Beijing : Greeting from Great Wall of China.

As salam

Great Wall of China. Tembok Besar China.  The Long Wall.  The new seven wonders of the world.  **Bucket List.  JOM explore!
We made it.
Sebahagian pemandangan Great Wall of China dari 8th Tower.

Bila usia sudah mencecah lebih dari separuh abad.    Tergiang-giang pula peribahasa lama "Rumah kata pergi. Kubur kata mari".   Apa-apa pun dengan izin-Nya dan keizinan suami maka berjayalah kami sampai ke Beijing.  Ke Great Wall yang juga digelar oleh orang-orang Cina di sana sebagai kubur yang terpanjang di dunia.  Maka betullah kata peribahasa.  Rumah kata pergi... Kubur terpanjang kata mari 😱

Definition of bucket list. : a list of things that one has not done before but wants to do before dying.  Ops.. not that i am dying 😱 Astaghfirullah hal azim.
Kami pergi berdua sahaja.  Kak Ngah dan emak. Travel without agent.  Sendirian Berhad Traveller.  A diary of mommy and her daughter.   Ini kisah kami.  Kisah kami ke Beijing.
Ticket flight kali ini ditaja oleh kak Ngah. Belated birthday present tahun lepas katanya. Memandangkan ayah sudah pernah ke Guangzhou, Tianjin dan Shanghai maka kali ini memberi peluang kepada emak pula. Dream do come true. Syukur alhamdulillah. Hard to see any Malay kali ini di dalam flight ke Beijing kerana mostly penumpang lain adalah Chinese. Mungkin kerana kami ke sana bukan pada masa sekolah cuti.

Ketika kapal mula bergerak untuk terbang, seperti biasa bunyi tangisan kanak-kanak yang kuat menjadikan saya agak cemas dan bimbang. Kami akan berangkat ke Beijing. Mengingatkan tentang kapalterbang **MH370 yang hilang ghaib begitu sahaja tanpa dikesan. Tidak menyangka Malaysia akan kehilangan kapalterbang dan satu lagi ditembak pula. Allah hu akbar! Dengan doa dan harapan semoga semuanya baik-baik sahaja. Namun ajal dan maut sudah ditentukan oleh Allah swt belaka.

**Malaysia Airlines Flight MH370 was a scheduled international passenger flight operated by Malaysia Airlines that disappeared on 8 March 2014 while flying from Kuala Lumpur International Airport, Malaysia.  Destination : Beijing Capital International Airport.

Tiba-tiba.....  "YOU are not a mother.. you are not a mother!! How dare you to instruct me..bla bla blah"  Semua mata melilau memandang. Amboiii garangnya😮 . Kesiannya pramugari kena tengking dengan one of the passenger.  Wajahnya yang cantik putih berseri bertukar merah padam.  Kisahnya pramugari hanya meminta penumpang wanita itu  memasang safety belt pada anaknya yang sedang menangis.  Emosional betul ibu itu.  Memang agak biadap!   Apa perasaan kita apabila kita pula ditengking dan dimarah di khalayak ramai.  

Teringat kenangan 20 tahun lampau ketika membawa kakngah yang berumur 1 1/2 tahun  menaiki flight MAS ke London.  Menangis non stop kerana sakit telinga, ketika flight mula terbang menjadikan emak tidak keruan.  Mujurlah ada pramugari yang begitu baik mendokong kakngah sampai ke belakang deck untuk mententeramkannya.  Mungkin kalau pramugari tadi cuba untuk membantu mententeramkan kanak-kanak itu dahulu, ada kemungkinan ibunya yang stress kerana anak menangis itu tidak bertukar menjadi singa betina.  Huhu.. ini kisah benar bukan rekaan semata. 😁
"And He is with you wherever you are "-Quran 57:4

Great Wall of China mempunyai banyak section/entrance/pintu masuk untuk pelawat sampai ke sana.  Di antara yang terkenal ialah section Badaling yang jaraknya ialah 43km dari Beijing.  Kami ke sana dengan menaiki Bas 877 yang terletak di sebelah selatan Deshengmen Arrow Tower.   

Kami mengambil subway untuk ke stesen Jishuitan dan keluar melalui Exit A. Harga tambang bas ialah CNY12 sahaja.  Sangat murah berbanding dengan kos lawatan dengan travel ejen yang mengambil bayaran  sebanyak CNY100 + untuk perjalanan yang sama. 

Namun kami membayar dengan menggunakan kad transit dan mendapat potongan separuh harga iaitu CNY6 sahaja. Pastikan anda mempunyai duit yang cukup untuk tambang balik di dalam kad transit itu, kerana di section Badaling tidak mempunyai mesin untuk top up. Perjalanan itu mengambil masa kira-kira sejam dan 15 minit.

