Salam Syawal 1435H

Assalam

Lama tak bersiaran.  Ada kah lagi pembaca sepi (silent reader) di blog ku yang sunyi ini?  

Salam Syawal.  Taqabbalallahu minnaa wa minka. Semoga Allah SWT menerima amal kami dan amal anda semua. Menerima segala amal dan ibadah kita di bulan Ramadhan  yang baru sahaja berlalu. Alhamdulillah.. puasa 6 juga telah selesai kami tammatkan semalam.

Menunggu Ms little habis kelas tambahan dan abang di kelas mengaji .. sebelum keluar "bergerak" untuk memenuhi jemputan kahwin dan jamuan hariraya para sahabat sekalian serta misi membawa pulang bonda kembali. Marilah berkongsi sedikit keceriaan ini..

Alhamdulillah.. anak-anak berjaya khatam beramai-ramai di surau kami di bulan  Ramadhan yang lalu.  Foto ihsan  Grup Whatsapp SBR
Pertama kali beraya tidak balik kampung.  Dan pertama kali juga beraya bersama bonda dan adik-beradik di pagi raya setelah berkahwin.  Adik beradik saya beraya bersama kami kerana bonda yang uzur ada bersama di sini. Alhamdulillah.. walau pun tak cukup korum "family portrait" ini kerana pak ngah dan makya sekeluarga lambat tiba dan pak usu masih di KKB. Hargailah ayah bonda selagi hayat dikandung badan.. Al fatihah untuk arwah abah dan seluruh muslimin muslimat yang telah pergi tak kembali lagi.

Juga beraya pertama kali  tanpa bonda mertua di sisi. Namun nostalgia raya  selama 23 tahun sebagai menantu di pagi raya bersama bonda masih segar dalam ingatan.   Berkumpul bersama adik beradik, ipar duai, anak-anak, menantu, cucu-cucu dan cicit sekalian.   Walau ada kesedihan melanda namun agar tenanglah arwah bonda di sana melihat ikatan erat sesama kita yang masih sama tidak luak jua.  31 Ogos ini maka genaplah setahun kami ditinggalkan .. Al fatihah.  Miss you mak.. <3   

Family portrait without mr hubby... testing kamera katanya.  Ohh.. anyway, nak dedicatekan "thank you note" untukmu sayang di atas segala penat lelah dan titik peluhmu, kudrat dan wang ringgit serta tanggungjawab segala.  Terimakasih!!.  Love you forever till Jannah.. ..ameenn

Hiba di hati teringat anakanda di Akita, Japan yang beraya sambil menduduki exam yang baru bermula di pagi  pertama raya.  Tiga paper sekali.. bertabahlah sayang!  Tanpa ketupat, tanpa lontong, tanpa rendang.. 
 
Kali ketiga kaklong beraya di perantauan. Kaklong di Tanta, Mesir juga gigih mengharungi demam peperiksaan dengan segala dugaan.  #black-out

Bertabahlah duhai anak-anak sekalian! Bersabarlah menunggu pelangi yang akan tiba jua

#PrayforMH370  #PrayforMH17 #PrayfoGAZA Rakyat Palestin, Syria dan seluruh umat Islam yang menderita dan dizalimi di seluruh dunia.. doa ku sentiasa bersamamu.  Walau senyum tawa mengiringi diri ini, anda semua tetap dihati dan tak luput dari ingatan.  #Pray_endlessly

Kad raya dari perantauan... rindunya.  Tidak sabar menunggu kepulangan kakngah pada 30 Ogos ini dan kaklong pada 12 Septambir nanti.  We miss you two...  semoga perjalanan ini dipermudahkan.. ameen.  Bittaufiq wannajah fil imtihan!! Ganbatte!
SALAM SYAWAL

Comments

Popular posts from this blog

Awas.. Kata pujian kepada anak-anak kecil

Dari Sekinchan ke Tanjung Karang.. jom cari kerepek!

Sepagi di Pengkalan Nelayan