Angin membawa lagu cinta

Apa khabar cinta hati?  Adakah angin bisa membawa lagu cinta dariku buatmu di sana.. whaa.. skrip asmaraluna ni..


Nama saya Aliff Azfar. Selamat berkenalan.. saya hensem kan? MashaAllah...
Alhamdulillah.. besar sudahh kan saya?
Dah pandai layan tetamu kan?
Bersosial daa...
Naik atas meja pun sudahh..heee
Terhibur dengan gelagat manjanya
Kini cinta hati saya betah dan selesa tinggal bersama kakak dan abang ipar sekeluarga di Kelana Jaya. Berpeluang dan berkesempatan menjaga emak merupakan anugerah Allah swt yang sangat diimpikan.  Setiap detik adalah sangat bermakna kini.. bukan padanya tetapi kepada anak-anak sebenarnya. 


Cinta hati


InshaAllah.. Ciptalah saat untuk sentiasa bersamanya sekerap mungkin.  Dalam usia emas ini segala-galanya tidak lagi sama seperti dulu.  Masa berjalan amat perlahan seiring pula dengan memorinya yang semakin menipis. Namun memori lama masih banyak yang segar dalam ingatannya. Pesanan pada diri sendiri untuk lebih kerap menziarahinya. 

Ketika mendapat perkhabaran tentang perginya emak mertua saya mengadap ilahi, emak terdiam seperti yang diceritakan kakak. Mungkin agak terkejut.. baru sahaja mendapat khabar tentang pemergian sepupunya tidak berapa lama dulu. Bersabarlah wahai emak .. 

Malam siang?  Siang kah dah malam ni tanyanya selalu. Masa berdetik dan hari berganti seolah seperti sama sahaja baginya. Kehilangan keupayaan mengendalikan diri seperti dulu dan kehilangan keyakinan dan kebebasan untuk menjadi tuan di rumah sendiri. Kini kurang berdaya, membuat dirinya  nampak lemah kurang bermaya.  Namun alhamdulillah.. untuk yang sering bertanya khabar, emak sihat seadanya, kadang selsema terkadang demam.. namun beliau masih boleh berdiri dan menggagahkan diri menyusuri jalan berbantukan tongkat dan masih ceria melihat gelagat cucu-cucu dan cicit-cicitnya yang menghiburkan hati di depan mata. 

Sebagai anak yang membesar dengan penuh kasih sayangnya, mengalir airmata bila mengenangkan pengorbanannya bersusah payah memelihara kita semua sedari kecil bersama arwah abah. Semua yang muda, pastikan tua juga.. bersama-sama kita bermuhasabah diri.  Sayangilah mereka ibu bapa kita ini selagi hayatnya masih ada. Peluang yang ada untuk menyayanginya janganlah dipersiakan. Seminit saja kita terlewat, masa itu tidak akan berulang lagi.  Apalah sangat pengorbanan kita jika hendak dibandingkan dengan dia.

Deru sang ombak bersilir ke pantai
Disambut alunan nyiur melambai

Rembulan megah di atas mahligai

Tersenyum melihat kita berdua
Angin membawa lagu cinta
Sejuta bintang bermain mata

Puisi di atas adalah di antara petikan lirik lagu "Antara Anyer dan Jakarta" yang paling saya suka untuk menghiburkan hati di kala santai

Puan Norlaila & Puan Noraini ~kakak-kakak tersayang
Dulu kini dan selamanya
Buat kenangan cinta
Abadikan menjadi memori indah
Semoga emak, cinta kami ini diberikan kesihatan, kebahagiaan dan kesejahteraan yang berterusan di dunia dan di akhirat.  Ya Allah.. panjangkanlah umur ibu kami dalam keberkatan-Mu.. amin

SAYANG HINGGA KE HUJUNG NYAWA 

Comments

Popular posts from this blog

Dari Sekinchan ke Tanjung Karang.. jom cari kerepek!

Awas.. Kata pujian kepada anak-anak kecil

Nak pakai apa dikolam renang?