Gili Trawangan : Tiada Kata Secantik Gambar
As salam
Ramai "Bule" yang datang bercuti sempena cuti hari Natal sekali gus menunggu untuk menyambut Tahun Baru 2016 yang bakal tiba ketika itu di Kuta. Ketika itu Kuta memang tersangat padat dengan pelancong. Kami pula asyik menghabiskan masa di tempat yang sama. Inilah akibatnya apabila keterujaan menghabiskan misi ke tempat-tempat menarik di Bali dalam waktu yang singkat sedangkan masih banyak lagi hari yang masih berbaki sebelum pulang ke Klang.
Kade mencadangkan kami membuat lawatan ke Tiga Gili iaitu Gili Trawangan, Gili Air dan Gili Meno yang terletak di Barat Laut Lombok yang merupakan destinasi "trending" untuk dilawati kini.
Tiga Gili |
Kami dicadangkan untuk tidor di Gili Trawangan supaya dapat merasai suasana pulau yang belum tercemar dan juga melakukan aktiviti seperti snorkelling dan diving untuk melihat pelbagai kehidupan laut dan juga batu karang yang cantik terbentuk di dasarnya. Kemudian melompat bot pula untuk ke Gili Air dan Gili Meno. Alang-alang sudah sampai ke Indonesia katanya. Nak bersurfing di Pantai Kuta memang taklah dalam "top ten list" kami. Dan akhirnya kami mengambil keputusan untuk terus ke Gili Trawangan sahaja tanpa singgah ke bandar Lombok dan juga tidak bermalam di sana kerana telah menginap di Kuta.
A picture is worth a thousand words |
Bali terletak lebih kurang 35km dari barat Gili Trawangan. Gili Trawangan merupakan pulau kecil yang paling besar dari kesemua gili di sana. Gili dalam bahasa penduduk tempatan bermaksud pulau-pulau kecil. Trawangan pula adalah dari perkataan terowong (tunnel) kerana adanya bukit yang mempunyai terowong sempena kependudukan Jepun semasa Perang Dunia Kedua dahulu di situ.
Membayar tambang bot laju yang telah ditempah di Kuta setibanya di pelabuhan Padang Bai. |
Begitu ramainya pelancong yang menunggu di pelabuhan ini.
|
Dilambung ombak dan badai membelah lautan Cina Selatan.
|
Dengan melihat lautan kita melihat kebesaran Allah swt |
Meninggalkan jeti di Gili Air setelah bot berhenti menurunkan penumpang. Pemandangan yang sungguh indah. Namun kami tidak turun menjejakkan kaki di sini, hanya menunggu di dalam bot. |
Masjid Agung Baitur Rahman |
Ketibaan kami ke Gili Trawangan di sambut dengan laungan azan zohor yang kuat berkumandang di pesisiran pantai. Gili Trawangan lebih pesat membangun dan mempunyai lebih kemudahan berbanding dengan gili-gili yang lain. Sebuah masjid yang bernama Masjid Baitur Rahman yang besar pun ada di sini dan sedang menjalani proses menaiktaraf. Usai mendirikan solat jamak di masjid itu kami pun mula menyusuri kawasan pantai. Kami juga ada berjumpa dengan sahabat dari Malaysia yang bercuti dan menginap di Sengigi.
Semua jenis pengangkutan automobil dan bermotor adalah di larang sama sekali untuk digunakan di pulau kecil ini. Ini telah diwartakan oleh ordinan kerajaan tempatan. Maka tiadalah asap debu atau pencemaran udara di pulau ini. Lima bintang!! |
Terdapat juga restoren yang halal di sini kerana Lombok mempunyai ramai penduduk beragama Islam. Mampir untuk berposing sahaja di depan restoren ini tetapi kami tidak makan di situ. |
Kami singgah makan tengahari sambil menikmati indahnya lakaran lukisan alam tanpa calitan pastel , cat minyak mahupun poster colour terbentang di canvas mata. Hidangan pembuka selera Ceasar Salad yang nampak indah gambarnya di lampiran menu tapi nampak disebaliknya kala terhidang membuatkan kita sedikit hampa. Namun kehampaan itu sedikit terubat apabila menikmati Ayam Bakar Tigilawang ala-ala ayam percik bersama nasi kukus dalam kepanasan pantai yang membara sambil menyedut fresh oren berais yang sejuk dan menyegarkan. Bersyukurlah walau rasanya tidak menepati cita. |
JOM snorkelling! Pantai yang indah dengan laut yang kebiruan. Masha Allah. |
Melepak santai |
Kebanyakan penduduk asal di sini terdiri dari nelayan dan petani yang berasal dari Sulawesi. Dulu pulau kecil ini hanya dipenuhi dengan hutan. Kini industri pelancongan merupakan sumber pendapatan utama kerana pulau ini terlalu kecil untuk sektor perladangan dan terlalu jauh untuk menjana industri perniagaan dsb. Petikan dari wiki.
Kini terdapat perkhidmatan bot laju setiap hari dari Pelabuhan Benoa dan Serangan di Selatan Bali dan dari Padang Bai dan Amed (Bali) di Timur dan Barat Daya Bali. Pelabuhan Benoa dan Serangan adalah lebih kurang 25 min dengan kereta (bergantung kepada trafik) dari Kuta dan laluan utama yang lain di Selatan Bali. Padang Bai pula lebih kurang 1 jam lebih dengan kereta dari tempat yang sama. Petikan dari Wiki.
Mode : Untuk yang ingin ke pulau-pulau kecil Gili ini adalah wajar untuk bermalam di sana. Pemandangannya memang sangat cantik dan anak-anak akan seronok mandi manda bersnorkelling dan emak apak pula dapat berscuba pula sambil menikmati dan mengkagumi indahnya alam ciptaan Allah swt di dasar laut. Walau bagaimanapun kami terpaksa mengejar bot laju yang terakhir untuk pulang ke Padang Bai pada petang itu juga walaupun hati tidak puas kerana tidak dapat berkelana lama. Oh sungguh.. satu hari yang indah tapi sangat mencapekkan.
Verdict : Jika kita mengambil cuti yang lama dan tidak menggunakan travel ejen, kita tidak perlu menempah hotel yang sama untuk tempoh yang lama di Bali kerana sebenarnya kita boleh merancang perjalanan ke Lombok dan pulau-pulau Gili yang berhampiran dan bermalam di sana pula. Ini adalah lebih menjimatkan. Jika ada rezeki lain kita akan sampai ke Lombok pula. Aamiinn. Inshaa Allah.
Andai bisa aku menggapai awan di langit biru Mu
|
"Ingatlah dengan hanya mengingati Allah hati akan menjadi tenteram" (Qs. ar-Ra'du:28) #muhasabahdiri
Kita jumpa lagi di Tokyo!
Comments
Post a Comment