Di belakang kami itu ialah Deshengmen Arrow Tower dimana terletaknya stesen bas bernombor 877 untuk ke Badaling.
Mengambil masa lebih kurang 5-10 minit berjalan kaki dengan laju dari stesen subway untuk sampai ke sini.  Membuat pusingan U kemudian baru melintas jalan.  Mengah kot.. huhu..
Kami disambut oleh barisan pelancong yang berbaris panjang untuk menaiki bas.  Namun usah risau kerana jumlah bas 877 memang banyak untuk menampung pelancong yang ramai ke Badaling.  Bas tanpa henti ini akan terus berjalan bila ia sudah  penuh dan tidak ada penumpang yang akan berdiri.  Pastikan anda keluar awal pagi untuk menaiki bas ke Badaling kerana mendaki Great Wall bukanlah perkara yang mudah.  Apatah lagi bas terakhir untuk pulang ke Beijing adalah pada pukul 5.00 petang.  Sia-sia jika kita ke sana hanya untuk seketika.  Tidak berbaloi!


877 Bus Schedule during Peak Season (April 1 – October 31)
Beijing (Deshengmen Arrow Tower) to Badaling: 06:00 pagi-12:00 tghri
Badaling to Beijing (Deshengmen Arrow Tower): 10:30 pagi-5:00 petang

Tanpa pemandu pelancong dan pelancong lain yang tidak boleh berbahasa Inggeris untuk bertanya adalah sukar pada mulanya.  Bertembung dengan pelancong dari Spain yang juga seperti kami yang tidak tahu ke mana untuk membeli tiket masuk.  Just go with the flow katanya.  Ikut sahajalah.  Jangan tertipu dengan penarik beca, teksi dsb sudahlah.  Fi amanillah..
Terdapat banyak gerai-gerai yang menjual cenderamata, menjual makanan dan minuman disepanjang perjalanan sebelum naik ke atas.  

Akhirnya kami tiba ke pintu utama untuk masuk ke Great Wall.  Di sini anda boleh membeli tiket berharga CNY40 semasa peak season (1 April - 31 Okt) atau CNY35 semasa low season (1 Nov -31 Mac). Jika anda merancang untuk mengambil kereta kabel atau kereta pulley, anda perlu terus lagi berjalan jauh ke hadapan untuk mencari tanda-tanda penunjuk arah ke kereta kabel/pulley.



Kita akan memasuki terowong yang tinggi ini untuk keluar ke tempat mendaki.  Di dalam terowong ini juga terdapat banyak jualan cenderamata seperti fridge magnet, keychain dsb.  Adalah berbaloi untuk "shopping" di sini kerana harganya adalah lebih murah dari di Beijing.  Percayalah.. 










Badaling sendiri adalah merupakan tarikan pelancong ke China.  Pemandangan hutannya yang cantik memang mempesonakan. Kita harus bermula dari sebuah tempat seperti Badaling untuk meneroka peninggalan purba di Great Wall ini.  Maka bersiap sedialah untuk mendaki.  Great Wall dibina merentasi pergunungan dan ia memang benar-benar curam dan tinggi. 

Berbanding dengan section yang lain, Badaling mempunyai prasarana yang lebih bagus setelah di upgrade.  Ia mempunyai toilet yang moden, jalan berbatu yang kuat, palang untuk tempat kita berpegang ketika mendaki, kereta kabel dan kereta pulley yang sangat membantu untuk para pengunjung yang membawa kanak-kanak atau kurang berdaya untuk berjalan jauh untuk naik ke atas dan turun ke bawah.   Namun sebenarnya ia juga bukan mudah jika kita tidak pernah mendaki. 

Perasaan begitu teruja untuk mendaki, membayangkan Great Wall di zaman keagungannya sebagai tembok yang menjadi benteng pertahanan negara China dari serangan negara luar yang bersempadan dengannya.  Dibina seawal abad ke 7 dan berkembang sehingga ke beberapa dinasti sehingga yang paling terkenal iaitu Dinasti Ming pada 1368–1644.  

Sebenarnya kita harus melihat tinggalan reruntuhan zaman lampau yang telah di baikpulih ini sebaiknya sebagai satu inspirasi dan pencetus semangat buat generasi baru. Kegigihan bangsa China itu bekerja merupakan satu contoh yang sangat baik untuk diikuti. Kegigihan mereka membina keajaiban dunia. Wonders of the world.




The struggle is real.  Katanya lebih 10 juta orang pelancong naik ke Great Wall ini setiap tahun.  Kebanyakannya penduduk China dari seluruh Benua China khususnya dan pelusuk dunia lain amnya.



Yes.. i really wish my husband was here.  







