Ramadhan Baby

Ramadhan baby.. tak terpikir pulak nak bagi nama Amira RamaDHaani.. hehhe

Sempena kedatangan bulan Ramadhan ini juga, teringat peristiwa 19 tahun yang lampau. Peristiwa melahirkan kak ngah Nur Amira Ilyani di bulan yang mulia ini. Tanggal 6 RamaDHaan 1413 Hijrah bersamaan 28 Februari 1993 Masihi

Ketika itu umat Islam baru sahaja 5 hari berpuasa dan saya mengambil kesempatan balik kerumah emak di KKB untuk berbuka puasa bersama emak , arwah abah dan adik-beradik yang lain.  

Keesokan harinya setelah selesai makan sahur, saya mula merasakan sakit untuk bersalin.  Tidak sangka kak ngah dilahirkan di tempat yang sama dimana saya dilahirkan iaitu di KKB.    

Seronok kerana kakak-kakak datang melawat tetapi tidak dapat masuk melawat kerana sudah habis waktu melawat.  Hanya melambai-lambai di luar tingkap melihatkan saya dan baby baru.  Kebetulan hari itu ialah hari Ahad.. hari cuti  

Dan peristiwa paling menarik keesokan harinya kak long Nur Amira Nabila datang melawat bersama wan dan ayah ke hospital.  Alangkah "surprise" nya saya melihat dia sudah boleh berjalan jatuh meniti dari katil ke katil hospital secara "sendirian berhad". Ketika itu kak long berusia 1 tahun 2 bulan. Achivement sementelah mendapat adik baru. Bravo!   

Tiba-tiba..

Kakak : Ala... kakak pun nak tahu kakak lahir tahun Hijrah bila..
Emak   :  Ayooo... ( hahaha.. sat na)

Ayah  ~ 18 July 1962  = Rabu 16 Safar 1382H
Emak ~ 30 Sept 1965 = Khamis 4 J/THaany 1385H
Kak Long ~ 12 Jan 1992 = Ahad 7 Rajab 1412H
Kak Ngah ~ 28 Feb 1993 = Ahad 6 Rmdhan 1413H
Abang ~ 13 June 1997 = Jumaat 7 Safar 1418H
Kakak ~ 27 Nov 1999 = Sabtu 19 Shaaban 1420H
Een    ~ 13 Feb 2003 = Khamis 12 Zulhijjah 1423H

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah swt setelah hampir 2 tahun lambat dikurniakan cahayamata setelah berkahwin, kami dikurniakan dua orang anak selang setahun.  Setahun satu kau!  Tensi member ofis kot.. (sebab dia aje yang cuti bersalin..)  

Peristiwa paling manis lagi ialah buat pertama kalinya saya mengqada'kan puasa sebanyak hampir sebulan di bukan bulan puasa.  Allah Maha Mengetahui
Di kurniakan cahayamata pertama 1992
Keluarga kecil kami dulu ~ 1994
Alhamdulillah syukur ku panjatkan doa kepadaMu Ya Allah kerana hari ini 18hb Julai juga merupakan tarikh amat bermakna buat hubby tercinta. 

Selamat panjang umur Ayang!.. semoga diberikan umur yang panjang, kesihatan yang baik dan berpanjangan, di limpahkan rahmat dan rezeki yang berganda untuk dikongsi bersama keluarga serta insan lain yang memerlukan,  mendapat kesejahteraan serta kebahagiaan di dunia dan akhirat dan semoga dipermudahkan segala urusanmu serta selamat pergi dan pulang. 

My hubby kini berada di Pulau Redang dalam misi menyebarkan ilmu yang bermanfaat kepada pelajar-pelajar beliau. 

Dan akhirnya bergelar juga Ayang dengan gelaran " lelaki separuh abad ini " (Man of the half century).. hehehe... welcome 50.. bye bye 40's.... life begins at home ya... semoga lebih istiqomah dan terimakasih kerana menjadi my hubby.. will always be yours.. hamboih.. jangan zeles..heeee....

Esok lusa insyaAllah tulat, tetamu ini akan datang melawat kita lagi.  Terima kasih Ya Ramadhan... tetamu yang ditunggu-tunggu saban tahun kemunculannya.  Sudah bersediakah kita?..  Anak-anak di rumah sudah tidak sabar-sabar untuk bersahur,  berpuasa, berbuka dan bersembahyang tarawih.  Semoga semangat istimewa yang membara ini  bukan sahaja di awal Ramadhan tetapi berterusan hingga ke malam-malam terakhir.  

Si gadis kecil ini dengan wajah penuh ceria berkata " seronoknya mak.. tidak sabar nak hantar lauk ke rumah jiran".  Alahai... seperti hari-hari biasa emak memang jarang menyuruh menghantar lauk atau kuih muih ke rumah jiran.  

Hmmm... kadang-kadang kerana alasan tidak berkesempatan kita hampir melupakan budaya ingat-mengingati sesama jiran.  Apa yang penting sentiasa menasihatkan kepada mereka, hidup perlu bersederhana.  Ingatlah pada anak-anak yatim dan orang-orang yang tidak berkemampuan.  Ingatlah pada umat Palestin yang terhimpit akibat zionis Israel yang dilaknat itu. Ingatlah... dan senantiasalah berdoa untuk mereka.

Pesanan penting :  Kunci jam loceng.. + "volume alarm handphone" biar kuat sikit... kalau takut terlambat bangun, sebelum tidur masak nasi dulu. Hari pertama bersahur memang "excited" nya lebih. Silap-silap nasi seperiuk tidak cukup... 

Walau apapun, selamat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan yang mulia dan penuh berkah ini. Sekali lagi ... ampun maaf dipinta jika ada terkasar bahasa, tersilap tutur bicara.  Halalkan makanan dan minuman yang dijamah sekiranya ada.   

Untuk semua kaum keluarga dan para sahabat di luar sana, yang dekat mahupun yang jauh, walau pun kita jarang bersua tetapi setiap hari dengan menghirup udara yang sama, memandang ke langit di atas sana, serasa yang rumah kita berada bersebelahan sahaja.  

Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik dan berada di dalam keadaan sihat wal afiat.   Sama-samalah kita saling mendoakan di antara satu sama lain.  Jangan ada perasaan buruk sangka dan cubaan untuk mengadu domba di laman sosial. Merasakan diri sendiri lebih baik, menimbulkan perasaan iri hati dan hasad dengki.  Saling memaafkan, buang yang keruh dan ambil yang jernih ( Lupakan teh ais,minum teh O saja).   

Kadang-kadang baik biar jarang bersua, tapi sentiasa dekat dihati .   InsyaAllah .. marilah kita sama-sama bermuhasabah.

S  E  L  A  M  A  T    B  E  R  P  U  A  S  A


Gardenia putih berbunga harum di laman nurani.. oh hati.. damailah  sentiasa

Comments

Popular posts from this blog

Dari Sekinchan ke Tanjung Karang.. jom cari kerepek!

Awas.. Kata pujian kepada anak-anak kecil

Nak pakai apa dikolam renang?