OSAKA : Chasing Shinkansen Bullet Train to Visit All The Top 50 Places.

As salam 

Amboi tajuk tak menahan.   Jangan percayalah kita nak melawat ke 50 tempat yang famous katanya di Osaka tu.  Ni bukan saya yang kata tetapi ia banyak tertulis di brosur dan leaflet yang merata boleh di dapati di information kaunter di Osaka ini.  Dua malam sahaja kita di Osaka sempat ke mek? Hmm..  ;)

Seharian berjalan ke Yokohama sebelumnya (entri belum publish lagi..sabar ya!) dan kemudian kembali menaiki tren untuk mendapatkan kakdeq di tempat yang dijanjikan dan kemudian berlari pula ke stesen yang lain untuk mengejar bullet tren terlaju yang pastinya tiba tepat pada waktu dan tidak akan menunggu kita walau sesaat pun kalau terlewat.  

Dan akhirnya kak ngah nyaris-nyaris berjaya menewaskan rekod Olimpik catatan Usain Bolt kala ke hulu ke hilir mencari information kaunter yang tempatnya tersangat jauh demi untuk menyelamatkan tiket kami dari "burnt" akibat tertinggal tren dan mommy serta daddy pula yang mengekori dari belakang pun nyaris2 dapat mengalahkan rekod larian medal emas atlet paralimpik negara kita juga.  Penat wehh kejar kakngah..ahahaaaaa..

Sebenarnya tiket untuk menaiki bullet tren ini telah dibeli oleh kakngah secara online sebelumnya.  Terlepas naik bullet tren ini akan menyebabkan kami kerugian kerana harga tiket yang mahal.  Mujur alhamdulillah tiket kami tidak dibatalkan dan kami dapat menaiki tren yang lain tetapi hanya boleh duduk jika ada seat yang kosong sahaja.  Alhamdulillah.. dapat juga seat yang kosong untuk kami berempat.  Fuhh!  Bibir yang tadi pucat lesi kini kembali menampakkan gigi yang putih berseri.. hehehe... :D

Jangan tanya mengapa kami terlambat tiba ke stesen bullet train ini.  Ini semuanya salah mommy kot.  Fefeeling tourist sangat.. huhu  :(  


Kepala tren yang bermuncung tajam kelihatan sangat arrogant mengalahkan Donald Duck.  Mengingatkan kenangan 20 tahun lalu di Europe  kala kami menaiki Eurostar tren terlaju dari London ke Paris to and fro.

Keretapi berkelajuan tinggi (bullet train) ini dipanggil Shinkansen (新幹線) dan dikendalikan oleh JR(Japan Railways).  Dengan kepantasan lebih dari 320 km/h, shinkansen ini dikenali dengan ketepatan waktunya (kesemua trennya berlepas tepat waktunya), keselesaannya (kenderaan yang senyap dan juga sangat luas serta seat yang boleh diputar untuk duduk saling berhadapan), keselamatan (tiada kemalangan dalam sejarah setakat ini) dan sangat efisien. 

Bullet tren ini menghubungkan bandar-bandar besar di seluruh negara Jepun.  Jumlah bullet tren yang banyak dapat memberikan perkhidmatan yang cukup untuk menampung penumpang dalam jumlah yang besar untuk datang dan keluar dari Osaka. Dengan adanya Japan Rail Pass, memudahkan penumpang/pelancong untuk mengembara dalam waktu yang singkat tanpa melalui perjalanan yang berjam-jam lamanya dan terpaksa bertukar-tukar stesen sebelum ini dengan rangkaian tren express lain di JR dan laluan stesen lain yang sangat terhad ke Osaka. Petikan dari wiki yang dialihbahasakan. 

Wajah-wajah tua yang macet.  Muka lega (serta mata merah menahan mengantuk segala) bila dapat duduk  bersebelahan di dalam Shinkansen Bullet  Train.  Alhamdulillah.. apa lagi JOM lah tidur sebelum kita sampai ke Osaka dalam perjalanan yang masih jauh itu.  #bareface  #nofilter  #stillcomel_janganjeles :D

Dalam kegelapan malam dengan kelajuan tren  hanya menampakkan kilauan cahaya lampu dari bandar-bandar yang kami lalui sahaja disepanjang perjalanan.

Welcome to Osaka!!  
The Shinkansen's gateway ke Osaka ialah JR Shin-Osaka Station.  Ia dihubungkan dengan stesen Osaka oleh JR dan subway lines yang memberi perkhidmatan setiap 5 - 10 minit.   Hari pun sudah menjelang tengah malam.  Terasa stesen seperti ana yang punya kerana penumpang sudah berkurangan.  Ewah.. dah segar dan tak mengantuk lagi, terus stesen jadi milik sendiri katanya.
Tiba di stesen Shin-Osaka 

Say sushi!
Peace uols!  


Pagi pertama yang cerah di awal musim bunga di Osaka.  Di hadapan rumah tamu kami, bunga-bunga kini mula mekar menjadi hiasan laman di kawasan kejiranan.  Alkisahnya mentang-mentanglah sudah memecahkan rekod Olimpik semalam, masing2 selepas subuh berselimut semula dalam kesejukan pagi menyebabkan kami agak terlewat dari jadual asal untuk menjelajahi Osaka.   Mentang-mentanglah tuan rumah sudah pulang bercuti ke Malaysia.  Terimakasih tuan rumah.  Jazakallah khairan khatira untuk segala.  



Cherry blossoms.  Masih tak puas menatapnya.

JOM!
Misi  ke top ten places to visit in Osaka


Ōsaka (大阪) ialah bandar metropolitan yang ketiga terbesar di Jepun, dengan populasi penduduk menjangkau lebih dari 2.5 juta orang.  Terdapat banyak tempat menarik yang harus dilawati disini.  Tidak hairanlah mengapa rakyat Malaysia dan kebanyakan pelancong di seluruh dunia akan terus ke Osaka tanpa pergi melawat ke tempat yang lain.

Sedikit "teaser" di antara tempat -tempat menarik di Osaka untuk rujukan saya di entri akan datang di bawah ini.
JOM! Ke Muzium kita.
Nak pakai kimono juga?
Bercinta di Osaka Castle.  Sila berprasangka baik dan jangan muntah ijo..hihihi
Mabuk Pink Cherry Blossoms di Osaka Business Park
Mmuahh!
Bukan rombongan meminang di belakang tu..
Kiyomizu Dera .. World Heritage a must visit.  Ops.. ini di Kyoto bukannya di Osaka.
Universal Studio Japan di Osaka?  Iya...
Ops.. bawah rumpun bambu Arashiyama ni di Kyoto ya.. bukan Osaka.  Omma dah konpius sat!


InshaAllah.  
Berjumpa lagi di entri yang lain.. soon!


Aaminn

Comments

  1. Salam Kak..lama juga tak keudara ya..hihi harap kak sihat ja bersama family... nasib gak tak tertinggal bulet tu ye.. teringat masa tingkatan 6 dulu, bulet dah terkenal di Jepun dgn kelajuannya... ntah bila lah nak merasa naik..ahahah.. apa pun Jepun termasuk dlm wish list nk kesana.. msti ke Osaka jgk... hihi

    ReplyDelete
  2. Waalaikummuslm ATie.. inshaAllah.. ada rezeki ATie sekeluarga utk ke sana nnt. Jom Osaka! Ganbattee..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Dari Sekinchan ke Tanjung Karang.. jom cari kerepek!

Awas.. Kata pujian kepada anak-anak kecil

Nak pakai apa dikolam renang?