Akhirnya kami sampai ke puncak The Eight Tower of the North Side









Engraving the names 
Medals
Bawalah bekalan makanan sendiri untuk naik keatas jika kita beragama Islam.  Perut akan mudah lapar apabila penat mendaki apatah lagi cuaca yang sejuk apabila berada tinggi di atas.  Tiada makanan halal di sana kecuali jagung rebus, kacang rebus dan buah-buahan sahaja yang dijual di bawah.  Di atas Great Wall itu memang tiada gerai.  Cuma gerai menjual medal sahaja.. 😩
Ini bukan mooncake ya cik Tipah..  Ini kek cetak rompak je.  Di beli di pasaraya halal di Niujie.  Tipah tertipu kot!  Indah rupa dari rasa.
Kami membawa bekalan dumpling dan lempeng berintikan daging itik panggang dari restoren halal di Niujie.
Sangat enak! Cold dumpling..

Tembok Besar ini berukuran 21,196km panjangnya dan ia boleh dilihat dari angkasa lepas kata mereka. Ia dibina menggunakan kudrat tulang empat kerat sahaja tanpa penggunaan mesin whatsoever. Pekerja buruh berbangsa Cina harus bekerja siang dan malam tanpa henti. Kebanyakannya tidak mempunyai pilihan. Kebanyakannya menghabiskan seluruh hidup mereka bekerja membina tembok ini. Jika ada yang cuba lari atau mengadu akan kesusahan, mereka akan ditanam hidup-hidup. Jika mereka tidak bekerja dengan baik, mereka akan dibunuh. Wallah hu a`lam.

The Great Wall of China is often called the “longest graveyard” because so many people died while building the wall. The human cost of building this great wall was tremendous. - www.interventioncentral.org • Copyright © 2009 Jim Wright.

Mode: we had lunch "cold dumplings" on the graveyard. 😓😨😱..


Kereta kabel merupakan suatu "rahmat" jika anda tidak begitu teruja untuk berjalan mendaki tembok ini. Jika kita menaiki kereta kabel ia akan menurunkan kita di stesen berdekatan dengan tingkat tertinggi di menara ke-8.  Sebenarnya kami berdua menaiki kereta kabel untuk sampai ke tingkat tertinggi itu. Kami hanya perlu berjalan kaki mendaki dalam jarak yang tidak begitu jauh walaupun ia agak mencabar juga kerana jalan yang curam, licin dan sempit dengan ratusan pelancong lain yang berhimpit-himpit untuk terus naik ke atas.
Kaunter jualan tiket kereta kabel
Harga tiket untuk naik kereta kabel ke Great Wall ialah CNY100 perjalanan sehala dan CNY140 untuk pergi balik bersama insuran perjalanan untuk seorang.  

Melalui lorong yang panjang untuk keluar ke Great Wall dari stesen kereta kabel.



Pemandangan kereta kabel yang berulang-alik membawa penumpang dari 8th Tower.


"Are you sure you two want to take the cable car? Are you sure? " kata si manis gadis Spain ala-ala Selina Gomez kepada kami berdua bila kami begitu berusaha mencari stesen kereta kabel di awal perjalanan. Beria-ia mengajak kami mendaki tembok ini berjalan kaki sehingga sampai ke atas. Aiyaa...por favor ayuda!  your auntie is nearly 53 years old maa..not 35. Cannot waste the energy just to climb this tembok only. Forbidden City yang besar tu pun belum di jelajah lagi. We try to save the energy for the last please... 😜
Kami kembali beratur panjang untuk menaiki bas 877 yang menunggu dibawah untuk balik ke Beijing setelah turun dari Great Wall.  Cuaca semakin gelap dan hujan renyai sudah mula turun. 



Bas 877 ke Badaling ini memang besar.  Ia mempunyai 3 dan 2 tempat duduk di kiri kanan.  Kami kemudiannya mengeluarkan baki hirisan itik panggang bersama timun dan lobak dan dibalut dengan lempeng serta di cicah dengan sos ala hoisin kerana kelaparan.  Dan akhirnya tidur kekenyangan dalam perjalanan  pulang dalam kesesakan jalanraya ke Beijing.  Kami tiba di Beijing ketika hari sudah menjelang malam.  Alhamdulillah.. safe and sound.

Kebanyakan penumpang bas tidur nyenyak keletihan.
Pengalaman yang tidak akan berulang lagi ini perlulah di sudahi dengan membeli sijil kenangan berharga CNY20 sekeping tanda kita sudah pun sampai ke Great Wall, Unesco World Heritage Site ini..  haha.. overkan? Tak beli pun tak mengapa..  

Not a lucky hero until one reaches the GREAT WALL katanya.  Mudahnya menjadi HERO.



Firman Allah swt *- "Dia lah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya)." *Surah Al-Mulk 67:15


Sehingga berjumpa lagi di lain entri.  Entri tentang persediaan kami untuk ke China tanpa travel ejen.  Soon!
再见

Comments

Popular posts from this blog

Awas.. Kata pujian kepada anak-anak kecil

Dari Sekinchan ke Tanjung Karang.. jom cari kerepek!

Sepagi di Pengkalan Nelayan