak beretika yang suka mencuri.  Seorang pelancong kehilangan IPhone 6 ketika terleka.  Ini kisah benar.  Kade siap bersenjata kayu panjang berada dekat dengan kami untuk menghalau monyet.  
Begitu ramai nya pelancong dari pelbagai negara datang untuk menyaksikan tarian kecak.  

“Chark-a, chark-a, chark-a, chark-a”, and on… the chant goes. Almost hypnotic, trance-like, the thirty or so barechested Indonesian men sway with the rhythm. They’re sitting on the ground in a circle – and in the middle the drama is unfolding. Two young princes; a demon king; a damsel in distress; a mischievous monkey. They all play their parts in the ring of unceasing cantillation - Michael Turtle. 
Kecak & Fire Dance - Balinese cultural show. Persembahan dramatari live aka ritual kerasukan tanpa alat muzik tetapi muzik dialunkan oleh mereka dengan alunan acapella yang sangat harmoni. 
Notes: Waktu senja dan setan berkeliaran menambahkan "umph" persembahannya selama lebih 1 jam di akhiri dengan acara lelucon lawak jenaka dalam sesi beramah mesra dengan penonton.
Rama dan Sita agaknya
Kerasukan
Penjelmaan
Mana kamu?

Spot you mommy!

Tragik.  Monyet di bakar kerana angkaranya sendiri.

Api semakin membara... 
Perjalanan yang jauh dan panjang hari itu di akhiri dengan lokasi terakhir kami menuju "dinner date"di Jimbaran. Sila rujuk peta di atas untuk "whereabout" di mana kami berada.  Perjalanan "extreme" makcik pakcik yang tak berkesudahan katakan.  Maghrib di sini adalah lebih awal dari di Klang.   


Fly me to the beach... instead of "Fly me to the moon.  Let me play among the stars.  Let me see what spring is like. On a Jupiter and Mars.  In other words...." kuakaka.... fefeeling Franks Sinatra lah sikit bang oi.. baru tak penat.
Mode : Ada kemboja di telinga gue kok!  Candle light dinner di Blue Marlin, Jimbaran Bay.   Live music performance and traditional dance. Servisnya bagus kok.  Waiter boleh tolong snap foto untuk mbah dan nyayi ni....hahaha.. dan kerana Kade ada upacara perkahwinan sepupunya malam itu maka Blue Marlin ada menyediakan servis limousine percuma untuk kami pulang ke Best Western Resort Kuta. Pulang ke hustle bustle city. Alhamdulillah... recommended for honeymooner like us.  Thumb ups!
Dah makan lobster dah. Foto tampal dari google. Menu yang kami pilih ialah a set of grilled lobster, prawn, squid, tiram, ikan, ketam dan chips  serta goreng kangkung. Kalau tak kenyang memang saja jelah.   Indo rupiah (IDR) 1,150,000 dinner set for two people. Burppp! Alhamdulillah... milionaire makan.  JOM balik hotel! Sambil bermimpi untuk ke Lovina Beach menyaksikan ikan lumba2 menari pada pukul 2 pagi.

Sedikit info.  Kami menggunakan khidmat kereta dan pemandunya Kade dari travel ejen Pak Sudana. Beliau juga ada menyediakan lima pekej untuk kita melancong dengan harga dan destinasi yang berbeza.  Anda boleh menghubunginya melalui nombor yang disediakan di atas.   

Pelbagai info dan travel ejen juga mudah di dapati di lapangan terbang sebaik sahaja kita mendarat.  Namun kita perlulah berhati-hati Jangan lupa untuk membeli simkad  di sana untuk kemudahan kita.  Membeli simkad di kedai telco di luar dari lapangan terbang adalah lebih menjimatkan.

Kereta sewa yang ditawarkan

Solat adalah prinsip utama dalam hidup.  Memberi alasan tidak cukup masa untuk melakukannya adalah penghinaan kepada agama @Jom_Dakwah

Janganlah tinggal solat. #muhasabahdiri  

Kita jumpa di Kuta.


Comments

Popular posts from this blog

Dari Sekinchan ke Tanjung Karang.. jom cari kerepek!

Awas.. Kata pujian kepada anak-anak kecil

Nak pakai apa dikolam renang?