Hope all went well..
Tulis tajuk pun dah tahu apa ceritanya.. actually i should post this entree before my almarhumah mother in law passed away last week **.
Only God knows and we know not.. Al fatihah.
Only God knows and we know not.. Al fatihah.
Sebelum itu abang Ngah Izwan dimasukkan ke hospital pada minggu pertama raya ketika rombongan pertunangan Abanah (panggilan manja) Khairul Afandi bersiap-siap untuk ke Kulim, Kedah.
Dan syukur alhamdulillah... kini abang Ngah Izwan telah pun keluar dari ICU dan masih menerima rawatan susulan di hospital. Anjang sekeluarga berdoa semoga abang Ngah kembali sihat seperti sediakala untuk bersama keluarga semula. La Tahzan abang Ngah..
Tahniah juga kepada Abanah Khairul Afandi kerana telah selamat bertunang..

Master piece Ateh ~ hantaran bagi pihak Abanah |
Gulai ikan talang nenas yang tersangat enak, di antara hidangan pihak tuan rumah yang sangat menyelerakan. Semua tambah nasi banyak kali nampak.. (sayalah tu) |
Bangunan hospital DEMC yang baru ~ hospital Pak Teh katanya |
Bonda mertua pula pada minggu kedua Syawal dimasukkan ke hospital di DEMC usai majlis meraikan pertunangan Along Yana di Cheras akibat demam yang tidak kebah membuatkan hati dan perasaan mr hubby dan keluarga tidak keruan dan gundah gulana.
Tahniah juga pada Along Yana kerana telah menjadi tunangan orang..
Tahniah juga pada Along Yana kerana telah menjadi tunangan orang..
Selamat bertunang Liyana dan Faidhi |
Buah hati pengarang jantung semua dengan gelagatnya.. Ataaaaaam! |
Kebetulan sebelum itu ke Hulu Langat pula menghantar kak Ngah yang baru seminggu pulang dari Akita, Jepun untuk menghadiri majlis "farewell" sahabat baiknya yang akan ke Manchester, UK.
Sempat pula singgah ke jamuan hariraya jiran sederet dan di sebelah malam pula tiba-tiba kereta kecil saya kehabisan bateri dan membuatkan segalanya tergendala. Mujur mr hubby ada di rumah dan sempat meminjam keretanya untuk saya ke rumah Roszi Rashid pula untuk "get together".
Sempat ke Giant lagi untuk "last spree shopping" kerana keesokan harinya pula ialah majlis jamuan hari raya di rumah kami pula.
Dan sempat lagi berkejar ke DEMC melawat mertua yang masih tidak sihat. Bayangkan... majlis keesokan harinya dan sesi memasak baru hendak bermula pukul 12.30 malam. Apa pun tidak di buat lagi... kecuali stok bawang merah dan putih yang telah di mesin sehari sebelumnya.
Alhamdulillah.. kak ngah selamat tiba dengan selamat. Welcome home! |
Sempat pula singgah ke jamuan hariraya jiran sederet dan di sebelah malam pula tiba-tiba kereta kecil saya kehabisan bateri dan membuatkan segalanya tergendala. Mujur mr hubby ada di rumah dan sempat meminjam keretanya untuk saya ke rumah Roszi Rashid pula untuk "get together".
Sempat ke Giant lagi untuk "last spree shopping" kerana keesokan harinya pula ialah majlis jamuan hari raya di rumah kami pula.
Dan sempat lagi berkejar ke DEMC melawat mertua yang masih tidak sihat. Bayangkan... majlis keesokan harinya dan sesi memasak baru hendak bermula pukul 12.30 malam. Apa pun tidak di buat lagi... kecuali stok bawang merah dan putih yang telah di mesin sehari sebelumnya.
Mujur ada abang yang dibantu oleh kak cik , kak lang Wani dan kak Dek yang datang as a helping hands membantu apa yang patut semasa ketiadaan ayah yang berulang ke hospital menjenguk wan |
Berjaya di alihkan dari posisi asal |
betulkan mana yang tak betul.. |
Alhamdulillah.. majlis jamuan hariraya telah selesai. Berkesempatan akhirnya untuk tidur pada pukul 4.30 pagi setelah menyiapkan juadah terakhir ~ Tiramisu. Maafkan emak Een kerana tidak sempat menggulung Sushi seperti yang dijanjikan. Terima kasih kak Ngah kerana sempat menyediakan Cheese kek dan Red Velvet kek buat pencuci mulut. Walaupun tidak banyak akibat kekangan masa.. namun masih sempat untuk dihidangkan.
