Bercanda di Windsor Castle Park

Assalamualaikum.  

Sinar pagi mengintai indah di celah jendela kamar 323 di DEMC ini.  Entri ini ialah entri kesinambungan lampau yang telah dikemaskinikan, sekadar catatan sepanjang jalan kenangan 

Bercanda di Windsor Castle Park
Satu waktu dahulu dalam perjalanan ke Bath kami sempat singgah ke Windsor Castle. Windsor Castle ialah istana yang terbesar dan tertua di dunia yang masih berfungsi kerana ia masih lagi di diami. Di sinilah tempat kediaman rasmi kepada Duli Yang Teramat Mulia Baginda Ratu Elizabeth. 

Ia meliputi kawasan seluas 5 hektar (13 ekar). Kaya dengan sejarah yang boleh diselusuri sehingga hampir 1000 tahun. Rasanya kebanyakan di antara kita pernah mendengar tentang Windsor Castle ini. Walau bagaimanapun kami tidak berkesempatan untuk masuk kerana pelancong perlu mendapatkan surat rasmi dan menempah tiket untuk masuk menyaksikan berbagai tempat dan acara menarik yang disediakan di dalamnya.

Rumah bot  yang menjual berbagai hasil kraftangan artis-artis tempatan
Berjalan-jalan di persekitaran taman
Kami juga mengambil kesempatan berjalan-jalan dipersekitaran taman dengan menikmati pemandangan alam yang cantik di samping menghirup udara musim panas yang nyaman. Terdapat sungai yang mengelilingi tasik ini dan juga taman permainan kanak-kanak.

Rindu selalu dengannya yang kini belajar jauh di perantauan
Like a father like a daughter... 
Gelagat budak manja berlatarbelakangkan sayup-sayup Windsor Castle.
Nampak tak di belakang tu Windsor Castle?
Cuti musim panas membuatkan ramai pelancong ke sini namun bagi kita istilah panas tu sebenarnya hanyalah suam-suam sahaja..  tak panas langsung. Masih menggigil lagi kalau tak pakai sweater.. 
Singgah di taman permainan merupakan acara wajib bagi anak-anak saya.  Ini untuk membuka minda  mereka supaya mudah berinteraksi dengan orang ramai.

Beckford Tower
Kami juga sempat singgah ke Beckford Tower, menara setinggi 276 kaki kepunyaan William Beckford (1760-1844) seorang bangsawan Britain yang terkenal. Ciri-ciri menara ini berlandaskan seni rekaan Greek dengan sentuhan Tuscany. Alhamdulillah... kami berjaya menawan setiap anak tangga yang berpusing hingga berjaya naik sampai ke menara. SubhanaAllah... begitu indah dan cantiknya pemandangan alam menghala ke Bath. 

Malangnya tiada gambar di rakamkan di dalam menara ini kerana kehabisan filem.  Digital kamera belum lagi menjadi trend ketika itu.  Namun tidak mengapalah kerana hanya kenangan dan ingatan kuat yang masih segar dalam ingatan.

Alhamdulillah.. sesungguhnya perjalanan entri kali ini lebih merehatkan minda dan menenangkan hati dengan mengingati kejadian dan pemandangan yang menunjukkan kebesaran serta kekuasaan Allah swt. 

Walau dimana bumi dipijak, langit yang sama tetap kami junjung. 

Walau berada jauh di bumi asing, kami masih juga orang Melayu yang sama. Bersyukurlah kerana diberi kesempatan ini. Bersyukurlah kerana sama-sama dapat berkongsi kisah dan pengalaman di perjalanan ini.

Firman Allah swt tentang kewajipan kita mengingatiNya :


" Karena itu ingatlah kamu kepada-Ku nescaya Aku ingat (pula) kepadamu dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah mengingkari (nikmat)-Ku " - QS. Al Baqarah (2) : 152 :
Rose Garden

Comments

Popular posts from this blog

Dari Sekinchan ke Tanjung Karang.. jom cari kerepek!

Awas.. Kata pujian kepada anak-anak kecil

Nak pakai apa dikolam renang?