Surau BR, Aman Perdana.. JOM!

Law kana bainana ya habeeb.. sila klik

Alhamdulillah.. agak lama tidak berbicara tanpa suara, seakan rindu membara-bara.  Alhamdulillah bersyukur kerana masih berupaya menghirup udara kehidupan ini lagi.  Alhamdulillah juga kerana kerja-kerja  penulisan yang masih dalam penyelenggaraan  A G A K berjalan lancar juga walaupun tekanan "speed limit" nya hanya 40km/h pada hari-hari rajin dan 20km/h pada hari-hari malas..ops.. bukan malas... hari-hari lalu depan sekolah!  Walau apapun saya berharap terus agar kalian mendoakan  "speed" ini akan memecut laju di bulan Ramadhan yang akan datang sebentar lagi. 


Seperti biasa acara jemputan kenduri-kendara doa selamat telah selesai kami sekeluarga tamatkan secara muktamad pada minggu ini. Maka acara seterusnya ialah acara ber "shopping" mendahului bulan Ramadhan. Mungkin agak "weirdo" bila mengingatkan.. tapi bagi kami acara yang satu ini perlu dibereskan sebelum harga pasaran melambung-lambung naik 2-3 hari lagi. Amat biasalah weh.. bagi businessman and businesswoman yang meniaga ni ya.. bila lagi nak menangguk "lobster" di air yang jernih! Syukur alhamdulillah.. untuk anak-anak, kini hanya "minor thing" sahaja yang harus di beli. Sentiasa mengingatkan diri.. jauhkan kami dari syaitan yang direjam..amin...

Alhamdulillah juga.. kerana setelah hampir empat tahun  penduduk di kediaman ini menyewa rumah dua tingkat untuk dijadikan surau sementara, kini pada 29hb Jun yang lalu Surau Baitul Rahman telah mempunyai bangunannya sendiri dan mula beroperasi.  Terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh warga AJK surau yang berhempas-pulas menjadikan surau ini satu realiti dan juga kepada semua kariah surau yang sentiasa mendoakan kewujudannya.  

Dari kami sekeluarga yang berpindah dan menetap di sini pada tahun 2010.. terimakasih daun keladi, hanya Allah swt sahaja yang dapat memberi ganjaran yang abadi.. amin...


mercu tanda
majlis perasmian


dewan muslimah di tingkat atas




mengeratkan silaturrohim


bismillah hir rohman nirrohim..menikmati jamuan


alhamdulillah..  selesai sudah


Alhamdulillah juga.. bermakna tahun ini kami akan menunaikan ibadah solat tarawih di surau yang baru.  InsyaAllah.. sama ada di surau yang baru ini atau di masjid Kiyai Bt 4 (setiap hari Rabu apabila Akmal menghadiri kelas tuisyen malam) sambil snorkelling + diving sekali  (beriktikaf sambil menunggu waktu isya' hingga solat tarawih) atau di masjid Sementa atau di surau di rumah mertuaku di Cheras atau di surau di rumah emak di KKB atau di mana-mana sahaja... semoga ibadah kita semua akan menjadi yang paling baik dari tahun-tahun sebelumnya dan semoga Allah swt mempermudahkan perjalanan kita  ini...amin..

JOM SURAU

Comments

Popular posts from this blog

Dari Sekinchan ke Tanjung Karang.. jom cari kerepek!

Awas.. Kata pujian kepada anak-anak kecil

Nak pakai apa dikolam renang?