Soraya's Places

As salam

Lama sudah nak bercerita tentang kunjungan kami sekeluarga ke Soraya's place, owner of Kokopelli Travellers Bistro dan The Owl and The Pussycat Cafe by Kokopelli, UM ini.   

Soraya yang lebih dikenali dengan nama Soraya Yusof Talismail  juga merupakan seorang profesional photographer.  

Sebenarnya Soraya juga adalah junior kami di ITM dulu.. long long time ago.  How time flies!  Sedar tak sedar kak Yan hangpa ni dah nak masuk separuh abad dah tahun depan.  InshaAllah.  Alhamdulillah..

Ke Laman Grill sudah, ke Seoul Garden sudah, ke Azlina's di Arau sudah, ke Zurin's di Gombak sudah, ke Azman's di Bangi sudah,  Anaih's di BB pun sudah.   Dan hanya mendengar cerita mengenai bistro Soraya..  Apa kata kita membuat kunjungan ke sini pula.  Ke Kokopelli Travellers Bistro..  a must visit for all.  Cantik sungguh scenery lamannya.
Taraaa..  Guest what?  Tak sangka kami adalah di antara pengunjung terawal  Kokopelli TB ini setelah berpindah dan beroperasi di tempat yang baru. Kebetulan setelah memenuhi jemputan di Shah Alam dan terus ke KL dan dalam perjalanan pulang kami pun terus singgah  ke PJ sebelum balik ke Klang setelah teruja apabila mendapat tahu Kokopelli TB akan mulai dibuka hari itu.

Depa kata "sekali dah lalu.. kita redah na.. "   Kalau tak singgah.. takut tak akan singgah sampai bila2.  Betulkan?

Mr Ariff Awaluddin an artist is Soraya's husband. A successful woman is the one who can find such a man and behind every successful man there is a woman. And the woman is you know who..  :)   

The royals, the exhibitions, the journey  and all. The memories remain.

Apa tunggu lagi... air dah sampai.  Kita order apa hari tu ya?

Moules Gratin.  Apa tu?  hhah... kami pun sebenarnya tak tahu nak order apa pada mulanya. Dah menunya berderet depan belakang.  Kita serahkan pada "the hostess" lah untuk recommend kan what is best!  Apa2 pun mozzarella cheese yang meleleh2 tu.. sangatlah sedapnya kan kakak.. Nyams!
Penggemar tegar fried koey teow.. ms little as usual akan order what is best for her..

Kokopelli Signature Fried Koey Teow .. you all should try!

Kakak ordered beef stew

Dan abang ordered "mee gemuk"...

Grilled NZ lamb for mommy.. succulent2!

Braised Aussie Lamb Shank for daddy

We enjoyed it very much..

Dah tak ingat dah nama air yang special  ini.. traffic light kot..

Dalam kesibukan di dapur dan bersama-sama pelanggan yang lain.. masih sempat meluangkan masa bersama kami


Bila dah kenyang.. mulalah meleser

Last..  terkenang2 pulak "compliment" yang enak ini.. creme brulee!  Sangat sedap dan sangat recommended..

Dan jangan lupa untuk "tapaw" bila nak balik nanti.  Dinner awal selalunya akan membuatkn anak2 kelaparan balik apabila sampai di rumah semula...bukankah biasa

Interior decoration yang soft, white and calm. Seolah2 berada di English cottage gamaknya.  Ala Scandinavian pun ada ..  JOM kita explore ..






Nak makan apa?  Begitu banyak pilihan

Verdict :  Jalan jalan cari makan ya!  This entree is not for restaurant review ya.  Kami datang nak makan sambil melawat kawan.  Actually untuk yang belum pernah mencuba makanan yang agak asing bagi diri kita, apa kata kita pesan setiap satu hidangan yang berbeza dengan cara berkongsi. Sharing is caring katanya.  Portion untuk setiap hidangan adalah bersaiz besar berpadanan dengan harganya.   

Moral of the story :  Kita boleh menikmati setiap jenis makanan yang dipesan bersama-sama.  Dan jika sedap dan tidak cukup, kita boleh "repeat order..."  dan begitu jugalah sebaliknya.  Cadangan ini hanya sesuai untuk perkongsian sesama  keluarga sahaja ya.. sebab pinggan ayah, pinggan emak.. duit ayah duit emak tapi duit emak.. duit emaklah.. hahahha.. eh kesitulah pulak!  hehehe..

Teruja kami bila membaca status Soraya tempohari seperti di bawah :- 

Soraya Yusof Talismail
June 1
1st human visitors...hehehe. Surprise!! I am so happy. Thanks Kak YanRehan Ayat , Abang Lan and family..

UnlikeUnlike ·  · 




We are here ..
Akhirnya ~ Terimakasih Soraya.. we are happy too. Semoga terus maju jaya dan terus berjaya... proud of you! :D


#PRAYFORGAZA

Comments

  1. alangkah sedapnya kalau kita ada bersama di waktu itu kan kan kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. hgpa pi temerloh.. mana nak ada sama.. hahahha

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Awas.. Kata pujian kepada anak-anak kecil

Dari Sekinchan ke Tanjung Karang.. jom cari kerepek!

Sepagi di Pengkalan Nelayan