Transit di Muscat, Oman


Peristiwa Ramadhan minggu pertama ini kemuncaknya tiba dengan kepulangan anak saya dari perantauan.  Pagi tadi 26hb Julai Nur Amira Nabila (kak long) tiba dengan selamatnya di KLIA dari Mesir dengan menaiki Oman Air pada pukul 8.30 pagi.   Kapalterbangnya transit di Muscat selama 20 jam dengan berbuka dan bersahur di sana sebelum berlepas pulang ke Malaysia. Syukur Alhamdulillah... kak long anak saya ini sihat wal afiat dan membawa keputusan peperiksaan yang membanggakan.  Wajahnya tambah berseri apabila mendapat tahu wang pinjaman pengajian dari JPA telah dimasukkan ke dalam akaunnya.  Semoga kak long belajar dengan bersungguh-sungguh dan menjadi doktor muslim yang hebat untuk membantu insan yang memerlukan bantuan.  Amin...


kak long (tengah) bersama adik2 dan kembar sama tahun adik2 sepupu yang merinduinya


anak ayah dah balik..
Balik kampung.. oooo... balik kampung! anak saya dah balik.  Kiranya tidak sabar untuk menunggu kedatangan Sabtu ini menunggu kedatangan kak ngah untuk mencukupkan korum kami sekeluarga.  Alhamdulillah... 

Sedikit untuk di kongsi bersama :

Ramadhan Kareem bermaksud bulan yang penuh dengan kemurahan dan keberkatan kepada seluruh umat Islam.  Oleh itu apabila orang menyebut "Ramadhan Kareem" hendaklah kita sambut dengan perkataan "Allahu Akram" yang membawa maksud sesungguhnya Allah swt lagi Maha Pemurah... 

Translation :

Ramadan Kareem means it's a generous month, in which there are so many blessings for Muslim so the reply is Allahu Akram.. which means Allah swt is much more generous 

S  E  L  A  M  A  T    B  E  R  B  U  K  A    P  U  A  S  A

lihat lambang pada botol sos dari Mesir ini... hahaha.. jangan marah

Comments

Popular posts from this blog

Dari Sekinchan ke Tanjung Karang.. jom cari kerepek!

Awas.. Kata pujian kepada anak-anak kecil

Nak pakai apa dikolam renang?