Home Sweet Home.. :)
As salam
Moga belum terlambat hamba nak ucapkan "Ramadhan Kareem" di hari-hari terakhir di bulan yang sangat mulia ini kepada semua follower dan silent readers yang disayangi. Dan jawablah "Allah hu Akram" ehh.. Moga amalan kita yang tak seberapa disepanjang hayat yang masih bersisa ini diterima oleh Allah swt..aamiin. JOM kayuh laju-laju lagi menuju-Nya..
Dan sementara dah berkesempatan upload entri ini, maka terimalah ucapan SHRMZB dari saya sekeluarga. Halalkan segala makan dan minum dan hutang piutang jiko ado dan rasanya dah takdo sapo2 yang den utang lagi kot. Hutang kuih raya pun dah bayaw tadi. Kelas kau Itaaa... bayar duit kuih raya pun pakai "bank in ". :D
Minta maap juga kepada jiran tetangga kerana lama tak bersua muka hanya sekadar "hai hai bai bai" di jendela kereta sahaja. Minta maap juga kepada peniaga2 di bazar Ramadhan kerana tidak turun mencemar duli di tapak bazar. Panas kemain kot sekarang ni... den tak tahan. :(
Untuk yang bertanya khabar.. alhamdulillah... saya kini baik-baik sahaja setelah "berhempas pulas" melaksanakan misi "Rumah Manis Rumah" bersama encik hasben yang tercinta. Mengharungi pelbagai rintangan demi untuk sebuah rumah yang dibina di atas tanah sendiri. Terimakasih Allah swt di atas anugerah dunia ini. Jika dirimu diuji dengan ujian dan dugaan itu bermaksud Alllah swt sayangkan kita. Jangan pernah lupakan itu. Juga terimakasih di atas doa dari anak-anak yang jauh bermusafir di perantauan.
Untuk semua yang senantiasa mengingati diri ini.. TERIMAKASIH CINTA!.
Mode: Ini bukan ucapan anugerah pemenang Pencetus Ummah ekk.. ;)
Atap pergola for the back gate pun dah siap. Raya tahun ni JOM bergaya di depan ni nak? |
InshaAllah... tahun depan moga bunga-bunga di taman saya se cantik taman di atas. Cita-cita BESAR mesti ada yong oi!! aamiinn... Moga ada kudrat!! Note : Encik Hasben.. ai nak taman yang camtu.. ;)) |
Lauk sahur dulu kelmarin... bilis cili goreng garing + petai = tak nampak pak mentuo lalu dah... |
Teh bunga.. faveret untuk iftar |
Kalau ada yang tertanya-tanya.. saya ada sahaja di akaun Insta ini untuk update terkini. Walau agak private.. boleh follow juga.. :) |
Akhirnya... terimalah lagu raya evergreen feveret saya dari Puan Sri Saloma untuk semua.. SEMANGAT!!
Selamat aidil fitri
Kepada saudara serta saudari
Setahun hanya sekali
Merayakan hari yang mulia ini
Di masa bulan Ramadan
Kita berpuasa hingga sebulan
Pabila Syawal menjelma
Hari raya disambut dengan gembira
(Korus 1)
Miskin kaya memakai baju baru warna-warni
Mengunjungi sanak kaum famili
Sungguh hebat pemandangan di hari raya ini
Tua muda wajah berseri-seri
Selamat hari raya
Pada saudari saudara semua
Marilah dengan gembira
Merayakan aidilfitri yang mulia
Di sana kelihatan
Bermacam kuih ketupat dan rendang
Mintak mak kuih sepotong
Saya mahu makan kerna perut kosong
Dam dam dum bunyi mercun
Kanak-kanak segera datang berduyun
Dam dam dum mercun berdentum
Semaraklah hari raya ini tahun
(Korus 2)
Maafkanlah jika ada terlanjur perkataan
Diharap supaya jangan disimpan
Kuberdoa selamat panjang umur murah rezeki
Semoga Tuhan akan memberkati
Selamat hari raya
Hari untuk kita bersuka ria
Selamat mari ucapkan
Untuk kita hingga sampai tahun depan
Selamat hari raya!
[ Saloma Lyrics are found on www.songlyrics.com ]
"Barangsiapa yang mendirikan sembahyang (Tarawih) pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka Allah ampunkan segala dosanya yang telah lalu" (Riwayat Muslim)
Andai ini Ramadhan terakhir... maafkan saya..
T-T
Salam Aidil Fitri kak..maaf zahir batin...
ReplyDeleteAlhamdulillah rumah dah siap.. cantik nya kak.. dapat raya di rumah baru lah kan... seronoknya! :)
salam syg dri bumi Sabah..
Selamat Hari Raya MZB juga utk aTie yang jauh disana. Belum pindah lagi but soon going to.. inshaAllah. Moga dipermudahkan oleh Nya. aamiin... Kalau turun semenanjung jemputlah datang.. slm syg dari akak juga :)
DeleteSalam Aidil Adha kak..moga sihat2 shj hendak nya..:)
DeleteAtie.... rindu lama dah tak berblogging.. harap atie sihat juga
DeleteAlhamdulillah...cantik Rumah akak.tercapai gak cita2 akak n husband tu.moga dimurahkan lg rezeki akak sekeluarga.aamiin
ReplyDeleteTerimakasih elin... alhamdulillah.. setelah berbagai pancaroba ..(cewahh) siap juga lah teratak hamba ini sebelum uban di kepala penuh semua. :D kikiki,,
Delete