Menjejak Robin Hood di Nottingham Pt 2

Entri sambungan.. 

Nottingham merupakan sebuah bandar yang terletak di East Midland di England.  Ia digelar sebagai " Queen of the Midlands".   Ia amat dikenali di Malaysia kerana ramainya ketika itu pelajar-pelajar kita yang melanjutkan pelajaran di University of Nottingham dibawah tajaan MARA dan JPA.  

Di antaranya ialah jiran kami Hajah Norsiah yang juga bertemu jodoh dengan suaminya yang juga bekas pelajar di sana.   University of Nottingham ini bermula pada tahun 1798 dan terletak di Highfields Park. Ia adalah di antara 10 buah universiti yang utama di England.  

Dan Nottingham juga menjadi lebih terkenal kepada pelawat dari Malaysia disebabkan kain-kain lace yang amat cantik untuk di buat langsir rumah.  Memang way way back sangat cantik berganda-ganda dari kain-kain langsir yang terdapat di Nilai atau di Tangkak. Hahaha... jangan marah.. acah sahaja.  

Kecantikan pada sesuatu barangan  adalah hak milik dan pandangan mata yang berbeza kepada setiap orang. Walaubagaimanapun.. memang kalau ada yang datang ke England, akan ke Nottingham Lace Market.. tidak sah kalau tidak membeli sekodi kain lace untuk dibuat langsir.
  
Nottingham Castle

Berbagai-bagai teori mengenai sejarah kewujudan Robin Hood ini di temui.  Di zaman medieval ketika itu nama Robert memanglah nama yang paling digemari seiring dengan nama Robin.  Malah ada juga sejenis  spesis burung juga mengambil sempena nama Robin ini.   Hood atau Hude atau  Hode   yang bermaksud "kain tudung kepala"  juga merupakan nama keluarga yang biasa.  Kalau boleh ditanya pada "tanya sama itu hood hood..." bak kata M.Nasir dalam lagunya yang terkenal pun boleh juga kot.   

Oleh itu tidak hairanlah ramai yang dapat dijejaki menggunakan nama Robin Hood ini.  Penjenayah juga ramai yang mempunyai nama sebegini.  Habis camna... mahu tidak mahu terpaksalah mak buat konklusi bahawa lagenda Robin Hood itu hanyalah dapat diterokai dengan menjejakkan kaki sendiri ke bumi Nottingham ini sendiri dengan mengenali rakan-rakannya seperti Little John, Tuck Friar, Maid Marion dan kumpulan perompaknya yang lebih dikenali sebagai "the merry man" dan juga musuh-musuhnya yang jahat seperti Sherif of Nottingham dan yang paling penting,  mengenali Robin Hood itu sendiri  melalui hasil karya buku-buku, drama dan filem yang menceritakan tentang lagenda itu sendiri.

Lythe and listen Gentlemen
Who be of Free born bood
I will tell you of a bold yeoman
His name was Robin Hood

The Lytell Gest of Robyn Hode (late 15th century)

JOM ! kita explore replika rumah-rumah di zaman medieval


Nottingham Castle merupakan tempat yang paling bersejarah kerana disinilah bermulanya kisah legenda Robin Hood ini dan juga tempat bermulanya "English Civil War (1642-1651).  


Perang Sivil?  mende tu mak.. hehehe.. perangle.. berperang!! Bukan perang mulut ya.. perang betul-betul guna senapang serta peluru timah dan lembing style mat salleh tu. (Agaknyalah..) 

Sebenarnya Perang Sivil yang femes ni adalah di antara siri peperangan yang mengubah sejarah di Great Britain itu sendiri. Peperangan ini melibatkan pihak istana yang angkuh berkuasa ketika itu dan golongan ahli Parlimen yang juga begitu angkuh.. badik-badik angkuh perangai sama sahaja omputih ni.  Konklusinya ahli Parlimen telah memenangi peperangan ini dan mereka telah mengambil alih kuasa pentadbiran.  Senang cerita akibat peperangan ini golongan diraja tidak boleh memerintah tanpa mendapat persetujuan dari Parlimen itu sendiri.  Zaman mak di sana dulu... yang menjadi PM Britain ialah John Major dan  golongan diraja yang " very the famous" ketika itu ialah mendiang Lady Diana.  Eh.. eh.. tertukar topik pulak dah..


Atap rumah tu mengingatkan sama macam atap rembia kat dusun arwah atuk di Rasa



Betulkan mak? Anyaman atapnya sama dengan arwah abah buat kat rumah dusun tu


Daun-daun luruh begitu banyak hingga menenggelamkan topik utama kat belakang tu.. pokok bunga ros
Cantikkan... lihat pokok yang berdaun kekuningan


Di pintu masuk Nottingham Castle


Terletak di atas bukit batu yang tinggi, Nottingham Castle memberikan pemandangan yang cantik dan memukau di kawasan persekitarannya di bawah. SubhanaAllah... betapa cantiknya persembahan alam ciptaan Allah swt ini. 

Satu ketika dahulu ia pernah merupakan saingan yang hebat kepada istana lain seperti Windsor Castle dan Tower of London (Menara London) itu sendiri. Akibat peristiwa berdarah yang penuh dengan pembunuhan dan kekejaman disebabkan oleh peperangan itu, sejarah Nottingham Castle telah berubah. Ia hampir musnah keseluruhannya semasa Perang Sivil dulu tetapi kemudian di baikpulihkan menjadi sebuah mansion atau rumah agam yang besar pada tahun 1674. 

Kemudian pada tahun 1875 ia dijadikan sebagai muzium dan galeri seni yang terletak di luar dari kota London. Gua-gua tempat persembunyiannya boleh di selusuri di bawah terowong-terowong dan laluan bawah tanah di bawah istana itu sendiri.

berposing di bawah perkarangan istana


siapa yang rajin boleh tolong sapu begitu banyak daun yang luruh tu..


MashaAllah!.. binaan bangunan istana yang masih kukuh hingga ke hari ini


young cousins again


Antara laluan bawah tanah untuk masuk ke dalam istana

Penat juga ya mak ..  kita explore kawasan persekitaran seluas 6 ekar ini... shekali shekala!



" Ya Tuhan kami.. sesungguhnya Engkau mengetahui akan apa-apa yang kami sembunyikan dan apa yang kami zahirkan. Dan tiada sesuatu pun di langit dan di bumi, yang tersembunyi kepada Allah "

(Ibrahim : 38)

Comments

Popular posts from this blog

Dari Sekinchan ke Tanjung Karang.. jom cari kerepek!

Awas.. Kata pujian kepada anak-anak kecil

Nak pakai apa dikolam renang?