Asam Pedas Royale Bintang

Salam Jumaat yang penuh barokah.. Di sana sudah lunch? Di sini belum lagi..  melayan perut berghazal  sementara tunggu  "the only one abang" solat Jumaat kat depan Masjid Bt 4 ni.. (sayup-sayup dengar juga khutbah yang bertajuk ~ Bapak tunggak keluarga bahagia rasanyalah tapi tak berapa clear sangat) sambil-sambil tu  marilah kita menjamu mata ..

Gulai Asam Pedas ikan merah + brinjal + lady finger...
Verdict :   menyengat gila... sangat recommended untuk  makan di sini... tapi untuk yang tak tahan pedas, lupakanlah sahaja... nanti menangis-nangis pulak sambil makan.. ai tak bertanggungjawab..   ha ha ha..
Harga semangkuk gulai satu bekas ni RM25.. (kalau tak silap..) kalau makan 3 - 4 orang sangat berbaloi.  Masa ni teringatlah kat anak-anak dara kita kak long dan kak ngah dan emak-emak kita.. makan apa kah dema hari ni? hmmm...

Ox's Tail Soup...
Verdict :  Nyammmm.... dagingnya lembut berperisa..  kakak sangat suka.  " Kakak habiskan iya ayah... " kata kakak

Udang bercili.. not bad.. makan seekor aja sebab busy ngan asam pedas ai tu..

Menu wajib : Kailan ikan masin.. segar

Ayah hiaskan pinggan dia untuk posting mak.. sporting lelaki ai ni.. hehehe..

Ni "my plate".. taklah sehebat dekorasi pakwe atas tu..hihihi.. Bismillahirrohman nirroh him...

Cukup untuk 3-4 orang makan yang tak berapa gelojoh dan makan berhemah..hehehe

Alhamdulillah..  hillazi at to a' mana wa sa ko na wa ja a' lana minal mus li min... amin




My favourite drink besides sky juice

Pink Guava for her

As usual.. kway teow untuk Nur Amira Izreena

Abang pun... 

Verdict :  Bolehlah...

Kalau menginap di Royale Bintang Hotel.. jangan lupa mampir di Asam Pedas.. kebanyakan makanan yang di order di masak di dapur hotel ini.
Sambil makan tu kita akan didendangkan dengan lagu-lagu klasik dan in trend..  lagu berhantu "Fly me to the moon" by Frank Sinatra pun ada... layannn....

Asam Podeh.. memang podeh berdengung..

Saxophone's man ni akan berjalan sambil mengalunkan irama mendayu "killer  tune" dia... standing ovationlah untuk dia.. (dah memang pengunjung kat depan tu berdiri da..)  clap..clap..


Sup Ayam sedang boiling versi Ox's Tail Soup
 Actually, hari tu.. sup ekor kat Asam Pedas Royale Bintang tu tersangatlah sedap so.. few days after , bila terkenangkan kesedapannya , saya buatlah untuk lunch..  As usual.. memang jarang (sekali aja kot..) beli ekor lembu mentah ni.. yang ada kat freezer ni cuma ayam, ikan, udang, ayam dan ayam sahaja.  So sup ayam ajalah.  Rasanya bolehlah...memang tak boleh lawan Royale Bintanglah kan.. dia sup ekor lembu , ai cuma ayam biasa... hmmm..  ni ai bagi resepi yang senang sangat ni.. tumiskan bawang putih ketuk sampai naik bau.. dan campakkan cili api di pecah-pecahkan barang segenggam (the more the merrier..), bubuh air banyak mana ikut suka, stok ayam,  tomato yang dibelah baji.. bila dah boil, campak potongan ayam kecil-kecil.. serai , halia muda yang dihiris-hiris, batang celery di hiris kecil .. garam ikut rasa... bila nak dihidangkan tu... tabur daun sup cincang dan bawang merah goreng dan last.. jangan lupa perah asam limau kasturi.. mwahhh!  Untuk yang tiada idea nak masak menu yang remeh-remeh bagai tu.. masak sup  ajalah yang paling simple ya.. tapi kalau ada ekor lembu atau daging lembu adalah lebih ngamm dengan sup pedas seperti ini.. sekadar cadangan

Walau apapun.. ikan kerisi goreng berlada is still the best.. hahaha... jangan marah!
Amacam?  Actually hari ni untuk sarapan saya fried nasi sahaja  + ikan bilis garing.   Menu utama  lunch kami ialah sambal tempoyak udang + petai... belum lunch lagi so tak boleh "upload" gambar... sekian

SELAMAT MENJAMU SELERA

Comments

  1. Salam.. hari ni mid pun masak asam pedas gak.. tapi asam pedas ikan sembilang campur batang keladi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. fuhh.. sodap tu.. telan air liur bila teringat batang keladi tu..

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Awas.. Kata pujian kepada anak-anak kecil

Dari Sekinchan ke Tanjung Karang.. jom cari kerepek!

Sepagi di Pengkalan Nelayan