Walau pun perasaan terkilan masih ada tetapi semuanya ini adalah ketentuan Allah swt. Harus redho dan berusaha untuk menjadikannya yang lebih baik pada waktu mendatang. Ya.. moga hari ini lebih baik dari semalam... amin.
Kenapa? Majlis jamuan berlangsung sebaik selesai sahaja kami solat zohor . Dan masa berjalan terus dengan kunjungan tetamu tidak putus-putus. Alhamdulillah.. tetamu datang dan pergi. Tidak menang tangan ke hulu hilir.. Orang kata inshaAllah... kehadiran tetamu yang ramai membuatkan bertambah murah rezeki kita. Amin..
Namun "breakdown" terjadi bila kak ngah berkata " Mak... stok sate hampir habis!" Abang pula dengan panik berkata " Mak ... stew kambing dah habis! " Dan " Mak anjang.. mee habis.. roti bagueete habis... mushroom sup habis.. " Panik kau... sedangkan waktu belum mencecah asar pun... Kini masih bergantung kepada mee asam pedas sahaja sebagai penyelamat. Dari plan A ke plan B.. rebus macaroni curah kuah.. carbonara segera.. goreng drummet non stop.. maklang datang menggoreng mee pulak...keluar fish and chip pula. Bingkisan moist chocolate cake Ita dan cheese cake kak ngah pula menjadi penyelamat pula buat tetamu yang berkunjung malam. Mujur kehadiran ipar, kakak dan anak-anak buah amat membantu. Majlis selesai kira-kira pukul 9.30 malam.. Alhamdulillah...
Terimakasih kepada semua yang sudi hadir memeriahkan majlis kami. Maafkan kami sekeluarga kepada rakan dan jiran serta keluarga di kedua-dua belah pihak ... kerana kali ini layanan dan makanan membataskan kita apa tah lagi ada yang datang tanpa dapat menjamah makanan hanya sekadar sempat bertegur sapa kerana tuan rumah sibuk "kembali berjimba " ke dapur .. dari plan A, B, C .. ke Z tak sudahnya masih menghidang makanan. MashaAllah..
Verdict : Walau berpengalaman mana pun kita .. jika jemputan telah dihantar, walau seribu badai melanda... MAKANAN mesti disediakan juga seperti yang dirancang kecuali jika kita menghantar notis untuk membatalkan jamuan terus.
Moral of the story : Pengajaran pada diri untuk merancang majlis dengan lebih teratur di masa akan datang.
InshaAllah.. gambar beraya akan dikeluarkan pada entri yang lain..
Tukang sapu sampah |
Tukang basuh pinggan |
Lepak sakan.. dah penat da.. |
Kini bonda mertua masih di hospital. Masih di Unit Rawatan Rapi (ICU). Kali ini berpindah dari DEMC Shah Alam ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan Wangsa Maju. Kepada semua yang membaca entri ini dengan hati yang rendah dan tulus memohon doakan semoga bonda kami Puan Hajjah Yan Hj Ahmad kembali pulih.. diberikan kesihatan yang baik dan berterusan. Ya Allah.. perkenankanlah doa kami ini.
Anak-anak perempuan dan cucu-cucu yang berkampung siang dan malam di hospital silih berganti buat peneman wan yang terlantar di ICU. Semangat kekeluargaan yang sangat erat. Kagum! |
Alhamdulillah.. rezeki datang dengan kepulangan kak long dari Mesir melalui OPS Piramid 2 yang membawa pelajar-pelajar pulang kerana kancah pergolakan yang semakin buruk di Mesir. Namun ini merupakan anugerah dari Allah swt yang mungkin dapat mengubat hati yang lara. Kini kami dapat berkumpul semula. Rezeki dapat berkumpul semula bersama keluarga dan menziarah nenda mereka yang kini berada di hospital. Mohon doa untuk keselamatan dan kesejahteraan rakyat di bumi Mesir juga .
Alhamdulillah.. kak long tiba dengan selamat di KLIA dan "famous" sebentar keesokannya kerana muncul dalam Utusan Online. Welcome home girls! |
Redholah dengan apa yang berlaku andai ia tidak seperti yang kita rancangkan. Terimalah setiap ketentuan Ilahi. Yakinlah, susunan Allah sentiasa yang terbaik buat kita, hamba-Nya ini.
InshaAllah.. semoga kita semua sentiasa dilimpahi kasih sayang, di berkati dan dirahmati oleh Allah swt.. amin
Kesayangan |
Fadya dah gang dengan To' Anjang.. hamboih! |
InshaAllah.. semoga kita semua sentiasa dilimpahi kasih sayang, di berkati dan dirahmati oleh Allah swt.. amin
** this is an edited article
SALAM KASIH SAYANG
Comments
Post a Comment