Menjejak Robin Hood di Nottingham Pt 3

Entri bersambung ..

Muzium dan galeri seni di sini  mempamerkan berbagai hasil seni peninggalan dan juga penceritaan tentang  kisah-kisah bersejarah di Sherwood Forest , sejarah ketenteraan , sejarah Nottinghamshire dan juga sejarah tentang Robin Hood itu sendiri.  

Terdapat kedai menjual barangan cenderamata, kafe dan juga taman permainan kanak-kanak pada zaman medieval di kawasan persekitarannya.  Busur dan anak panah atau "archer" merupakan antara alat permainan yang laris di jual di sini.  Kami membeli cenderamata seperti rantai kunci, bola, pensel dsb untuk kenangan. 

Kami kemudiannya berkelah di dalam dakapan kedinginan sambil menikmati juadah makanan di taman.   Sesekali makan di luar beramai-ramai, lebih-lebih lagi bersama keluarga tercinta membuatkan selera makan bertambah walaupun terasa badan hampir sedikit kaku dek kesejukan cuaca... huhuhu... 

Dah penat..
Tidak melepaskan peluang bergaya  bersama tugu memorial Robin Hood
Eh.. ms little ni .. buah labu  lah pulak..halloween tu! lari tajuk lah pulak.. ada een kisah katanya

young cousins again
Mak and me.. semoga perjalanan jauh di rantau orang ini dapat melupakan sedikit kesedihan mak di atas pemergian abah ke rahmatullah pada 24hb November 1994.  Al fatihah..



P  E  N  C  A  R  I  A  N    L  I  T  T  L  E    R  E  D    H  O  O  D







Misi pencarian Robin Hood nampaknya tertunailah sudah. Bagaimana pula dengan pencarian si Little Red Hood ini pula. Kemana-mana berjalan pasti tudung merah "favourite" itu yang akan dipakainya. Namun apa yang di carinya masih belum di temui. Aiya... si tudung merah a.k.a Little Red Hood mak nilah...

Akhirnya.. Alhamdulillah
Pencarian Little Red Hood berakhir apabila apa yang di cari di temui di Pasar Borong Klang.  Haish...

Ingin tahu apakah pencariannya?

Inilah dia..Yummm..yummm..yummmeh!  Bismillah...hirrohman nirrohim..

Nottingham juga merupakan di antara bandar di England selain dari Birmingham dan Manchester yang mempunyai ramai umat Islam. Terdapat kira-kira 23 masjid telah di bina di sini. Walau bagaimana pun di mana sahaja ceruk rantau dunia ini agama Islam ini sentiasa menghadapi ancaman dan tohmahan. Akibat dari golongan yang mementingkan warna kulit , berbagai insiden yang tidak diingini berlaku semasa proses pembinaan masjid-masjid ini.

Antaranya ialah insiden "kepala khinzir" atau " kepala ba alif ba ya" di letakkan di atas tapak masjid baru. Walau bagaimanapun isu ini dapat ditangani dengan tertangkapnya orang yang bertanggungjawab di atas kejadian ini. Masjid-masjid di sini kebanyakannya dibina di atas inisiatif jemaah yang berbangsa Pakistan dan Arab. Tidak hairanlah hampir kesemua urusan pentadbiran masjid di anggotai oleh mereka. Orang-orang Arab juga ramai berada di sini.

Nurami Jami Masjid yang boleh menampung 1500 jemaah pada satu-satu masa
Perjalanan kami sebenarnya belum berakhir lagi. Banyak lagi kisah perjalanan silam sama ada di dalam ataupun di luar negara yang ingin dikongsikan bersama. InshaaAllah jika ada umur yang panjang bersua lagi kita di entri yang lain. 

InshaaAllah.. mungkin agak lama jugalah sebelum entri baru akan ke udara kerana saya terpaksa memberi laluan kepada penulisan buku yang lebih ilmiah yang telah tertunggak, tetapi kini terpaksa harus disegerakan untuk penerbitannya. Di harap "all dearest friends and family" sudilah kiranya mendoakan agar penulisan buku saya akan berjalan seperti yang di jadualkan dengan izin dari Allah swt.. amin...

  
"Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun." 
(QS. Al Mulk: 2)

Akhir kata selamat menjalani ibadah puasa fardhu ganti/qadha di bulan Syaaban yang masih bersisa ini kerana lambaian Ramadhan kini hampir tiba. 

Dan semoga Allah swt dapat memanjangkan umur kita agar sempat memperolehi segala keberkatan di bulan yang penuh berkah ini nanti. Dan juga semoga Allah swt membuka pintu hati kita supaya dapat melakukan ibadat dengan lebih bersungguh-sungguh dan lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. 

Dari insan kerdil yang hina dina dan tidak punya apa-apa ini, saya ingin memohon maaf jika ada kata-kata dan tingkah laku yang mengguriskan perasaan sesiapa sahaja sama ada yang masih hidup atau pun yang telah tiada, di dalam penulisan catatan perjalanan silam di alam maya ini. 

"Ya Allah.. ampunkanlah segala dosa-dosa kami dan dosa-dosa kedua orang tua kami. Kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani kami semasa kecil. Ampunkanlah seluruh umat Islam sama ada yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Sesungguhnya Allah swt Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi. Aku bersyukur dan redho dengan segala ketentuanMu.. amin..."

P/S : kalau di England sekarang ini , waktu sahur berakhir pada pukul 2.30 pagi (sembahyang subuh bermula) dan waktu berbuka lebih kurang pukul 9.30 malam (masuk waktu maghrib )  Siang yang amat panjangkan? Tetapi alah bisa tegal biasa.. bila dah biasa dah tidak menjadi hal. 

Dan selamat pulang bercuti ke tanahair juga anakanda saya Nur Amira Nabila pada 25hb Julai ini... WELCOME HOME ... we're counting the days... semoga pulang dengan selamat.. amin...

Haruman akar dani menerawang menyambut kedatangan Rejab, Syaaban dan Ramadhan... tunduk dan patuh kepada kebesaran Ilahi.. Allah Maha Besar

Comments

Popular posts from this blog

Dari Sekinchan ke Tanjung Karang.. jom cari kerepek!

Awas.. Kata pujian kepada anak-anak kecil

Nak pakai apa dikolam renang?