Bercanda di Windsor Castle Park

Assalamualaikum. Sinar pagi mengintai indah di celah jendela kamar 323 di DEMC ini. Entri ini ialah entri kesinambungan lampau yang telah dikemaskinikan, sekadar catatan sepanjang jalan kenangan Bercanda di Windsor Castle Park Satu waktu dahulu dalam perjalanan ke Bath kami sempat singgah ke Windsor Castle. Windsor Castle ialah istana yang terbesar dan tertua di dunia yang masih berfungsi kerana ia masih lagi di diami. Di sinilah tempat kediaman rasmi kepada Duli Yang Teramat Mulia Baginda Ratu Elizabeth. Ia meliputi kawasan seluas 5 hektar (13 ekar). Kaya dengan sejarah yang boleh diselusuri sehingga hampir 1000 tahun. Rasanya kebanyakan di antara kita pernah mendengar tentang Windsor Castle ini. Walau bagaimanapun kami tidak berkesempatan untuk masuk kerana pelancong perlu mendapatkan surat rasmi dan menempah tiket untuk masuk menyaksikan berbagai tempat dan acara menarik yang disediakan di dalamnya. Rumah bot yang menjual berbagai ...